Saturday 28 February 2009

Saidina Ali radiyallahu 'anhu @ karramallahu wajhah ?.

Kenapa Saidina Ali digelar karamallahu wajhahu?

Secara ringkasnya;

1. Karamallahu wajhahu kita tidak masukkan dalam kategori gelaran. Sebaliknya ia adalah doa. Ia bermaksud ‘moga-moga Allah memuliakan wajahnya’. Ia sama seperti radiallahu anhu (moga-moga Allah meredhainya), sollallahu alaihi wassalam (moga-moga Allah mencurahkan doa selawat dan salam kesejahteraan ke atasnya), rahimahullah (moga-moga Allah merahmatinya).

Huraian tambahan bagi yang mempunyai asas-asas dalam Bahasa Arab;

fi’il madhi (kata kerja lepas) selain menunjukkan makna bahawa perbuatan tersebut telah berlaku, ia juga boleh digunakan untuk doa dan seruan. Untuk doa seperti contoh-contoh di atas. Untuk seruan contohnya seperti lafaz dalam iqamah ‘qad qamatissolah’ yang tidak boleh diterjemahkan ‘telah didirikan sembahyang’ kerana sembahyang belum bermula lagi. Lebih tepat diterjemahkan ‘marilah mendirikan sembahyang’.

Walau pun kedua-dua penggunaan ini tidak begitu popular dalam penggunaan fi’il madhi.

2. Doa-doa yang biasa kita ucapkan selepas menyebut nama Nabi Muhammad s.a.w., para Nabi yang lain dan para sahabat r.a. sebenarnya diambil oleh ulama’ silam dari al-Quran. Sebab itu ianya dari segi adabnya tidak ditukar-tukar dan ditambah-tambah kerana bagi ulama’ silam, doa yang Allah ucapkan kepada golongan itu adalah yang terbaik untuk digunakan.

- Nabi Muhammad; kita ucapkan doa sollallahu alaihi wassalam kerana Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al-Ahzab: 56)

- Para Nabi selain dari Nabi Muhammad s.a.w.; kita ucapkan alaihissalam merujuk kepada beberapa potong ayat al-Quran. Antaranya:

Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam.” (Soffat: 79)

Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim.” (Soffat: 109)

Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.” (Soffat: 120)

Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas.” (Soffat: 130)

“Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku (nabi Isa) pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).” (Maryam: 33)

- Manakala para sahabat kita ucapkan radiallahu anhu merujuk kepada firman Allah:

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100)

“Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.” (Al-Fath: 18)

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (Al-Mujadilah: 22)

3. Berbalik kepada persoalan asal; adakah karamallahu wajhah khas untuk Saidina Ali?

Ada beberapa pendapat di dalam masalah ini. Ada yang mengatakan gelaran tersebut khas untuk Saidina Ali r.a. kerana Saidina Ali r.a. tidak pernah menyembah berhala sepanjang hidupnya. Ada yang mengatakan kerana Saidina Ali r.a. tidak pernah melihat kemaluannya sepanjang hidupnya. Hujah ini nampak longgar kerana bukan Saidina Ali r.a. seorang sahaja yang mempunyai sejarah hidup demikian. Wallahu a’lam.

Ada pandangan yang mengatakan doa ini sengaja direka oleh golongan Syiah untuk melebihkan Saidina Ali r.a. dari para sahabat yang lain. Wallahu a’lam.

Pandangan saya;

Lebih afdhal untuk kita mendoakan mereka dengan lafaz-lafaz doa yang telah dipilih oleh ulama’ silam daripada al-Quran. Walau pun begitu tidak salah mendoakan Saidina Ali dengan doa karamallahu wajhah asalnya ia bukan untuk tujuan mengagongkan Saidina Ali r.a. melebihi kadar yang dibenarkan oleh syarak.

Wallahu a’lam.

Sumber : www.satuperkongsian.wordpress.com

P/S : Saya juga pernah ditanya soalan sedemikian & kebetulan berjumpa dgn artikel ini di blog berkenaan.

Saturday 21 February 2009

Apa Pandangan Saya Mengenai Walimah

Memang seronok ke kenduri kahwin. Di samping makan free, boleh jumpa kawan. Kadang-kadang ada yg tak berjumpa semenjak tinggalkan sekolah, lepas SPM. Sambil tanya khabar & kehidupan semasa, ada yg ambil kesempatan. Cari jodoh kat kenduri kahwin. Makan nasik minyak lagi kita !. Maklumla kan. Bila tengah berborak, sedikit demi sedikit kenangan alam persekolahan disingkap. Pastu mula la ungkit kisah cinta monyet masing-masing. Cinta yg dulunya pudar kembali mekar. Jiwang-jiwang. Kita tengah baca novel cinta ke ?.

Pada saya, walimah bukan sekadar memenuhi undangan & get together. Bahkan ia lebih dari itu. Benar, ia lebih daripada makan 2 pinggan nasik & semangkuk laksa. Teringat saya akan walimah Firdaus & Idris yg diadakan pada hari yg sama, 24 Mei. Saya punya misi mustahak pada hari itu. Saya telah berjanji dengan seorang kenalan yg sedang melanjutkan pelajaran di Melaka untuk bertemu di walimah tersebut. Dengan keizinan Ilahi, maka kami bertentang mata untuk kesekian kalinya. Dia datang dengan diiringi 2 orang rakan.

