Monday 25 October 2010

Grand Iftar PEMBINA & QLEP

Petaling Jaya, 30 Ogos – Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Kuala Lumpur ( PEMBINA KL ) & Quranic Language Enhancement Programme ( QLEP ) telah bersama menjayakan program Grand Iftar dan Arabic Cultural Night ( ACN ) di Dewan al-Malik Faisal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya ( UIA PJ ). Kira-kira 200 orang pelajar telah menyertai Grand Iftar tersebut manakala 500 orang menghadiri ACN.


Solat maghrib sesudah iftar


Program diadakan sebagai menghargai para pelajar yang telah menyertai program yang telah dianjurkan QLEP dalam bulan ramadhan seperti Speaker Corner, Pertandingan Poster ‘ ahlan wa sahlan ya ramadhan ’ & Pertandingan Kad Raya di samping menyampaikan hadiah & penghargaan kepada mereka.



Menjamu selera selepas solat maghrib

Sebagai penaja utama program, PEMBINA KL telah memberikan sokongan padu kepada QLEP dalam menganjurkan program peningkatan penguasaan bahasa Arab. “ Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat penting untuk kita pelajari kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ” ujar Usamah Bin Izer, wakil PEMBINA KL kepada para hadirin. Tambahnya lagi, “ Bahasa Arab perlu dianggap penting & keutamaan bahasa ini setanding bahasa Inggeris. ”


Di samping itu beliau menekankan aspek pembelajaran berterusan & berharap para pelajar tidak berhenti setakat exam sahaja. Beliau juga mencadangkan PEMBINA & QLEP mengadakan perkhemahan bahasa sebagai salah satu usaha mempelbagaikan aktiviti penguasaan bahasa Arab.


Pogram diteruskan selepas solat tarawih dengan ACN yang menampilkan persembahan nasyid arab oleh pelajar-pelajar UIA PJ serta nyanyian lagu kebangsaan dalam versi bahasa Arab. Program tersebut dimeriahkan lagi dengan multimedia presentation of Muslim superstar bagi memperkenalkan artis nasyid antarabangsa iaitu Sami Yusuf & Maher Zain yang telah menjadi ikon dalam bidang muzik.


Umar Abdul Rashid

Thursday 21 October 2010

Bijak Wang 1


Pernahkah kita terfikir berapakah yang telah dibelanjakan sejak kita dilahirkan sehingga hari ini ?. Pernahkah terdetik di hati kita untuk menyimpan sedikit dari jumlah yg dibelanjakan itu untuk hari kemudian ?.


Andaikan setiap orang menggunakan RM 15 sehari yang meliputi makan, minum, penggunaan air, elektrik, petrol, sewa rumah, internet, top up, potostat & lain-lain lagi. Ini bermakna dalam sebulan sebanyak RM 450 telah dibelanjakan, RM 15 x 30 hari = RM 450. Bagaimana pula sehingga seseorang itu habis belajar & memperolehi ijazah pertama ?. RM 450 x 12 bulan x 24 tahun = RM 129 600


Ramai antara kita tidak menyedari akan hal ini. Ya, sebenarnya setiap kita telah membelanjakan RM 131 400 dalam masa 24 tahun dengan anggaran kos kehidupan sebanyak RM 15 sehari. Bagaimana dengan RM 20 sehari ?. Bukankah jumlah itu menjadi RM 175 200 ?. Sekiranya lebih dari itu ?. Banyak bukan ?. Tepuk dada tanya selera. Tentunya anda tahu berapa yg telah anda belanjakan.


Ambil masa & fikirkan mengenai jumlah itu. Layan perasaan anda & renung sejenak, ‘banyak rupanya yang dah aku belanjakan. Tapi kenapa rasa macam sikit saja & tak pernah cukup ?’ Jawapannya ada di tangan kita. Pernahkah kita terfikir untuk mencatat perbelanjaan harian sebagai rekod ?. Bukankah rekod itu akan menjadi bukti ke mana wang kita dihabiskan ?.


