Wednesday 16 December 2009

Lepas Ni Apa ?.


Saya copy tulisan seorg blogger yg merupakan kawan di PEMBINA. Sedang dalam proses, Berita Harian menyiarkan laporan yg mengejutkan, "Asmara dgn 5 lelaki". Apa nak jadi dgn bangsa kita ?. Sapa kata salah bicara tentang bangsa melayu ?. Hilang malu kerana hilang nilai kemelayuan.

Selama 5 tahun saya di luar negara, saya melihat sendiri bagaimana rosaknya akhlak muda-mudi barat, seks bebas, arak bebas, bertukar pasangan secara bebas. Tidur di tepi tong sampah pada awal pagi Ahad adalah lumrah, kerana mabuk pada malam Sabtu. Semua yang saya perhatikan di sana adalah seburuk-buruk akhlak manusia, dan itu menjadi lumrah di sana. Semasa saya tingkatan 1, ketika itu seandainya ada pelajar lelaki dan perempuan bercouple & berpegangan tangan, baik di sekolah atau selepas sekolah, itu adalah isu besar dan sensasi. Naik tingkatan 3, isu pelajar ‘dating’ di tempat gelap dan melakukan hubungan intim adalah isu besar dan sensasi. Pegang tangan dah kira lumrah. Naik tingkatan 4 & 5, isu yang besar kini ialah seks luar nikah oleh pasangan sekolah. Hubungan intim kini dah jadi biasa.

Di universiti, suasana ketika itu mengira bahawa keluar bercuti bersama berdua-duaan menaiki kereta di tempat peranginan adalah perkara biasa. Ada seorang teman saya yang berbangga bercuti bersama pasangannya (belum kahwin) naik kereta berdua ke Bukit Larut. Wallahua’lam mereka menginap macamana kerana yang perempuannya itu menutup aurat dengan baik. Sebagai pelajar luar negara, lebih buruk lagi dari itu saya menyaksikan sendiri tidak ada segan silu untuk pelajar lelaki dan perempuan tinggal bersama di satu rumah, dan endah tak endah pula bila ditegur.

Kini, akhbar memaparkan isu seks luar nikah yang dilakukan tanpa segan silu. Malu, sedih & geram untuk saya terima hakikat ini. Statistik demi statistik dipaparkan menunjukkan jumlah remaja yang telahpun mengalami seks luar nikah sejak di bangku sekolah. Pasangan demi pasangan di tangkap di tempat awam, sekolah dan pusat hiburan atas kesalahan sumbang mahram.



Nah, nampak gaya kita di track yang sama untuk menjadi seperti Barat.Di Malaysia, lepas ni apa pula?

Menyedari hakikat ini, pada pandangan saya, kita perlu bertindak seperti berikut:-

1- Ibu bapa memainkan peranan utk mengetahui pergaulan anak-anak mereka. Kenali kawan mereka, awasi sebarang keterlaluan dalam pergaulan sesama bukan mahram baik di sekolah atau selepas sekolah.

2- Badan bukan kerajaan NGO perlu bersama-sama terus berusaha untuk mendidik masyarakat, khususnya golongan belia tentang batas syarak dalam pergaulan. Kebanyakan pergaulan bebas bermula dari kejahilan tentang pengetahuan batas syariat. Ada juga yang sengaja melonggar-longgarkan batas dengan alasan ‘moden’. Ini perlu diperhatikan secara serius oleh NGO dan mendidik melalui kempen dan dakwah ammah.

3-Pihak berkuasa perlu terus giat melakukan serbuan demi serbuan terhadap remaja yang melakukan maksiat di tempat awam. Susulan tangkapan bukan sahaja dibawa ke masjid untuk ditazkirah, tetapi diberi hukuman setimpal dan dilaksanakan program susulan untuk kesedaran, sama seperti khidmat masyarakat yang diwajibkan kepada mana-mana remaja yang melanggar undang-undang.

4- Setiap individu perlu prihatin terhadap sekeliling mereka, tegurlah andai ada teman yang didapati keterlaluan dalam bercinta. Galakkan kenalan-kenalan yang ‘mabuk cinta’ untuk terus berkahwin segera sebelum terlanjur dalam pergaulan. Beri sokongan untuk berkahwin, baik dari aspek buah fikiran mahupun kewangan & tenaga.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari bencana nafsu yang membinasakan ini….

sumber : zafryhalim.wordpress.com

P/S :

Tuesday 15 December 2009

Warna-warna Politik Malaysia : Part 2

Aku berkesempatan berjumpa dgn seorang penjawat awam baru-baru ini. Dia merupakan kawan kepada seorang kawanku. Kawan atas kawan, kiranya. Aku tak masuk campur sgt perbualan meraka pada awalnya. Namun setelah topik beralih kepada isu politik, aku mula pasang telinga. Aku menjadi cakna bukan disebabkan isu politik yg diperbincangkan, tetapi mahu mendengar pendapatnya tentang beberapa isu. Pendapatnya dikira penting kerana dia sudah hidup separuh abad. “ Biasanya orang lama susah nak berubah, ” itu yg selalu kita dengar.


