Sunday 29 August 2010

Warna-warna Politik Malaysia : Undi Melayu Penentu ?

Menonton filem 1957 : Hati Malaya membuatkan saya berfikit mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan. Kita juga tidak lama lagi akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53. Semoga kita sama-sama mengisi kemerdekaan dengan memperhambakan diri kepada Allah. Rebutlah peluang yang ada di bulan ramadhan.


Filem ini juga membuatkan saya berfikir mengenai tuntutan demi tuntutan yang dikemukan. Orang kata ‘ Dulu tak macam ni pun. Senyap-senyap saja. Sekarang ni dah terang-terang.’ Pada saya sama sahaja dulu atau sekarang. Diam atau dizahirkan mereka tetap menuntut. Namun sayangnya dulu atau sekarang, kita masih tak hirau akan hak yang berkurang sedikit demi sedikit.


Sejak dahulu lagi orang cina menjadi mempunyai political bargain & bijak memanfaatkannya. Dengan undi Melayu yang terpecah dua, undi cina akan menentukan parti mana yg memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan tetapi bukan di semua tempat. Hati Malaya juga ada memaparkan babak ini dalam plot penceritaannya.


Namun keadaan politik tanah air mutakhir ini menunjukkan sebaliknya. Hasil survey yang dilakukan menunjukkan sehingga 85% masyarakat cina memberikan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari oleh pimpinan parti politik. Malah ada yang menyatakan secara terbuka dalam interview mereka.


Kejayaan DS Nizar Jamaluddin di Parlimen Bukit Gantang sedikit sebanyak membenarkan keadaan ini walaupun pilihanraya kecil itu terlebih dahulu diadakan. Masyarakat cina khususnya di Kuala Sepetang memberikan undi mereka menyebabkan kemenangan beliau dengan majoriti melebihi 2700. Beliau kalah di saluran 4 ( saluran pengundi muda ) kerana program pembangunan belia tidak direncana dengan baik. Mana tahan asyik ceramah & tazkirah saja!.


Susah untuk kita lihat keadaan ini berlaku sebelum PRU-12. Calon bukan Melayu boleh menang di kawasan majoriti Melayu tapi belum tentu calon Melayu akan menang di kawasan majoriti bukan Melayu. Peralihan undi ini sudah tentu menguntungkan Pakatan Rakyat & menyebabkan Barisan Nasional tidak lena tidur. Apakah akan berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan ?. Tunggu PRU-13 nanti. Dah daftar mengundi ke ???.


Saya melihat keadaan ini pada sudut yang berbeza. Sekiranya keadaan ini dapat dimanipulasi dengan baik maka political bargain akan berpindah ke tangan orang Melayu. Bunyinya macam mustahil tapi itulah yang saya fikirkan.


Sokongan 85% tersebut belum tentu mampu memenangkan mana-mana calon kecuali di sesetengah tempat di Pulau Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak. Kita dapat memanfaatkannya dengan memastikan hanya calon Melayu-Islam diletakkan di kawasan majoriti Melayu ( 60% ke atas ). Oleh itu siapa sahaja yang menang maka wakil rakyatnya adalah Melayu-Islam. Amat penting mengekalkan bilangan adun & ahli parlimen Melayu-Islam melebihi yang lain kerana sesuatu usul yang tidak memihak kepada Melayu-Islam tidak akan diluluskan sewenang-wenangnya.


Sehingga hari ini calon ditentukan oleh parti-parti yang bertanding & bukannya rakyat kebanyakan. Belum ada lagi parti politik yang menyerahkan kepada rakyat calon yang akan bertanding dalam pilihanraya. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku ?. Pihak ketiga boleh berperanan dalam hal ini. Mereka mestilah bersih daripada sebarang unsur-unsur politik. Pihak ketiga juga akan menjadi pusat pengumpulan pendapat & kumpulan pendesak.


Akan tetapi saya juga berfikir dengan sedalam-dalamnya, mampukah Melayu bersatu menjayakan agenda ini ?.


Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Wednesday 11 August 2010

Ihya' Ramadhan


Sempena bulan ramadhan, mari sama-sama kita tingkatkan iman & membina ketaqwaan kepada Allah Tuhan sekaalian alam. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai program ihya’ ramadhan. Baca-bacalah & selamat beramal !!.


  1. Sahur setiap hari walaupun seteguk air
  2. Qiamullail setiap malam sekurang-kurangnya 2 rakaat
  3. Membaca al-ma’thurat pagi & petang
  4. Tilawah Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali khatam
  5. Solat tarawih berjemaah di surau @ masjid
  6. Menyediakan juadah berbuka untuk orang lain
  7. Mewujudkan kumpulan tadarus Al-Quran di surau / masjid / tempat kerja bersama rakan-rakan @ kenalan
  8. Berkenalan sesama muslim sebanyak mungkin
  9. Mewujudkan program Ihya’ Ramadhan di rumah / tempat kerja / taman perumahan
  10. Membanyakkan amalan sunat seperti solat sunat, zikir & sebagainya
  11. Iktikaf pada 10 malam terakhir


Semoga kita akan termasuk dari kalangan mereka yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W : “ Barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan & mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, diampunkan dosanya yang telah lalu ”

Saturday 7 August 2010

Warna-Warna Politik Malaysia : Part 3

Sudah lama saya tidak menulis pada ruangan yang saya cipta untuk diri sendiri. Mungkin sudah berhabuk agaknya. Mari kita sama-sama kemaskan ia kembali.


Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan dengan rakan pembaca sekalian. Sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Azhar di Mesir. Letaknya berdekatan Universiti Al-Azhar. Suatu ketika dulu masjid ini telah menjadi saksi perpecahan yang dahsyat di kalangan rakyat Mesir.


Ketika itu terdapat 4 mimbar yang mewakili 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hambali & Hanafi di masjid itu. Maka setiap kali solat jemaah didirikan, akan terdapat 4 imam yang mewakili mazhab masing-masing. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan pada ketika itu.


Melihatkan keadaan yang sebegitu rupa, Hasan Al-Banna telah meminta Sayid Sabiq menulis sebuah buku yang diberi nama Fiqh Sunnah. Penulisan ini antara lain menjelaskan bagaimana dengan dalil yang sama, para imam mazhab berbeza pandangan & mengeluarkan hukum yang berbeza. Ini kerana keupayaan memahami dalil yang berbeza-beza di kalangan mereka. Walau bagaimana pun, hukum yang mereka ijtihadkan tidak tergelincir dari ruang lingkup syariah.


Masa terus berlalu & buku ini menjadi silibus di Al-Azhar kemudiannya. Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Kuasa, jemaah di Masjid Al-Azhar sudah bisa menerima satu imam untuk mengimami solat mereka. Kita juga dapat melihat suasana yang sama di Malaysia. Masyarakat Melayu tidak kekok berimamkan seorang Arab yang didatangkan khas untuk memimpin solat tarawih.


Namun masih ada senjata yang digunakan untuk melemahkan kesatuan umat Islam. Tidak lain tidak bukan, politik. Perpecahan yang cukup dahsyat berlaku hanya kerana mereka berbeza lambang & warna parti politik. Masing-masing dengan hujah & berusaha menjatuhkan antara satu sama lain. Keaiban demi keaiban didedahkan untuk melemahkan pihak yang satu lagi. Parti-parti politik Melayu berusaha menjadi liberal kerana ingin memenangi undi bukan Melayu.


Perbalahan yang berterusan ini tidak akan menguntungkan sesiapa dari kalangan parti politik Melayu, walau apa jua lambang & warnanya. Lihatlah bagaimana seorang pemimpin parti politik Cina menempelak parti-parti politik Melayu. Sayangnya kita masih berdiam diri !!.


Suatu fakta yang perlu kita ketahui bahawa 58% daripada ahli parlimen di dewan rakyat terdiri daripada orang Melayu, 39% mewakili parti pemerintah manakala 19% berada di barisan pembangkang. Pakatan Rakyat mempunyai 78 ahli parlimen dengan 40 daripadanya bukan beragama Islam. Buktinya sudah jelas di depan mata. Orang Melayu lemah sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Tiada kuasa tawar-menawar yang kuat bagi memastikan Islam terus berada di mercunya.


Alangkah baiknya sekiranya kekuatan ini disatukan. Buatlah sesuatu sebelum nasi menjadi bubur. Saat itu usah lagi dikenang sekiranya kita menang sorak kampung tergadai.


Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Wednesday 4 August 2010

Perpaduan UMNO & PAS

Isu perpaduan antara UMNO dan PAS ibarat “lauk sejuk dipanaskan semula”. Sejak dulu dipanaskan berkali-kali dan kini ia sudah sampai ke tahap tidak menyelerakan lagi.

Antara faktor yang menyebabkan isu ini tidak menyelerakan ialah reputasi pihak yang menghulurkan tangan untuk perpaduan. Kata-kata “UMNO busuk hingga ke usus” pernah diulas oleh Mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Nampaknya keadaan itu masih kekal dan tiada sebarang perubahan signifikan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk kuasa.

Di satu pihak lagi, setakat ini kita masih belum mendengar respons daripada PAS yang benar-benar membuka jalan ke arah kerjasama. Mungkin agak keterlaluan untuk kita menunggu respons sebegitu kerana desas desus pemimpin PAS bertemu dengan mufti pun sudah menimbulkan kecoh. Kelihatan politik gaya kalah mati begitu kuat arusnya dalam PAS, walaupun telah terbukti selepas PRU 12 gaya itu memamah kekuatan politik orang Melayu Islam pada hari ini.

Media massa yang ada pula lebih mengutamakan keuntungan dalam isu ini, sama ada keuntungan perniagaan mahu pun politik. Kepentingan agenda bangsa tergadai begitu sahaja. Berita yang dipaparkan hanya yang sensasi, tidak mendamaikan, tidak mendidik dan hanya membawa umat berlegar-legar pada noktah mati yang sama.

Sebenarnya kita sedang berdepan dengan isu yang lebih besar dan hakiki. Ini bukan isu antara UMNO dan PAS saja. Ia isu kita semua. Ancaman humanisme dan liberalisme sedang hebat menyerang jatidiri umat Melayu Islam pada ketika kita sedang berdepan dengan kemelut politik yang tidak menguntungkan. Bangsa kita sudah hilang arah tuju dan daya tahan akibat ketiadaan agenda bersama.

Isu besar dan rumit ini memerlukan gandingan kerjasama daripada semua pihak. Tiada pihak yang boleh menyelesaikan isu ini bersendirian dan menafikan peranan orang lain. Jika UMNO dan PAS kekal dengan keadaannya sekarang, maka umat Melayu perlu mencari alternatif lain. Kita mesti menolak politik kepartian yang melampau dan melangkah ke arah amalan politik yang lebih luas dan matang dalam menjamin kepentingan bersama.

“MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT”

sumber : ustazhazizi.wordpress.com