Monday 26 May 2008

Ahli Politik Hamas Diculik Setelah Sebulan Dibebaskan

Jumaat, 23/05/2008 -Pada waktu malam Rabu lalu, askar-askar rejim Zionis telah menculik Sheikh Ibrahim Jabr, 45, salah seorang yang pemimpin terkemuka Hamas di kem pelarian Jenin, hanya sebulan selepas dia dibebaskan daripada penjara PA di Ramallah.

Sumber penduduk tempatan Palestin ketika memberitahu wartawan rejim Zionis berkata, sejumlah besar askar-askar rejim Zionis menceroboh kem dan mengepung serta menggeledah rumah Syeikh sebelum menculiknya.

Dalam pada itu, keluarga tahanan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis merayu kepada semua institusi hak asasi manusia agar segera campur tangan bagi menghentikan langkah-langkah yang hendak diambil oleh mahkamah-mahkamah orang Israel terhadap anak-anak mereka.

Penunjuk Perasaan Syahid Di Gaza

Jumaat, 23/05/2008 -Seorang rakyat Palestin syahid dan 12 lainnya cedera setelah Yahudi-Israel menyerang wilayah timur Minthar sebelah timur Gaza. Pemuda yang syahid itu merupakan peserta demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Hamas bagi mengecam sekatan yang dikenakan di Gaza.

Sumber menyebutkan terdapat sejumlah tentera Zionis-Yahudi merempuh masuk ke kawasan pertanian Minthar dan mengepung mereka yang berdemonstrasi. Tentera Zionis-Yahudi dikatakan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah peserta demo. Ratusan rakyat Palestin turun berdemonstrasi bersama Hamas bagi menyatakan tidak puas hati mereka terhadap Zionis-Yahud. Kejadian yang sama turut berlaku di Bethanon.

Sumber : palestinkini.info

Friday 16 May 2008

Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Tak ketinggalan kepada ibu & ayah yang setia mencurahkan ilmu sehingga ke hari ini. Mereka berdua merupakan pendidik yg paling setia bersama-sama. Memberi nasihat, membuka laluan kehidupan & memberi peluang memilih. Terima kasih untuk segalanya. Sempena Hari Guru ingin saya kongsikan sesuatu bersama warga pendidik mengenai pembelajaran matematik

Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali mereka mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka. Akibatnya, matematik merupakan suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar dipelajari tetapi juga membosankan. Akibatnya murid-murid kehilangan minat pembelajaran matematik itu.

Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa memahami psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik serta kebolehan menggunakannya dalam kelas adalah syarat-syarat penting bagi pengajaran matematik yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru matematik, kita harus memahami teori pembelajaran matematik yang dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi terkenal.

Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah.

Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktikal merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan gambarajah atau model.

Adalah didapati murid-murid sekolah tidak dapat membuat kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu.

Ramai murid sekolah suka menghafaz apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalkan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.

Bersambung.....

Thursday 15 May 2008

FIQH AULAWIYAH DALAM GERAKAN DAKWAH

PENGENALAN

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi seorang tokoh ilmuan dan da’i ternama pada abad ini telah mengemukakan pandangan secara terbuka bahawa Gerakan Dakwah Islam pada masa ini & masa akan datang hendaklah memahami serta melakukan implikasi "Fiqh Al-Aulawiyat" dalam gerakan dakwah. Menurut beliau hilangnya dimensi Fiqh Aulawiyat di kalangan para da’i telah mengakibatkan pelbagai kesilapan dan kekeliruan berlaku. Justeru itu, beliau telah mengetengahkan orientasi dalam fiqh semasa melalui dua buah buku beliau yang terpenting dalam menganalisa konsep tersebut iaitu Al-Aulawiyat Al-Harakat Al-Islamiyah Fi Al-Marhalati Al-Qadimah ( Keutamaan dalam Gerakan Islam Pada Tahun Mendatang ) dan Fiqh Al-Aulawiyat Dirasatun Fi Dhaui Al-Quran Wa Assunnah An Nabawiyyah ( Fiqh Al-Aulawiyat - Satu Kajian Dari Perspektif Islam Quran & Sunnah ).

RASIONAL FIQH YANG BARU

Beberapa tokoh ilmuan ternama seperti Syeikh Mohd. Al-Ghazali, Syeikh Yusuf Al- Qardhawi, Dr. Taha Jabir Al-Auni, Dr. Hasan Al-Turabi, Syeikh Rashid Al-Ghanusi dan yang lain perihatin terhadap keperluan masyarakat Islam mempunyai perspektif yang baru dalam memahami fiqh. Ia tidak seharusnya terikut dengan takrif yang tradisional semata-mata. Konsep fiqh wajar diperluaskan dengan lebih komprehensif dalam gerakan dakwah semasa. Terdapat beberapa permasalahan pokok yang telah mengakibatkan beberapa "sit back". Di antara permasalahan tersebut ialah kewujudan kelompok "mutatarrif" dalam kefahaman keagamaan dan juga golongan yang "jumud" dari segi pemikiran. Karya Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang berjudul "Assohwat Al Islamiyat Baina Al Juhud Wat-Tatarruf" ( Kebangkitan Islam Di Tengah-Tengah Golongan Yang Menentang & Ekstrim ) jelas membuktikan hakikat tersebut.


TA'RIF FIQH AULAWIYAT


Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardhawi Fiqh Al-Aulawiyat itu bererti meletakkan suatu dengan adil @ pada tempatnya. Segala jenis hokum-hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam terikat dengan Fiqh Al-Aulawiyat. Ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan. Suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan. Perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Dengan kata lain setiap sesuatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara seimbang. Allah S.W.T berfirman : " Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan. Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah Ar Rahman, Ayat 7-9) :

Perkara asas dalam hal ini ialah semua aspek hukum, amal, nilai dan taklif tidak berada dalam suatu susunan yang sama. Justeru itu Al Quran mengemukakan hajat yang amat kuat seperti yang terdapat dalam surah At Taubah, Ayat 19 - 20 Allah S.W.T berfirman, maksudnya :

"Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjid Al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat serta berjihad di jalan Allah. Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orangnya yang mendapat kemenangan".

Sementara hadis Rasulullah S.A.W maksudnya :
"Iman itu mempunyai 70 cabang yang tertinggi ialah kalimah La Ilaha Illallah dan yang paling rendah ialah mencabut duri di atas jalan"
Para sahabat telah mengemukakan soalan kepada Rasulullah S.A.W tentang jenis amal yang terafdhal. Lalu baginda menjawab dengan
kata-kata seperti :
" Sebaik-baik amalan adalah itu & itu "




KEHILANGAN DIMENSI AL-AULAWIYAT DALAM KEHIDUPAN UMAT


Salah astu faktor yang mengakibatkan kedaifan umat Islam pada masa kini ialah kehilangan pertimbangan golongan yang berpendidikan dan golongan awam terhadap Fiqh Al-Aulawiyat. Di kalangan masyarakat belia penekanan atas sukan menjadi lebih penting dari perkembangan intelek. Bintang masyarakat pada masa ini bukan ilmuan atau penulis, akan tetapi mereka menjadikan artis-artis sebagai idola. Apabila seorang ilmuan meninggal dunia, media tidak memberikan apa-apa liputan penting. Fenomena tersebut jelas membuktikan tidak ada prioriti dalam masyarakat. Mana yang dikatakan prinsip dan tidak berprinsip atau yang lebih penting dari yang kurang penting.

Kehilangan dimensi turut berlaku dengan serius orang yang iltizam denga agama. Adalah jelas mereka tidak memahami konsep fiqh serta tidak mempunyai ilmu yang mendalam. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi memberi contoh beberapa sumbangan wang daripada para hartawan muslim untuk menyebarkan dakwah serta menentang kekufuran. Sementara yang lain lebih mementingkan sumbangan untuk membina masjid di tempat yang telah banyak terdapat masjid. Fahim Huwaidi, penulis yang berorientasi Islam memberi pandangan bahawa pada saat ini umat Islam sewajarnya mengutamakan usaha menyelamatkan tragedi Bosnia Herzegovina dari menunaikan haji. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi menyetujui pandangan beliau.

