Friday 29 July 2011

Travelog Malaysia-Melbourne : Touch Down

Fajar menyingsing




Saya tiba di Lapangan Terbang Tullamarine pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, 6.30 pagi waktu Malaysia. Semasa dalam perjalanan keluar dari lapangan terbang menuju ke pintu utama saya terserempak dengan Dr Syed Azman yang juga merupakan Adun Batu Buruk. “ Tak sangka jumpa YB kat sini, ” kata saya menyapa. Beliau menjemput saya menaiki kenderaan bersama. Oleh kerana tidak tahu ke mana harus saya tujui, maka saya terpaksa menolak tawarannya.




Dalam sehari dua ini saya sedang menyesuaikan diri dgn persekitaran Melbourne. Suhu yang sejuk sekitar 6 darjah selsius menyebabkan saya mudah hibernate, kerap buang air & kering bibir. Faktor bilik air yang berlainan daripada Malaysia juga menyukarkan saya. Adakah ini tanda-tanda homesick ?. Teringat pada satu pepatah ‘ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. ’

Waktu solat di Melbourne seperti berikut :

Subuh : 5.53 pagi
Zohor : 12.27 tgh hari
Asar : 3.10 ptg
Maghrib : 5.30 ptg
Isya’ : 6.56 ptg

Sydney Road


Saya isi masa hari kedua dgn berjalan-jalan sekitar Sydney Road, berkenalan dgn kejiranan baru, kedai-kedai & menikmati suhu peti ais yang menyamankan.




Antara barang yang dibeli

Tuesday 19 July 2011

Sajak Syed Qutb

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

sumber : saifulislam.com

Tuesday 12 July 2011

Wulidna

Suatu hari saya bertemu dengan seorang guru yang pernah mengajar saya tak lama dulu. Banyak perkara yang kami sembang bersama. Nostalgia pelajar & guru semestinya tak lepas dari menjadi bahan bualan kami. Sampai di satu sisi perbualan ustaz bertanya kepada saya, “ Untuk apa kita dilahirkan ? ” Lantas tanpa sebarang ragu-ragu saya menjawab, “ Sebagai khalifah di atas muka bumi. ” Sambil tersenyum guru itu menjawab, “ Betul, akan tetapi apa yang terkandung dalam istilah khalifah itu ?. ”

Tanpa menunggu jawapan saya guru meneruskan bicara, “ Wulidna lil mawaddah wa rahmah. Kita dilahirkan untuk kasih sayang & rahmah. Sesuai dgn firman Allah dalam surah Al-Ahzab rahmatan lil’alamin. Kita bukan sahaja membawa rahmat kepada diri & keluarga, bahkan kepada seluruh alam, kepada seluruh umat. ”

“ Dah macam kuliah maghrib ni, ” saya mencelah. Kami ketawa bersama-sama. “ Seterusnya wulidna lil ‘izzah wal kiramah. Bangga dilahirkan sebagai muslim. Kerana itu kita mesti mengangkat kembali martabat agama, bangsa & negara. ”

“ Akhir sekali wulidna lilmas’uliyat. Ada tanggungjawab yang mengiringi setiap kelahiran anak Adam. Tugas sebagai khalifah bukan mudah. Kepada diri, keluarga, masyarakat & negara. Panjang kalau kita nak bincang, ” kata guru menghabiskan huraiannya.

Saya yang dari tadi mendengar setiap bait yang dituturkan cuba mengingat kembali apa yang disebutkan. “ Wulidna lil mawaddah wa rahmah, wulidna lil izzah wal kiramah, wulidna.... ” Sambung guru saya, “ lilmas’uliyat. ” .........wulidna lilmas’uliyat.

Monday 11 July 2011

Hamba-Mu




Ke arah satu perjalanan,
Dalam sebuah kehidupan,
Demi untuk mengecapi,
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba,
Dengan restu Ilahi,
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang,
Tunjukkan jalan seandainya hilang,
Dekatkan perjalanan yang bakal ditempuh,
Tegakkan semangat bila luntur,
Setibanya di sisi-Mu ku berserah,
Terimalah ku hamba-Mu Allah

Sekiranya takdir menguji,
Cekalkanlah hasrat dihati,
Semoga kesusahan bisa,
Mengajar erti terus azam



Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba,
Dengan restu Ilahi,
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang,
Tunjukkan jalan seandainya hilang,
Dekatkan perjalanan yang bakal ditempuh,
Tegakkan semangat bila luntur,
Setibanya di sisi-Mu ku berserah,
Terimalah ku hamba-Mu Allah



OST Imam Muda

Saturday 9 July 2011

Vios Manual - 8 Bulan

Sudah 8 bulan saya menggunakan Vios 1.5J manual. Walaupun tinggal di Lembah Klang, manual tetap menjadi pilihan kerana sudah tentu orang muda mahukan kuasa berbanding keselesaan. Sampai masanya kereta akan bertukar ke transmisi auto.


Kereta ini sudah 5 kali diservis, pada 1000km, 5000km, 10000km, 15000km & 20000km. Jumlah keseluruhan bayaran servis sekitar RM 800. Semasa mencapai 10000km, saya memilih menggunakan minyak pelincir 5000km sedangkan sepatutnya 10000km. Jadi tak perlu servis pada kadar 15000km.


Berdasarkan pengalaman, penggunaan petrol juga sangat memuaskan. Saya senaraikan destinasi & jumlah petrol yang digunakan. Agak-agak saja. Kelajuan sekitar 120km/j dengan 2 orang penumpang menggunakan Ron 95.



Perjalanan sehala :


Gombak – Bandar Melaka : RM 12


Gombak – Bandar Kuantan : RM 25


Gombak – Sg Petani : RM 35-40



Pergi balik :


Gombak – Bangi : RM 10


Sg Petani – Padang Besar : RM 30



Secara purata dengan isian RM 50 petrol, kenderaan saya mampu bergerak antara 420km sehingga 480km. Sekian saja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat.