Friday 26 September 2008

Carilah.....


Ramadhan hampir melabuhkan tirai, memberi laluan kepada Aidil Fitri bertandang. Sungguh, hari raya bagaikan terasa esok @ lusa. Kedengaran lagu-lagu raya berkumandang di corong radio. Sudah semestinya sales dengan segala macam tawaran bertambah rancak. Maka kita rasakan mood Aidil Fitri meniti hari-hari terakhir ramadhan dengan pelbagai irama & cara. Mengemas rumah, tukar langsir, lap tingkap & mop lantai memenuhi jadual seisi keluarga. Pendek kata, mungkin ramai yang hampir terlupa fasa ketiga menjanjikan pembebasan dari api neraka !.


Bukan nak mengata sesiapa. Tiada salahnya kita melakukan sedemikian. Mungkin kalau bukan pada hari raya jarang kita mengemas rumah. Ada baiknya kita gunakan kesempatan yang ada. Namun di saat kerancakan itu, jangan ditepis tawaran yang dihidangkan di hadapan kita begitu sahaja. Siapa tahu ramadhan kali ini yang terakhir buat kita ?.


Sebulan Sudah Ramadhan Bersama

Tibalah Syawal Tanda Kemenangan

Sempurnakah Segala Amalan

Adakah Kita Berjumpa Semula

Di Ramadhan Yang Akan Datang...


Manfaatkan hari-hari terakhir ramadhan dengan sebaiknya. Carilah apa yang belum ketemu. Hiasi hari kita dengan kalamullah, tarawih, iktikaf & qiyamullail. Sempurnakan yang masih tersisa. Lengkapkan bait kehidupan dengan iman & taqwa. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Moga kita keluar dari madrasah ramadhan dengan imanan wahtisaban.


Syair arab pernah menyebut ‘ Bukanlah hari raya dengan pakaian yang baru. Akan tetapi hari raya itu dengan taqwa yang baru. ’ Taqwa yang terpancar hasil didikan sebulan dalam ramadhan. Biarlah kita keluar dari ramadhan dengan mendongak ke langit, mengharapkan Allah menemukan kita dengan ramadhan yang akan datang. Bukan tersungkur sesal dek kerana membiarkan ramadhan berlalu sekadar membasahkan buku lali. Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza.

Monday 22 September 2008

Jaulah 'Explorasi Mencari Diri' @ Jaulah Bola












Alhamdulillah beberapa hari sebelum menjelang ramadhan Pembina PJ telah mengadakan jaulah ke utara dengan tema ‘ Explorasi Mencari Diri ’. Walau bagaimanapun atas cadangan jaulah ini telah ditukar kepada Jaulah Bola secara tak rasmi. Ini kerana mereka telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan bola sepak & 1 perlawanan futsal sepanjang jaulah mereka dalam masa 24 jam !. Sesuatu yang sungguh luar biasa. Mungkin training siap-siap untuk karnival sukan tahun depan.


Jaulah disertai 14 ikhwah termasuk dari CFS IIUM PJ, UM & IIUM Gombak. Perjalanan dimulakan pada malam 29.8 ke Kedah. Sesudah subuh, Dr. Ridwan memberikan tazkirah mengenai peri pentingnya membina kekuatan pada diri individu muslim. Pertama, seseorang itu hendaklah mempunyai kekuatan aqidah. Tanpa aqidah yang sejahtera tak mungkin kita sebagai pendokong dakwah mampu berjalan lurus atas muka bumi Allah. Tatkala aqidah sudah mantap, ukhuwah pula harus dititikberatkan. Kemudian kami semua bersarapan & bertolak ke UUM Sintok.


Perlawanan persahabatan bola sepak diadakan antara Pembina PJ & Pembina UUM. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi serta tidak mahu mengalah. Separuh masa pertama menyaksikan Pembina UUM mendahului dengan 2-0. Perlawanan diteruskan pada separuh masa kedua walaupun matahari sudah mula meninggi. Ada iras keletihan di wajah pasukan yang bertandang. Namun atas semangat kesukanan yang ditunjukkan, Pembina PJ berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan 2-2.



Tazkirah diberikan oleh Saudara Muntaziri seusai perlawanan. Beliau menitikberatkan soal berkenalan sesama muslim dalam rangka membina ukhuwah & kesefahaman. Selepas itu ahli rombongan bersiap untuk makan tengah hari di rumah Us Yahya. Soalan kuiz diedarkan kepada peserta jaulah. Dalam keletihan kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Us Ya. Penekanan diberikan kepada soal akhlak sebagai da’i. Dalam erti kata yang lain, da’i @ duta Islam seharusnya memiliki akhlak yang baik & mampu menjadi contoh kepada orang lain.


Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Kami yang sedang kelaparan & keletihan dihidangkan dengan juadah tengah hari yang menyelerakan, nasi + ayam golek. Alhamdulillah, syukur pada Allah & terima kasih pada Us Ya. Perjalanan diteruskan ke Pulau Pinang.



Sekolah Tahfiz Al-Islah ( STAIL ) menjadi destinasi kami petang itu. Selesai solat Zohor & Asar berjemaah, kami bersama dalam sesi ringkas Pembina Pulau Pinang. Selesai minum petang, kami berangkat ke Safari Club yang terletak di Seberang Perai. Petang itu satu perlawanan futsal persahabatan dijadualkan antara Pembina PJ & Pembina Pulau Pinang. Masing-masing mempamerkan skill yang menarik untuk tatapan umum.


Usai perlawanan, khidmat diri & makan malam. Selepas solat, kami berangkat ke Ipoh. Perjalanan yang memakan masa 2 jam dirasakan begitu lama dek keletihan yang amat sangat. Kami bermalam di Ipoh dalam kepenatan & sengal-sengal otot. Esok satu lagi perlawanan menanti.



Pagi itu sesudah solat subuh Ustaz Muhammad memberikan tazkirah. Isi tazkirah tersebut menyentuh mengenai ketabahan & kesungguhan seorang pendakwah bernama Hasan Ulwan. Tazkirah diakhiri dengan kisah Abu Ayub Al-Ansari memperbetulkan pemahaman umat Islam sekitar ayat 195 Surah Al-Baqarah. Kemudian masing-masing bergerak ke padang untuk perlawanan persahabatan.


Pembina PJ vs Pembina Ipoh. Perlawanan yang menyaksikan peningkatan persefahaman dalam pasukan Pembina PJ. Perlawanan yang sengit dengan aksi berbalas serangan. Sungguh melelahkan dengan saiz padang yg memanjang. Perlawanan pagi itu diakhiri dengan sesi suai kenal sesama pemain & tazkirah ringkas oleh Ustaz Shahruzaman. Dalam tazkirah tersebut, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya berusaha menjadi yang terbaik. Sekiranya tidak mampu, buatlah sehabis baik.


Kemudian kami bersarapan & bersiap untuk pulang ke ibu kota. Sesungguhnya jaulah pada kali ini meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kami yang menyertainya.


Friday 19 September 2008

Perutusan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Sempena Ramadhan


"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna” (al-Anfal:24)

Wahai ikhwan dan akhawat
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, wa ba'd

Moga-moga setiap tahun kamu dilimpahi kebaikan. Kini kamu dipayungi bulan mulia lagi berkat. Di dalamnya kebaikan berantai-rantai tiada putus,
hembusan rahmat bertali arus, limpahan kasih al-Rahman mengalir laksana
arus. Sesungguhnya Ramadan benar-benar bulan rahmah, maghfirah dan bebas dari belanggu api neraka. "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (al-Baqarah: 185)

Ketahuilah sesungguhnya perjalanan yang panjang itu memerlukan bekalan. dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya) ". (al-Baqarah: 197)

Hendaklah kamu jadikan Ramadan ini masa untuk menyiapkan bekal setahun. Jadikan siam (puasa), qiam, wirid, i'tikaf, sedekah dan solat sebagai bekalan dalam perjalanan mengadap Tuhan. Daripada bekalan itu kita bisa berdiri, membangun cita-cita yang tinggi, memperkuat keazaman yang murni. Saat kita beramal di bulan yang mulia, hati bertaut dengan Kekasihnya, tidak lucut ikatannya, tidak putus pengharapannya, sedang jiwa mencapai keberuntungan berjual beli dengan Allah Yang Maha Esa. "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya. " (al-Baqarah: 207)

Jadikanlah Ramadan ini titik berlepas ke arah mencapai tujuan. Jadikan Islam sebagai sebuah daulah yang bergerak di dalam jiwa-jiwa manusia dan melekat di dalamnya. aqidah dan iradah, amal dan ibadah, ilmu dan kepimpinan, keagungan dan ketuanan. Biarlah Islam menjadi aqidah yang menggerakkan iradah (kemahuan), ibadah yang melahirkan amal, ilmu yang melayakkan memimpin, mendapat penghurmatan dan ketuanan.