Selanjutnya beliau memberi contoh tentang sekumpulan pemuda di dunia arab yang begitu ikhlas dengan agama. Mereka adalah para pelajar yang sedang mengikuti kursus-kursus profesional seperti perubatan, kejururawatan, arkitek, perakaunan, pertanian dan sebagainya. Akan tetapi mereka menumpukan segala tenaga dalam bidang dakwah & meninggalkan lapangan ilmu. Mereka sewajarnya kekal dengan profesion tersebut kerana dari segi hukum syarak ilmu-ilmu tersebut adalah bersifat fardhu kifayah. Umat Islam yang mempunyai kelayakan profesional amat berkurangan jika dibandingkan dengan yang bukan beragama Islam.

Pada hakikatnya umat Islam pada hari ini telah mengabaikan kewajipan khilafiah seperti penguasaan segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi. Umat juga tidak dapat menyaksikan dinamik ijtihad dalam fiqh dan
istinbat hukum, penyebaran Islam secara besar-besaran. Perlaksanaan syura Umat Islam juga tidak menempatkan apa yang disebut "faraidh aini" seperti kewajipan amar ma'ruf dan nahi munkar di mana Al Quran mendahulukannya dari solat dan zakat. Ini dibuktikan dalam surah At-Taubah : 17. Dalam masyarakat Islam semasa, ada golongan yang mementingkan suatu rukun ke atas rukun yang lain. Mereka mengutamakan puasa dan zakat. Al-Quran menekankan kewajipan solat dan zakat sebanyak 27 kali. Terdapat juga sebahagian umat Islam yang menekankan perkara-perkara yang sunat ( nawafil ) seperti zikir, tasnih dan wirid dari perkara-perkara yang difardhukan selain dari rukun Islam yang lima itu. Mereka tidak melayani ibu dan bapa, mempertautkan silaturrahim, ihsan dengan tetangga, ramah dengan golongan yang lemah, memperihatinkan golongan fakir dan miskin, menentang kemungkaran dan kezaliman dalam institusi politik.

Masyarakat Islam juga lebih mementingkan ibadat fardhiyah dari ibadat ijtima'iyah. Prinsip jemaah, syura al-'adl, hak-hak kemanusiaan dan lain-lain masih terabai. Mereka juga lebih mementingkan al-furu' dari al-usul. Sebuah prinsip yang terpenting yang telah dirumuskan oleh orang-orang yang terdahulu ada menyebut : "Min Dhiai al-Usul Hurmul Usul". Umat Islam leka dengan kewajipan yang lebih utama iaitu membina asas akidah, iman dan tauhid serta ikhlas dengan agama Allah S.W.T. Kecenderungan sebahagian masyarakat menentang perkara-perkara yang nyata haramnya adalah jelas menunjukkan betapa ceteknya kefahaman mereka terhadap fiqh dan ilmu usul fiqh.


HUBUNGKAIT FIQH AL-AULAWIYAT DENGAN FIQH AL MUAZNAH (FM)


Fiqh Al-Aulawiyat begitu berkait dengan FM. Yang dimaksudkan FM ialah kepunyaan seorang individu yang berkelayakan untuk membuat pertimbangan memilih di antara masolih dan manafi' atau al-akhirah al-masru'ah. FM juga bermaksud untuk memilih mana yang dikatakan mafasid dengan mudhar. FM turut memberi ruang untuk membuat pertimbangan yang paling tepat dalam memilih di antara perkara yang masalih dan mafasid. Dalam kategori yang pertama - prinsip-prinsip dharurriyyat, hajiat dan tahsinat adalah penting dikaitkan dengan Fiqh Al-Aulawiyat. Bahkan dalam konteks dharuriyyat, agama ( al-Din ) dijadikan sebagai prinsip terpenting dari lain-lain prinsip an-nafs, an-nasl, al-akal dan al-amal, an-nasl, al-akal dan al-amal. Sementara al-maslahah mempunyai status yang amat anjal. Peristiwa "Sulh al-Hudaibiyyah" membuktikan sikap dan tindakan futuristik Rasulullah S.A.W. Begitulah juga kedudukan al-madhar dan al-mafasid. Kedua-duanya amat bergantung kepada kadar kemerbahayaan masing-masing. Fiqh Al-Aulawiyat mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid.