“ Apa pandangan pakcik tentang kerajaan perpaduan PAS-UMNO ? ” tanyaku seakan menjolok sarang tebuan. “ Saya sokong idea tue sebab pada saya, yang penting melayu bersatu. Bila PAS & UMNO bergabung, majoriti Melayu di bawah satu bumbung. Sekarang ni dalam Pakatan Rakyat, PAS kena banyak korbankan prinsip. DAP dah berapa kali buat hal. PAS jugak kena mengalah. Sapa yg rugi ?. Melayu jugak rugi, ” katanya.


“ Tapi PAS masih terkenangkan kisah silam camna mereka dibuang dulu ?. ” soal saya lagi. Jawab pak cik penjawat awam itu, “ Kalau nak kira kisah silam, kita nie melengung tak buat apa la. Asyik teringat yg dulu ja. Betul la kan benda tue kenangan pahit. Tapi skg nie yg penting rakyat. Macam mana pun kena dahulukan rakyat. Bila UMNO dgn PAS tak dapat duduk semeja, org melayu berpecah. Sapa rugi ?. Melayu jugak. ” Saya mendengar dgn teliti apa yg disampaikan olehnya. Keropok ikan yg menjadi hidangan hampir habis dijamah.


“ Kita nie tak reti politik. Pangkah tau la kan. Sebab tue kita bagi depa pegang politik. Jadi gunakan kebijakan mereka dalam politik supaya tak berlaku lagi perkara macam dulu. Cuba selesaikan sebaik mungkin. Kita kena pandang ke depan, bukan toleh ke belakang, ” tambahnya dgn panjang lebar. Nampak cam besa aja. Cakap pun gagap2. Tapi boleh tahan jugak idea pakcik ni.


“ Jadi pakcik bersetuju PAS bergabung dgn UMNO ?. ” tanya saya lagi inginkan kepastian. “ Setuju sgt !!. Kita kena bersatu. ” Perbualan semakin rancak dalam perjalanan ke kedai berhampiran. Pak cik tue nak belanja nan tandoori. Alhamdulillah, murah rezeki.

Seminar Pengurusan Kewangan & Keusahawanan

Tahniah kepada semua yg menjayakan SPKK. Klik pada pautan di bawah untuk melihat gambar program.

http://www.flickr.com/photos/norzafry/sets/72157622999304794/

Nasi Lemak, Nasi Uduk & Nasi Katok

Nasi uduk

Nasi lemak merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Suatu ketika ia diambil pada waktu sarapan pagi. Namun dek kerana arus globalisasi, nasi lemak menjadi hidangan yg merentasi sempadan masa. Ada pada waktu makan tengah hari mahupun malam. Nasi lemak juga dikenali dgn pelbagai nama. Antaranya nasi lemak antarabangsa, nasi lemak sambal tepi & nasi lemak sedap. Nasi lemak bukan sahaja boleh didapati di Malaysia, bahkan di Indonesia & Brunei pada nama yg berlainan.


Pengaruh melayu dapat dilihat pada makanan domestik sesuatu negara. Di Indonesia misalnya, nasi lemak dikenali sbg nasi uduk. Bahan yg digunakan & penyediaannya lebih kurang sama. Manakala di Brunei, ia dikenali dgn nama nasi katok. Nasi katok agak berbeza kerana ia menggunakan ayam panggang sbg lauk, bukan telur seperti nasi lemak & nasi uduk. Ia juga berbeza kerana nasik katok tidak datang bersama2 pakej lauk-pauk yg boleh dipilih. Hanya nasi, sambal & ayam panggang. Harganya juga tidak berubah iaitu RB 1.


Pastinya semua jenis nasi di atas menggunakan santan yg dimasak bersama beras. Itulah yg menjadi pelengkap kepada menu seantero nusantara.


P/S : Lama tak update blog. Laptopku hilang di perantauan. Semoga Allah gantikan ia dgn ni'mat yg lebih baik, amin.