Friday 31 July 2009

Warna-Warna Politik Malaysia : Part 1

Hari ini seorang ahli politik tanah air, YB Hamdan Abdul Rahman yg merupakan Adun Permatang Pasir telah kembali ke rahmatullah di IJN pagi tadi, Al-Fatihah. Ucapan tazkiah buat isteri & anak beliau yg ditinggalkan serta ahli keluarga yg lain.

Ini adalah PRK ke-8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008. Permatang Pasir merupakan Dun yg terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan dua parti politik Melayu terbesar, UMNO & PAS. Maka akan riuh seMalaya dgn cerita yg bakal disensasikan kedua-dua belah pihak yg tidak terlepas daripada memburukkan sesama sendiri. Bila umat Melayu nak capai kematangan berpolitik ?.

Tepuk dada tanya iman..

Thursday 30 July 2009

Mereka Yang Kahwin Dulu..


Satu sms masuk ke dalam hp aku yg mencecah 2 tahun usianya, “ Anta bila lagi ?. ” “ Bila apa ?.” “ Esok Fikri dah nak akad, anak buah dulu pada naqib nampak gaya. ” Aku hanya tertawa dalam hati. Tapi awas!. Kalau silap bertanya soalan cepu emas seperti itu pada orang yg salah, mungkin kena tembak. Seingat aku, Fikri bukan orang yg pertama nikah mendahului aku. Masih ada 2 insan sebelum dia yg tidak kamu ketahui. Siapakah mereka ?. Haa, itu yg kita kena cari.

Sabda nabi “ Berkahwin itu menyempurnakan separuh agamamu. Maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh yg lain. ” Sungguh, berkahwin itu merupakan antara ni’mat dunia yg terindah. Sang teruna belajar menyantuni si dara. Manakala si dara pula cuba berbasa-basi pada tempoh awal perkahwinan. Haha, semua itu lakonan belaka. Akan terdedah nanti sikap sebenar mereka bila tiba masanya.

Maka dgn itu wajarlah kita mempersiapkan diri agar bisa menempuh hari-hari bersama. Kita kadang-kadang meletakkan expectation yg terlalu tinggi kepada bakal pasangan. Tambahan pula bagi mereka yg menemui pasangan pada jalan dakwah. Si dia digambarkan sebagai manusia yg perfect. Hari-harinya dihiasi dgn kerja dakwah yg banyak, ke hulu & ke hilir bagai hulubalang mengawal pelabuhan Melaka. Sungguh mengasyikkan bila mahligai yg dibina dihiasi dgn kuntuman cinta. Namun hari tak selalunya cerah. “ Macam nie ke dia yg sebenarnya. ” Nyatalah kekecewaan tatkala dialog sebegitu didendangkan dalam hati.

Haha, melalut pulak kita. Tapi gitulah kan. Perkahwinan, cinta & rumah tangga disulami dgn tanggungjawab yg harus dilaksanakan. Moga Allah memberi kekuatan kepada mereka yg mendahului saya untuk melaksanakannya. Kalau dulu saya menunjukkan jalan dakwah pada mereka, sudah tiba masanya saya pula berguru dgn mereka dalam soal sebegini. Menariknya mereka merupakan pelajar perubatan & berkahwin pula dgn pelajar perubatan juga !.


Fikri & Izaidah

Tahniah kepada Fikri & Izaidah yg selamat diijabkabulkan pada 18 Julai lalu dgn sekali lafaz. Dah banyak kali praktis kot ?. Tahniah juga kepada Aiman & Asma’ atas kelahiran cahayamata puteri sulong mereka, Asiah Awatiff. Semoga kuntuman cinta antum akan terus mekar menghiasi jalan yg penuh onak & duri.

Wednesday 29 July 2009

Dakwah : Sampai Bila Nak Bagi Alasan !

Salam perjuangan buat para pendakwah !