Misi saya pada hari itu, temukan rakan saya dengan PEMBINA Melaka. Lokasi, walimah Firdaus & Idris. Kami berbual-bual ketika di walimah Firdaus & misi terlaksana di walimah Idris. Mission accomplished. Semalam walimah M. Saya juga mahu mengaturkan hal yg sama tapi dalam keadaan yg berbeza. Kali ini, rakan yg dulunya saya temukan dengan PEMBINA Melaka dijangka akan membawa beberapa rakannya yg lain & dalam usaha memperkenalkan PEMBINA ditempatnya. Hmmm…dalam masa 8 bulan 27 hari dia dah boleh ajak orang datang kenduri ?. Hahahaha

Ternyata perkembangan pesat ini membakar semangat saya untuk terus menabur bakti kepada PEMBINA. Rakan yg dulunya mat romeo & kaki jamming sudah boleh melakukan sesuatu untuk masyarakat setempat. Satu peningkatan yg memberansangkan. Pada saya walimah bukan sekadar memenuhi undangan & bergelak ketawa bersama rakan. Anda bagaimana ?.

Friday 20 February 2009

Tahniah Zaizul Azizi & Haniza

Zaizul & Dijah

Selepas abg Eddie & kak Jimah, giliran pasangan Zaizul Azizi & Haniza pula menimang cahaya mata ketiga mereka. Bayi perempuan seberat 2.88 kg selamat dilahirkan pada 12.30 tengah hari 19.2.2009. Tahniah diucapkan kepada Zaizul & Haniza. Semoga dengan pertambahan cahaya mata seiring dgn semangat mewujudkan masyarakat muslim, Insya Allah.

P/S : Cari gambar mujahid tak jumpa. Gambar Dijah ada.

Wednesday 18 February 2009

Pencapaian Dalam Bidang Pengucapan Awam


Banyak kejayaan berkaitan pengucapan awam telah dicapai dalam hidupku. Antaranya :

1. 2000 : Johan Pertandingan Syarahan Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Agama

2. 2001 : Naib Johan Pertandingan Syarahan Daerah Sungai Petani

3. 2002 : Naib Johan Pertandingan Syarahan SMK Agama Baling

4. 2003 : Johan Pertandingan Syarahan Negeri Kedah

5. 2003 : Tempat ke-3 Pertandingan Forum Daerah Baling Sik

6. 2005 : Panelis Terbaik Pertandingan Forum Matrikulasi UIA

7. 2006 : Panelis Terbaik Pertandingan Forum Matrikulasi UIA

8. 2007 : Tempat ke-4 Pidato Matrikulasi UIA


Semoga kejayaan yg aku kecapi dapat membantu Pembina melaksanakan usaha murni membentuk belia Malaysia berwawasan.

Tuesday 17 February 2009

Pertandingan Pidato ISMA Gombak




Aku menawarkan diri menjadi juri Pertandingan Pidato anjuran ISMA Gombak Sabtu lalu. Agak buang tabiat. Tapi kalau disingkap sejarah hidupku dalam bidang pengucapan awam, ia agak membanggakan. Aku kerap menyertai pertandingan syarahan sejak dari bangku sekolah. Banyak kejayaan yg telah aku capai. Mungkin atas kapasiti itu aku menawarkan diri menjadi juri. Namun ini adalah kali pertama aku menjadi juri, bukan hakim. Hakim merupakan seseorang yg beroutoriti memutuskan sesuatu perkara. Sedangkan juri bagi aku hanya mengadili sesuatu & tidak terlepas daripada salah silap.

Majlis bermula seawal jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran sedangkan pertandingan dijadualkan bermula pada pukul 9. Us Wan selaku ketua juri memberikan penerangan cara mengadili pidato peserta kepadaku & Puan Aishah Hatta sebelum majlis dimulakan. Kami menggunakan format pemarkahan Pertandingan Pidato Piala Di Raja. Hmm..ini antara pertandingan yg belum pernah aku sertai kerana bersekolah di sekolah agama swasta.

Peserta datang daripada sekolah menengah sekitar Gombak. Antaranya SMK Hill Crest, SMK Sg Pusu, SBPI Gombak, SMI Al-Amin & SMK Sri Gombak. Sebanyak 6 peserta mewakili SBPI Gombak manakala masing-masing 2 bagi sekolah lain. Program dimeriahkan dengan kehadiran Team Media ISMA yg membuat rakaman.


Sebahagian daripada peserta yg mengambil bahagian

Sebanyak 5 peserta menyampaikan pidato sebelum majlis berhenti rehat untuk minum pagi. Peserta dikehendaki menyampaikan pidato masing-masing pada pusingan pertama sebelum diberikan tajuk untuk pidato spontan pada pusingan kedua. Ini penting bagi memastikan peserta yg benar-benar layak dipilih sebagai juara, naib juara & tempat ketiga.

Peserta selesai menyampaikan pidato masing-masing sejurus masuk waktu zohor. Majlis sekali lagi berhenti berehat untuk menunaikan perintah Allah. Selesai solat zohor majlis diteruskan dengan ucapan daripada pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Dalam ucapan beliau, PPD mengalu-alukan kerjasama daripada pihak NGO & badan-badan lain memberikan sumbangan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderatahati kepada hakim, sijil & hadiah kepada para peserta.