Dalam gerakan dakwah masa kini, Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengingatkan para da’i memahami dengan jelas dan tepat apa yang dikatakan Al-Aulawiyat fi majal al-Islah. Antara isu yang mesti dipertimbangkan denga adil dan cermat ialah keutamaan gerakan intelektualisme, keperluan ( kewajipan ) mewujudkan aliran al-wasitah, sama ada melaksanakan hudud atau mengaulawiatkan pendidikan penerangan tentang Islam.

Wallahu’alam..

Azan : The Amazing Phenomenon


Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims of the world, it is an established fact. Have a look at a map of the world and you will find Indonesia on the eastern side of the earth. The major cities of Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil. As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil, at approximately 5:30 am local time, Fajar azan begins. Thousands of muazzins in Indonesia begin reciting azan. The process advances towards west Indonesia.

One and a half hours after the azan has been completed in Saibil, it echoes in Jakarta. Sumatera then follows suit and before this auspicious process of calling azan ends in Indonesia, it has already begun in Malaysia. Burma is next in line, and within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches Dacca, the capital city of Bangladesh. After Bangladesh, it prevailed in western India, from Calcutta to Srinagar. It then advances towards Bombay and the environment of entire India resounds with this proclamation.

Srinagar and Sialkot ( a city in north Pakistan ) have the same timing for azan. The time difference between Sialkot, Quetta, and Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar azan is heard throughout Pakistan. Before it ends there, it has already begun in Afghanistan and Muscat. The time difference between Muscat and Baghdad is one hour. Azan resounds during this one hour in the environments of Hijaz Al-Muqaddas ( Holy cities of Makkah and Madinah ), Yemen, United Arab Emirates, Kuwait and Iraq. The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is againone hour.

Azan continues to resound in Syria, Egypt, Somalia and Sudan during this hour. The time difference between eastern and western Turkey is one and a half hours, and during this time it is echoed with the call to pray. Alexandria and Tripoli ( capital of Libya ) arab located at one hour's difference. The process of calling azan thus continues throughout the whole of Africa. Therefore, the proclamation of the tauhid and risalah that had begun in Indonesia reaches the Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and half hours.

Prior to the azan reaching the shores of the Atlantic, the process of Zohor azan has already started in east Indonesia, and before it reaches Dacca, Asar azan has started. This has hardly reached Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib becomes due, and no sooner has Maghrib time reached Sumatera, the time for calling Isya’ azan has commenced in Saibil!. When the muazzins of Indonesia are calling out Fajar azan, the African muazzins are calling the azan of Isya’.

If we were to ponder over this phenomenon thoughtfully, we would conclude the amazing fact that there is not even a single moment when hundreds of thousands of muazzins around the world are not reciting the azan on the surface of this earth. Even as you read this material right now, you can be sure there are at least thousands of people who are hearing and reciting azan !!. Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you."

Wallahu’alam….

Tuesday 13 May 2008

Lhokseumawe Dalam Lambaian



Episod 1

Aku mengalihkan pandangan ke luar jendela memerhatikan bahu jalan sepanjang perjalanan Kedah-Kuala Lumpur. Sekali-sekala pandanganku tertumpu kepada cahaya lampu yang melimpah keluar dari rumah penduduk tempatan. “ Akan ku sempurnakan misi kali ini dengan sebaik mungkin ”, monolog aku sendirian. Fikiranku melayang-layang memikirkan perkara yang dibincangkan dalam taklimat minggu lalu. Suara Cikgu Ismail seolah-olah masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku.