Berada di atas jalan dakwah bukanlah mudah. Untuk maintain bersama kafilah dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam & tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu & teman seperjalanan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja : " Mahukah anda bersama-sama saya mengemudi perjuangan bersama dengan kafilah dakwah ??? "

Kata anak muda yang masih belajar : “ nanti dulu , saya baru daftar universiti, saya nak fokus study. Belajar nie pun ibadah juga, kewajipan utama. Nak bantu family. Exam dah dekat.. Banyak assignment.. Saya perlu pastikan kejayaan cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab & malas. Lagipun saya sibuk laa..mak ayah tak izinkan…bila saya graduate nanti saya join la dakwah nie…”

Bila dapat result CGPA 4.00..dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun lumayan..above RM3XXX. Dia mula bagi jawapan : “ saya baru mula kerja..banyak masa untuk settle down…perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja..lagi pun majikan dah warning…kena buat akujanji pula…Saya kena fokus pada kerja. Ini fardhu kifayah..kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti orang kata pekerja Islam nie tak professional, tak disiplin, tak efisyen…tiap-tiap bulan kena pergi meeting..sibuk…nantilah dulu bila saya free…tahun nie ana baru dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)..nak balas budi kat bos, nak tunjuk rajin kerja…”

Gambar hiasan

Bila dah berumur 25 tahun..mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah berumahtangga, dia berkata pula : “ Saya baru kahwin..banyak problem…baru nak sesuaikan hidup berkelamin…nak cari chemistry dengan isteri..kami tak pernah kenal sebelum nie..maklumlah lain-lain universiti..ana belajar abroad…zaujah cuma kat UPSI…zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk die..keluarga pun penting..Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu…mertua pula bising kalau asyik keluar..(kalau orang perempuan)..suami tak izinkanlah..taat pada suami tu kan penting…tanggungjawab perempuan ialah kat rumah..sibuklah…nanti bila family dah stabil…saya involvelah…”

Setelah beberapa bulan berlalu..isteri disahkan mengandung..Dia mula berkata : “ orang rumah dah mengandung..tadi pi check doktor..kesihan nak tinggal-tinggalkan dia…kena jaga hati dia..zaujah ana nie sensitif..cepat terasa dan merajuk…lagi pun nie first baby..kenalah jaga elok-elok..tiap-tiap hari kena ambik orang rumah… ada appointment dengan doktor…kena pi hantar ke tempat kerja dia..sekarang perut dia dah besar..dah tak boleh buat kerja rumah..nanti muntah-muntah…kalau apa-apa nanti susah…masih sibuk…tunggulah selepas bersalin…baru saya pi usrah…”

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “ Ada baby kecil, saya dah jadi bapa..rasa berat dan banyak tanggungjawab..kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga baby..malam pun tak cukup tidur…anak kerap menangis…bila anak sakit…tak ada siapa jaga…saya kena bagi perhatian..kalau tidak nanti kawan-kawan kata tak pandai jaga anak..malulah…nnanti dah settle semua nie..ana pi lah…”

Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali diajak attend program, attend usrah d ia menjawab : “ perlu masa lebih kat keluarga…anak-anak nak membesar..gaji tak cukup..kena kerja lebih..ambik kerja lebih masa (OT)..nak bagi nafkah kat keluarga..ini pun wajib…tak pa lah…tunggu saya dah free dari semua nie..saya joinlah..”

