Monday, 13 October 2008

Jom Belajar Bahasa Ganu


41. bera = sedih nak menangis
43. baruh = sawah
44. baki = bekas utk meletak sesuatu benda
45. buah pelang = buah pauh (Kelantan), buah mempelam
46. buah setial = buah kecapi
47. buah tai = buah kelapa laut
48. berahi = suka e.g aku berahi makang kepok lekor (aku suka makan keropok lekor)
49. bekeng = garang/bengis
50. bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut
51. bhiang = binatang mengawan e.g lembu bhiang.
52. berambei = bergantungan
53. bicuk = benjol e.g pala aku bicuk teratuk tadi (kepala aku benjol terhantuk tadi)
54. culah = degil
55. cong = tipu/bohong
56. cekik = cubit
57. cetong = tin susu
58. cokeh = tuas
59. che = mak
60. ceroh nerang = sangat terang

Friday, 10 October 2008

Lagi Vocab Ganu


21. bahang = pukul kan!
22. bapok gong = sangat besar
23. botok licing = botak licin (rambut)
24. beso jereguk = besar
25. beghak nanang = sangat berat
26. bluahh = comot
27. beratah = banyak
28. beliung = pepatung
29. bising bangor = sangat bising
30. beso jalor = sudah besar
31. beng ikang = van@lori yg bawa ikan
32. bholay = tidur
33. berong = lalat,nyamuk yg ramai berterbangan
34. buruk leppok = buruk sangat
35. busuk kohong = sangat busuk e.g mung ketok busuk kohong (kau kentut sangat busuk)
36. busuk kohong = sangat busuk

37. ba bay = degil bodo do'oh lalu = bodo lebih/benak
38. bewok = biawak
39. biru heran = biru lebam-lebam
40. buah semeta = manggis

Thursday, 9 October 2008

Bila Nak Grade ?.


Bila nak grade ?. Itulah soalan yang ditanya kepadaku tatkala menziarahi guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu ke dada. Rimas jugak nak jawab. “ 2 tahun setengah lagi, ” jawab aku. Hanya mengulangi jawapan sama pada semua guru yang bertanya. Seolah-olah telah disiapkan skrip, maka soalan kedua menyusul. “ Lambat jugak kamu grade. Kawan-kawan kamu yang lain dah tahun 3. Yang dah grade pun 3-4 orang. ” Aku tak dapat bezakan sama ada ia adalah ayat penyata @ soalan yang tiada tanda soal. Cuma yang pasti, aku masih lagi belajar. Belajar mengenal dunia sambil mengejar segulung ijazah yang menjadi asbab untuk hidup.


“ Betul la kan. Kamu buat tahfiz dulu sebelum masuk UIA. Sebab tue lambat, ” tambah guruku. “Ha’a, ” jawabku ringkas. Rasa bersalah menyelubungi hati dengan jawapan acuh tak acuh tersebut. Tapi kalau dilayan, soalan yang lebih ‘panas’ akan keluar. Lantas kumatikan perbualan tersebut. Topik lain aku reka untuk menutup cerita. Agak berkesan.


Cendiakawan pernah mengibaratkan “ Hampir guru itu seperti seorang Rasul. ” Ternyata pepatah ini membawa maksud yang mendalam. Guru yang paginya dipenuhi dengan zikir pada Allah, solat subuh, bacaan Al-Quran & ma’thurat. Sesudah itu menyusun langkah menuju ke sekolah. Dalam hati mereka hanya mahu mengajar anak bangsa. Ajar & didik anak bangsa supaya jadi manusia. Ya, jadi manusia. Bukan jadi ular !!. Belit sana, belit sini, hahaha. Maaf kepada yang terasa. Sekarang kan masih bulan Syawal. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.



Bakal guru di maktab & universiti pun satu hal jugak. Mereka ni pun solat entah ke mana, berkepit dengan yang bukan mahram ke hulu, ke hilir & macam-macam lagi akhlak yang nyata menggambarkan kerendahan nilai & budi. Bila grade jadi guru, bukan saja ilmu yang turun tapi perangai pun akan mengalir sama kepada anak murid. Punoh jahanang abih budok leni !.


Namun hari ini kita melihat sistem pendidikan tak dapat melahirkan manusia yang bertaqwa pada Allah. Makin ramai yang pandai, makin banyak kes jenayah. Saban tahun ramai yang dapat ber A A dalam peperiksaan peringkat nasional tapi baca quran merangkak-rangkak. Ibu bapa sanggup habiskan beratus-ratus sebulan untuk tuition anak tapi nak bayar RM 80 untuk kelas quran pun berkira !!. Haha, mari kita lihat siapa yang kena !.