“ Sebagaimana yang kamu ketahui Acheh telah dilanda tsunami pada 26 Disember yang lalu. Bahagian persisiran pantai Sumatera terutama sekitar Acheh teruk dibantai ombak besar-besaran itu. Bukan sedikit harta benda yang musnah. Begitu juga ia meragut ratusan ribu nyawa manusia tak kira usia. ”

Cikgu Ismail mencapai air mineral di hadapannya. Kelihatan halkumnya bergerak-gerak ke atas dan ke bawah tatkala air mula memasuki kerongkong. Jelas kelihatan tekaknya yang berkedut dimamah usia. Walaupun begitu semangatnya persis orang muda. Cikgu Ismail menambah, “ Kamu semua telah dipilih oleh Engenius Trading Company untuk melaksanakan misi syarikat di sana. Syarikat telah memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi untuk membantu umat Islam Acheh ”.

“ Mengapa Engenius berhajat membantu penduduk Acheh ?. Engenius punya bisnes di sana ke cikgu ? ”, tanya Hazwan kepada Cikgu Ismail yang lebih popular dengan panggilan cikgu. “ Pada hakikatnya kita tiada bisnes di sana. Namun atas kesedaran membantu saudara seIslam, maka kita wujudkan pasukan untuk melaksanakan misi yang telah kita tetapkan ”, jawab Cikgu Ismail.

“ Bagus!. Tak ramai orang yang berfikiran begitu cikgu. Tapi apa tugas kami di sana ? ”, celah Ilyas. “ Orang muda memang tak sabar ”, kata Cikgu Ismail sambil ketawa kecil. “ Cuba perhatikan profail yang ada di depan kamu. Maklumat terperinci tentang misi ini diterangkan di situ. ”

Lamunanku terhenti apabila bas mula memperlahankan kelajuan membelok ke sebelah kiri memasuki hentian Rehat & Rawat Tapah.

. . .

Puduraya! Puduraya! ”, laung pemandu bas. Aku menyapu muka sambil membetulkan cermin mata. Lantas telingaku menangkap bunyi penumpang turun dari bas. Mereka dengan bagasi masing-masing berjalan terhoyong-hayang bagaikan orang mabuk.

Aku seperti biasa ke restoran mamak berdekatan sementara menunggu waktu subuh. “ Minum apa?, ” tanya seorang pelayan di situ. “ Teh tarik saja. Makan tak mau, ” aku menjawab. Mataku memerhatikan ke luar restoran sambil mencari kelibat rakan-rakan yang lain. Aku tersengguk-sengguk mengantuk tatkala minuman sampai. Kuhirup buih teh tarik yang terapung-apung memenuhi permukaan gelas.

Waktu menginjak perlahan. Fajar belum menyinsing namun Kuala Lumpur sudah terjaga dari lenanya. Begitulah keadaan kota metropolitan saban hari yang rancak dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Ia menjadi tempat anak watan mencari sesuap nasi, tak kurang juga limpahan warga asing yang berhijrah ke sini. Ibu kota Malaysia itu terus membangun seiring kepesatan bandaraya lain di dunia.

Sedang asyik menikmati kesibukan pagi, aku dikejutkan dengan suara orang memberi salam. “ Assalamualaikum, dah lama tunggu ?. Sorry la, bas aku lambat sampai. Berhenti lama tadi, ” kata Adam. “ Waalaikumsalam. Tau dah mu meme gitu. Jarang sangat nak awal, ” balas aku seakan mengusik.

Kami berbual-bual sehingga kedengaran azan dari Masjid Jamek yang terletak berhampiran. Langkah diatur menuju seruan Ilahi.

. . .

Friday 9 May 2008

Bebaskan Khaula Zitawi : Seruan kepada Pertubuhan Hak Asasi Sedunia

Jumaat, 09/05/2008 - Persatuan Wa'ed untuk para tahanan dan bekas tahanan Khamis lalu merayu kepada semua pertubuhan hak asasi manusia agar serta-merta campur tangan untuk memastikan agar tahanan bernama Khawla Zitawi dibebaskan. Khawla akan diasingkan daripada anak perempuannya, Ghada pada Selasa depan kerana mengikut undang-undang Israel dimana umur Ghada hampir masuk tahun kedua.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima PIC, Wa'ed menyatakan hanya tinggal lima bulan sebelum Zitawi dibebaskan dengan maksud dia menghabiskan lebih satu pertiga tempoh penahanannya dan sepatutnya boleh dibebaskan menurut undang-undang Israel.