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak cari jodoh, dia mula berkata ; “ nak kena tumpu pada anak-anak. Sekarang banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak..dia pilih kawan yang tak baik…orang islam juga malu…kerja pun kena lebih..anak-anak nak masuk U, nak sambung degree… abang long pun dah nak kahwin…akak pun tak dapat kerja lagi… pening…pening…bagi saya langsaikan semua nie…nak fokus ini dulu…dah settle nie baru saya hadir…”

Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata ; “ saya dapat jawatan baru…banyak tanggungjawab dan makin sibuk…perlu jaga nama baik orang Islam kat company (swasta), saya baru sah gred DG 48 ( sektor kerajaan), sibuk memanjang..meeting sana meeting sini…semalam kat Putrajaya..hari nie kat Petaling Jaya…nak kena buat preparation…sibuklah…tunggu saya nak pencen…”

Bila umur dah cecah 40 tahun..dia berkata pula: “ doktor dah sahkan saya sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout…takutlah…kena rehat dan jaga kesihatan…tak boleh buat kerja berat-berat…badan tak berapa sihat dan kuat…hujung minggu buat terapi..hemodialisis… rasa tak cukup rehat…nanti dululah…kirim salamlah kat teman-teman…”

Bila sudah pencen, dia berkata: “ Ish ..rasa lapang dari kerja…nak berehat dok dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. Celik pejam celik…saya dah ada dua cucu…bila pencen pulak…dapat Jusa C..kawan-kawan pun tak dapat lagi…dakwah nie kerja orang muda-muda..korang orang muda-muda…korang buatlah…saya dah tua, nak tumpu pada amal hari tua…

Ada pula yang berkata: “ Malulah, buat kerja ni…tak biasalah…masa kat U tu..ada lah join sikit-sikit…tapi dah lama tinggal dah…rasa segan pulak…macam tak cukup ilmu…nak ajak orang lain pun malu…keluarga sendiri pun tak betul…macam mana nak dakwah pada orang lain…releklah dulu…”

Fikir-fikirlah…sampai bila nak berada dalam zon masalah…sampai bila nak berhujah…Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hambal. Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, samada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

Manakah yang lebih baik – Seorang yang berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya..???

Sampai bila nak bagi alasan lagi…wahai sang Da’ie

“ Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan allah dengan sebenar-benar jihad…”

sumber : maalimfitariq.wordpress.com

Tuesday 21 July 2009

Kuliah Sirah Kembali Lagi!!

Klik pada poster untuk imej lebih baik

Monday 20 July 2009

PEMBINA KL Di e-fest UIA


Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Kuala Lumpur (PEMBINA KL) telah mengambil peluang mengembangkan sayap perniagaannya dengan menyertai PC and Bookfair 09 yang berlangsung pada Economics Festival IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Karnival ini bermula pada hari Ahad, 19 Julai 2009 disertai oleh berpuluh syarikat komputer dan buku terkemuka dari seluruh pelusuk tanah air.

PEMBINA KL telah mengambil inisiatif untuk menjual pelbagai jenis barangan di gerai ini. Antaranya ialah baju untuk Muslimah, buku-buku keluaran Pustaka Salam, buku-buku dan cenderahati dari Aman Palestin, cenderamata keluaran PEMBINA, telefon bimbit Al-Quran serta lain-lain lagi.

Gerai ini juga digunakan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PEMBINA KL. Di samping itu, gerai ini juga membuka pendaftaran kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan PEMBINA. Orang ramai diterangkan tentang aktiviti-aktiviti PEMBINA yang telah dan bakal berlansung oleh sukarelawan PEMBINA yang sentiasa sedia membantu anda.

Diskaun menarik juga ditawarkan di gerai PEMBINA ini antaranya diskaun 10% kepada pembeli yang membeli lebih daripada tiga buah buku keluaran Pustaka Salam. Pengunjung juga berpeluang menyumbang kepada tabung derma Aman Palestin yang terdapat di gerai PEMBINA. Selain itu, sebahagian dari hasil pembelian barangan Aman Palestin juga akan disumbangkan kepada tabung derma Aman Palestin.

Karnival yang dijadualkan berakhir pada hari Jumaat, 24 Julai 2009 ini diharap dapat memberi pengalaman berharga kepada sukarelawan-sukarelawan PEMBINA dan juga dapat menjana kepada perkembangan ekonomi PEMBINA KL. Diharap juga orang ramai dapat mengambil peluang mengenali dan menyertai PEMBINA dengan mengunjungi gerai PEMBINA ini.


sumber : pembinakl.blogspot.com

Tuesday 14 July 2009

Kuliah Subuh Revealing Light

Pada Sabtu, 11 Julai yg lalu saya diberi kesempatan menyampaikan kuliah Subuh kepada mahasiswa optometri Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Jalan Othman, Petaling Jaya di Desa Rimba Dusun Eco Resort, Bentong. Program yg diberi nama Revealing Light dihadiri 90 mahasiswa yg terdiri daripada tahun 1 hingga tahun 4. Program bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim yg terjalin antara senior & junior di samping memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai kursus tersebut.


Sememangnya mencabar tatkala saya dipelawa memberikan kuliah, apatah lagi kuliah Subuh. Kata org, lepas Subuh adalah waktu prime time yg tak harus disia-siakan. Terkadang sudah menjadi budaya tidur selepas Subuh. Lantas saya memikirkan satu persembahan yg menarik agar hadirin yg mendengar tidak hanyut dibuai mimpi. Masa yg diberikan selama sejam agak lama untuk membuatkan mahasiswa yg berada di depan saya terus celik.


Saya bertolak pada malam sebelumnya. Hajatnya mahu meninjau keadaan sekeliling di samping berbincang dgn komiti program isi kuliah saya. Ternyata mereka berpuas hati & menyarankan agar saya tetap dgn apa yg dibincangkan. “ Insya Allah kuliah Subuh esok lain daripada yg lain,” kata saya. “Nampaknya begitulah. Banyak video. Kalau cakap ja, memang mengantuk & tertidur peserta nanti. ” kata komiti program.


Video demi video saya tunjukkan kepada mahasiswa di depan saya. Selepas satu video ditayangkan saya memberi ulasan & menyampaikan mesej yg terkandung di sebalik cerita. Saya dapat lihat hanya seorg dua yg terlentok manakala yg lain terpaku matanya mendengar penjelasan. “Hebatnya umat Melayu pada zaman Kesultanan Melaka kerana Islam yg mereka anuti. Sebelum kedatangan Islam org tanah melayu pakainya cawat, berak atas pokok, ” saya menjelaskan. Tertawa hadirin yg ada.


“ Tetapi Islam telah mengangkat darjat kita sehingga dikenali seantero dunia. Diceritakan pedagang datang dari 82 buah negara berdagang di Melaka pada kurun ke-15. 82 negara nie banyak rakan2 sekalian. Sekarang pun sekitar 160 negara di dunia. Tak banggakah kita bila nenek moyang Ronaldo, Figo malahan David Beckham bertutur dalam bahasa Melayu bila berdagang di sini ?!!. ” Sekali lagi hadirin tertawa. Namun saya berharap mesej saya sampai. “ Bahasa Melayu bukan hanya dipertuturkan di Pelabuhan Melaka, malah ia digunakan dalam urusan perdagangan di Venice & pelabuhan utama dunia ketika itu. Sebab apa kita begitu hebat dulu ?. Sebab kita mengamalkan Islam dgn betul. ”


Waktu menginjak perlahan & saya menamatkan kuliah pada jam 7.30 pagi. “ Kita seronok dgr kejayaan nenek moyang kita tapi ingatlah, kita juga mampu buat seperti mereka, bahkan lebih lagi. Mula dgn diri kita, amalkan Islam dgn betul. Bagaimana solat kita, puasa kita, bacaan quran, hubungan dgn Allah, rakan, pensyarah, ahli keluarga & ibu bapa ?. Ingatlah rakan2 sekalian, perubahan itu harus berlaku dalam diri, diikuti keluarga & masyarakat. ” Hati berasa puas kerana saya berjaya menyampaikan isi kuliah dgn baik dalam keadaan peserta tidak tertutup matanya !!. Semoga apa yg didengar akan turun ke hati & dipraktikkan dalam kehidupan seharian.