Saya tinggalkan anda dengan satu cadangan. Bagaimana sekiranya kita konsisten menyimpan 20% daripada jumlah perbelanjaan itu. Tak perlu lakukan setiap hari. Setiap bulan barangkali ?. Bukankah ia lebih mudah. RM 3 x 365 hari x 24 tahun = RM 26 280, RM 4 x 365 hari x 24 tahun = RM 35 040.


Ianya adalah satu jumlah yang boleh dibanggakan. Tak ramai yang mempunyai simpanan RM 30 000 apabila mereka bergraduasi. Apa yang anda boleh buat dgn duit sebanyak itu ?. Boleh beli kereta & mendirikan rumah tangga sementara mencari pekerjaan yang sesuai dgn kelayakan anda. Tak perlu tunggu gaji pertama @ setelah setahun bekerja. Gejala sosial pun dapat dikurangkan.


Apa yang lebih penting kesedaran kewangan harus dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan mendidik anak-anak mereka. Kalau kita tak dapat peluang macam ni, cipta peluang untuk anak kita supaya mereka dapat menikmatinya. Selepas itu ia akan menjadi budaya. Anak cucu kita juga yang senang.


Bagaimana anda boleh berdisiplin dalam menyimpan wang ?. Salah satu jawapannya adalah takaful. Dengan mengambil pelan takaful anda bukan sahaja menyimpan wang, malah turut melindungi diri & keluarga dari sebarang perkara yang tidak diingini, fikir-fikirkanlah.


Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang


Umar Abdul Rashid

Saturday 16 October 2010

Gerakan Islam Perlu Bekerja Lebih Kuat

[Updated] Mengikut perangkaan tahun 2000, penduduk Malaysia pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 28, 908, 795 orang dengan 14, 712, 570 adalah lelaki manakala 14, 196, 22 orang adalah wanita. Ternyata di Malaysia lelaki lebih banyak daripada wanita.


Anggaran penduduk muslim pula sebanyak 60 %. Oleh itu berdasarkan perangkaan tadi, Malaysia mempunyai sebanyak 17, 345, 277 orang Islam. Ingin saya kongsikan analogi berikutnya dgn teman pembaca sekalian.

Kita anggarkan dalam satu keluarga besar bermula daripada datuk sehingga cucu atau cicit, ada 200 orang. Jumlah itu termasuklah, pak cik, mak cik, sepupu, suami atau isteri sepupu & anak saudara serta lain-lain pangkat dalam keluarga. Bahkan dalam sesetengah keluarga, bilangannya melebihi 200 orang.


Oleh itu 17, 345, 277 muslim dibahagikan dengan 200 orang dalam satu keluarga bersamaan 86 726 keluarga besar muslim, 17, 345, 277 / 200 = 86 726.


Berdasarkan imaginasi saya sekiranya kita mempunyai 86 726 individu yang memahami Islam & setiap keluarga mempunyai seorang daripadanya, maka mereka dapat berperanan mendidik keluarga masing-masing.


Amat malang & sedih sekali kerana masih banyak gejala sosial yang berlaku melibatkan orang muslim. Jikalau kita teliti bilangan ahli-ahli dalam gerakan Islam di Malaysia, ternyata sudah melebihi jumlah itu. Parti Islam Semalaysia ( PAS ) sahaja dikatakan mempunyai ahli sebanyak 1 juta orang. Belum dicampur dgn gerakan Islam lain seperti ABIM, IKRAM, PKPIM, ISMA, Haluan, Paksi, tabligh & banyak lagi. Saya tidak katakan ahli gerakan-gerakan ini tak buat kerja, tapi cuba menggambarkan satu big picture kepada rakan pembaca sekalian.


Wa anzir ‘asyiratakal aqrabin


Melayu Sepakat Islam Berdaulat