Pernah sekali aku lihat & dengar guru agama bertegang urat dengan guru akademik pasal sukan. “Apasal la sekolah kita tak buat sukan sekali ja lelaki perempuan. Kan senang, ” kata guru akademik sambil melepaskan peluru jahiliyahnya. Aku yang sewaktu itu di dalam bilik guru bertanyakan soalan mengalihkan pandangan. “ Kena jaga-jaga budak zaman sekarang. Nanti macam-macam jadi susah kita. Dalam dok kepung pun macam-macam hal dok ada, ” guru agama menjawab selamba. Tiada tanda-tanda geram dalam jawapannya. Hanya memasang perisai via logik akal. “ Ala, kita ja yang dok kepung tapi budak-budak besa ja, ” balas guru akademik.


Seketika itu masuk seorang guru yang lain. Melihatkan pertelingkahan yang berlaku, dia hanya biarkan. Tak ketahuan kepala ekor lagi. Bila keadaan jadi agak tegang guru yang baru masuk tadi pun mencelah, “ Dah la cikgu. Jangan kata budak, kita pun terbeliak bijik mata kalau buat sukan campur. ” “Kenapa pulak ?. ” “ Mana taknya. Lelaki tepuk tangan sebab perempuan bawak susu tak tumpah. Perempuan pulak sorak pasai lelaki bawak telur tak pecah, ” jawabnya dengan muka selamba. Ketawa berderai semua yang ada di disitu. Walaupun jawapan itu agak lucah padaku tapi ia berjaya meleraikan pertelingkahan hari itu.


Hakikatnya sistem pendidikan yang ada hari ini hanya cantik di atas kertas dengan segala macam motto, falsafah & matlamat. Namun dari aspek perlaksanaan tak ke mana. “ Kita tak berjaya mendidik tapi menternak manusia, ” kata Prof Diraja Ungku Aziz. Renung2kan & selamat beramal.

Wednesday, 8 October 2008

Vocab Ganu


1. guaner gamok = Apa khabar
2. ape ke jadah = apa hal
3. ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya
4. atu = hantu
5. atur kecing = sssshhh ssshh!!! supaya bayi kencing
6. apah nyor. = hampas kelapa

7. anguh letong = sangat hangus
8. agah/beragah = org kecik jenis berani
9. air geh tujuh yu-pi = air 7UP(kole beghang)
10. air tuak = air nira
11. amok reng = malas nak tolong
12. air chor = air basuhan bertakung dari dapur
13. bata golek = boaster/bantal peluk
14. bronok = sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
15. bepang = sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
16. boloq woq = serabut
17. bak = ayah
18. bobok = gelembung udara dlm air
19. boyak = beritahu
20. bollok = penuh sesak

Thursday, 2 October 2008

Salam Lebaran




Salam Aidil Fitri, maaf zahir batin. Ingatlah akan kita semua ‘ laisal eid bilibasin jadid, innamal eid bi taqwal jadid ’. Jemputlah beraya ke rumah. Cuma mohon dikhabarkan terlebih dahulu khuatir di tempat lain.


Untung-untung dapat makan laksa Terengganu, kuah putih. Raya pun dah 2 hari. Boleh pakat2 posa 6 dah nie...


Assalamualaikum.

Wednesday, 1 October 2008

Mulianya Ramadhan




Hari Esok Kita Berpuasa

Setahun Sekali Hanya Sebulan

Sempatkah Kita Menyempurnakan

Hingga Sampai Ke Penghujungnya


Sebulan Ramadhan Kita Berpuasa

Menahan Diri Dari Lapar Dahaga

Menekan Nafsu Bermaharajalela

Melatih Diri Beramal Sentiasa


Sepanjang Ramadhan

Syaitan Dalam Rantaian

Terbuka Luas Pintu Kebaikan

Tanda Rahmat Kasih Sayang Tuhan

Itulah Kemuliaan Di Bulan Ramadhan










Solat Tarawih Menjadi Amalan

Meriahkan Lagi Keberkatan Malam

Tadarus Al-Quran Penambah Seri

Tenangkan Hati Membersihkan Diri

Paling Istimewa Di Bulan Ramadhan

Berlakunya Malam Lailatul Qadar


Turunlah Malaikat Meraikan Semua

Menyambut Amalan Yang Ikhlas Di Antara Kita...

Sebulan Sudah Ramadhan Bersama

Tibalah Syawal Tanda Kemenangan

Sempurnakah Segala Amalan

Adakah Kita Berjumpa Semula

Di Ramadhan Yang Akan Datang...