Semuanya terhasil dan tercerna mengikut acuan rabbani yang amat luas. Hendaklah semua hati-hati menjadikan matlamat puasa mereka seperti yang telah digariskan di dalam firman Allah yang bermaksud: ".... supaya kamu bertakwa". (al-Baqarah: 183)

Beramallah dengan bersungguh-sungguh supaya bulan ini tidak pergi kecuali dalam keadaan kamu telah memperlihatkan kepada Allah keyakinan kamu kepada janjiNya, beriltizam dengan perintahNya, berjalan mengikut manhajNya, "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. " (al-Baqarah268) .

Pacakkan bendera yang bersesuaian bagi setiap sepuluh hari bulan Ramadan. Sepuluh yang pertama haraplah rahmat dengan berkasih sayang dan menguhubung silatul rahim. Sepuluh kedua harapkan keampunan dengan memohon ampun dan saling bermaafan agar terlerai segala dosa dan kesilapan lalu. Dan kemudian sepuluh terakhir haraplah kebebasan
dari segala belenggu di dunia dan akhirat. "Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (al-Ahzab:23)

Sahutlah seruan untuk hidup pada bulan Ramadan ini supaya sepanjang tahun akan datang nanti terus mekar dan subur berpanjangan. "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (al-Ahqaf:31)

Awas dan waspada Jangan sampai Ramadan kali ini terlucut dari genggaman
kamu! Jika itu berlaku, rugilah kamu, kerugian yang tidak mungkin ditampung dengan apa usaha sekalipun. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata." (al-Ahqaf:32)

"Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira" (al-Rum:4)

Terjemahan Ustazah Maznah Daud
Ramadhan 1429.

Thursday 11 September 2008

Dakwah Itu Seni


Gambar di sebelah saya kira amat unik. Pemuda di dalam gambar tersebut adalah pemain bola kebangsaan Mesir bernama Muhammad Abu Tarikah. Beliau adalah pemain kebangsaan Mesir dari Kelab al-Ahli (kelab bola yang paling mendapat tempat di dalam hati penduduk Mesir). Pemuda kelahiran Giza ini adalah penyerang utama pasukan bola kebangsaan Mesir.

Perbuatan ini dirakamkan di dalam satu perlawanan bola sepak ketika Mesir menentang Sudan di kejohanan piala Afrika ke 26 pada 27 Januari 2008 yang lepas. Beliau mengangkat baju dan mempamerkan slogan simpati kepada penduduk Ghaza selepas menjaringkan gol kedua di dalam perlawanan tersebut. Walau pun dilayangkan kad kuning selepas perbuatannya itu, beliau masih bersemangat dan terus mengasak pasukan Sudan lalu berjaya menyumbat gol ketiga pada separuh masa kedua perlawanan tersebut. Mesir menang ke atas Sudan 3/0 dalam perlawanan tersebut.

Subhanallah ….

Tindakan Abu Tarikah sudah semestinya berisiko tinggi bagi seorang pemain bola yang mencari rezeki melalui sukan tersebut. Semua maklum bahawa mengambil kesempatan di padang untuk memprovokasikan isu-isu sensitif seumpama ini bertentangan dengan undang-undang FIFA. Abu Tarikah beruntung kerana keberaniannya telah menarik simpati ramai pihak kepadanya lalu beliau terselamat dari dikenakan tindakan.

Mungkin kerana keberkatan perbuatan itu atau mungkin juga kerana doa penduduk Ghaza kepada pasukan Mesir, Mesir sekali lagi menjuarai Piala Afrika setelah mengalahkan Cameroon dengan jaringan 4/2.

Di Ghaza sekarang ini, penduduknya mula menamakan piala perlawanan bola mereka dengan nama Piala Abu Tarikah. Di samping itu baju-baju yang dipakai oleh anak-anak muda Palestin di Ghaza mula dicetak dengan wajah Abu Tarikah.

sumber : satuperkongsian.wordpress.com

Wednesday 10 September 2008

Keputusan Kuiz & Pemenang


Bil

Nama

Bahagian 1

Bahagian 2

1

Affiq

13/30

3/9

2

Aizat

12/30

3/9

3

Dharma

10/30

3/9

4

Farid

11/30

4/9

5

Fikri

6/30

4/9

6

Muntaz

9/30

3/9

7

Muslim

12/30

4/9

8

Saufwan

8/30

2/9

Affiq dinobatkan selaku pemenang kuiz jaulah pada kali ini, tahniah & syabas diucapkan. Pemenang dikira berdasarkan markah tertinggi dari bahagian 1. Sekiranya seri, markah bahagian kedua akan diambil kira.