Dalam pada itu bekas tahanan, Samar Subeih melaporkan Zitawi mengancam untuk memulakan mogok lapar secara terbuka jika pentadbiran penjara terus mengambil anak perempuannya sambil menambah dia berada dalam keadaan psikologi yang sangat teruk semasa tarikh perpisahannya semakin hampir dan tidak dapat membayangkannya anaknya dibawa pergi dari ribanya lebih-lebih lagi sejak bapanya ditahan di penjara Megiddo dan tiada siapa yang dapat menjaganya.

sumber : palestinkini.info

Wednesday 7 May 2008

Kerajaan Olmert Berpecah

Rabu, 07/05/2008 - Ada di kalangan pegawai-pegawai kerajaan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang menyokong dan ada yang tidak ke atas rancangan gencatan senjata yang dicadangkan Mesir yang mana briged-briged Palestin menyuarakan kesetujuan mereka terhadap perkara tersebut. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan mengumumkan bantahan mereka terhadap isu itu. Seorang pegawai lain tidak menolak Israel menerimanya tanpa persetujuan bertulis.

Pegawai itu menegaskan bahawa Israel mungkin bersetuju dengan tawaran gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir sebagai perantara antara Israel dan briged Palestin. Demikin menurut berita Reuters.

Agensi itu memetik dari pegawai tersebut yang merupakan anggota di dalam agensi keselamatan sebagai berkata, Israel “akan bersetuju” dengan menghentikan tembakan “jika ia sejajar dengan tuntutan asas kami, iaitu menamatkan keganasan di Ghaza serta penyeludupan senjata yang menegangkan lagi keganasan”.

Sumber : palestinkini.info

Nikah : Apa Persiapan Kita ?..

Bajet Perkahwinan

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan anda dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan:

Kursus perkahwinan

RM

Kad jemputan

RM

Setem

RM

Cincin kahwin

RM

Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan

RM

Tempat penginapan untuk rombongan

RM

Barangan Hantaran:

Sirih junjung

RM

Potpourri

RM

Al-Quran

RM

Sejadah

RM

Samping

RM

Songkok

RM

Kain pelekat

RM

Baju Melayu

RM

Tuala

RM

Kasut

RM

Jam

RM

Satu set penjagaan diri

RM

Kek

RM

Pulut kuning

RM

Puding

RM

Cokelat

RM

Buah-buahan

RM

Juruandam:

Pelamin

RM

Baju songket

RM

Bunga pegang

RM

Bunga pahar

RM

Bunga telur/cenderahati tetamu

RM

Jurusolek

RM

Baju persalinan

RM

Hiasan bilik tidur

RM

Pintu gerbang

RM

Barangan hantaran

RM

Hiasan hantaran

RM

Solekan pengapit dan flower girls

RM

Abadikan memori:

Videografi yang siap disunting

RM

Jurugambar

RM

Kanopi:

Kanopi

RM

Kerusi dan meja

RM

Alas meja

RM

Kipas siling

RM

Lampu

RM

Upah pekerja

RM

Hotel atau taman:

Kerusi dan meja

RM

Menu

RM

Penyambut tetamu

RM

Pengiring

RM

Makan beradap:

Set meja pengantin

RM

Kerusi dan Meja

RM

Alas meja

RM

Skirting

RM

Scallop

RM

Kerusi banquet

RM

Bunga bouquet

RM

Lauk pengantin

RM

Penanggah

RM

Katering:

Nasi dan lauk pilihan

RM

Buah-buahan

RM

Air (kordial)

RM

Hiburan:

Kompang

RM

Silat pengantin

RM

Cak lempong

RM

Kumpulan marhaban/berzanji

RM

Sistem PA:

Satu set sistem PA

RM

DJ / MC

RM

Bulan Madu:

Percutian

RM

Jumlah perbelanjaan

RM