Tuesday, 21 July 2009

Kuliah Sirah Kembali Lagi!!

Klik pada poster untuk imej lebih baik

Monday, 20 July 2009

PEMBINA KL Di e-fest UIA


Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Kuala Lumpur (PEMBINA KL) telah mengambil peluang mengembangkan sayap perniagaannya dengan menyertai PC and Bookfair 09 yang berlangsung pada Economics Festival IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Karnival ini bermula pada hari Ahad, 19 Julai 2009 disertai oleh berpuluh syarikat komputer dan buku terkemuka dari seluruh pelusuk tanah air.

PEMBINA KL telah mengambil inisiatif untuk menjual pelbagai jenis barangan di gerai ini. Antaranya ialah baju untuk Muslimah, buku-buku keluaran Pustaka Salam, buku-buku dan cenderahati dari Aman Palestin, cenderamata keluaran PEMBINA, telefon bimbit Al-Quran serta lain-lain lagi.

Gerai ini juga digunakan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PEMBINA KL. Di samping itu, gerai ini juga membuka pendaftaran kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan PEMBINA. Orang ramai diterangkan tentang aktiviti-aktiviti PEMBINA yang telah dan bakal berlansung oleh sukarelawan PEMBINA yang sentiasa sedia membantu anda.

Diskaun menarik juga ditawarkan di gerai PEMBINA ini antaranya diskaun 10% kepada pembeli yang membeli lebih daripada tiga buah buku keluaran Pustaka Salam. Pengunjung juga berpeluang menyumbang kepada tabung derma Aman Palestin yang terdapat di gerai PEMBINA. Selain itu, sebahagian dari hasil pembelian barangan Aman Palestin juga akan disumbangkan kepada tabung derma Aman Palestin.

Karnival yang dijadualkan berakhir pada hari Jumaat, 24 Julai 2009 ini diharap dapat memberi pengalaman berharga kepada sukarelawan-sukarelawan PEMBINA dan juga dapat menjana kepada perkembangan ekonomi PEMBINA KL. Diharap juga orang ramai dapat mengambil peluang mengenali dan menyertai PEMBINA dengan mengunjungi gerai PEMBINA ini.


sumber : pembinakl.blogspot.com

Tuesday, 14 July 2009

Kuliah Subuh Revealing Light

Pada Sabtu, 11 Julai yg lalu saya diberi kesempatan menyampaikan kuliah Subuh kepada mahasiswa optometri Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Jalan Othman, Petaling Jaya di Desa Rimba Dusun Eco Resort, Bentong. Program yg diberi nama Revealing Light dihadiri 90 mahasiswa yg terdiri daripada tahun 1 hingga tahun 4. Program bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim yg terjalin antara senior & junior di samping memberi pendedahan kepada pelajar baru mengenai kursus tersebut.


Sememangnya mencabar tatkala saya dipelawa memberikan kuliah, apatah lagi kuliah Subuh. Kata org, lepas Subuh adalah waktu prime time yg tak harus disia-siakan. Terkadang sudah menjadi budaya tidur selepas Subuh. Lantas saya memikirkan satu persembahan yg menarik agar hadirin yg mendengar tidak hanyut dibuai mimpi. Masa yg diberikan selama sejam agak lama untuk membuatkan mahasiswa yg berada di depan saya terus celik.


Saya bertolak pada malam sebelumnya. Hajatnya mahu meninjau keadaan sekeliling di samping berbincang dgn komiti program isi kuliah saya. Ternyata mereka berpuas hati & menyarankan agar saya tetap dgn apa yg dibincangkan. “ Insya Allah kuliah Subuh esok lain daripada yg lain,” kata saya. “Nampaknya begitulah. Banyak video. Kalau cakap ja, memang mengantuk & tertidur peserta nanti. ” kata komiti program.


Video demi video saya tunjukkan kepada mahasiswa di depan saya. Selepas satu video ditayangkan saya memberi ulasan & menyampaikan mesej yg terkandung di sebalik cerita. Saya dapat lihat hanya seorg dua yg terlentok manakala yg lain terpaku matanya mendengar penjelasan. “Hebatnya umat Melayu pada zaman Kesultanan Melaka kerana Islam yg mereka anuti. Sebelum kedatangan Islam org tanah melayu pakainya cawat, berak atas pokok, ” saya menjelaskan. Tertawa hadirin yg ada.


“ Tetapi Islam telah mengangkat darjat kita sehingga dikenali seantero dunia. Diceritakan pedagang datang dari 82 buah negara berdagang di Melaka pada kurun ke-15. 82 negara nie banyak rakan2 sekalian. Sekarang pun sekitar 160 negara di dunia. Tak banggakah kita bila nenek moyang Ronaldo, Figo malahan David Beckham bertutur dalam bahasa Melayu bila berdagang di sini ?!!. ” Sekali lagi hadirin tertawa. Namun saya berharap mesej saya sampai. “ Bahasa Melayu bukan hanya dipertuturkan di Pelabuhan Melaka, malah ia digunakan dalam urusan perdagangan di Venice & pelabuhan utama dunia ketika itu. Sebab apa kita begitu hebat dulu ?. Sebab kita mengamalkan Islam dgn betul. ”


Waktu menginjak perlahan & saya menamatkan kuliah pada jam 7.30 pagi. “ Kita seronok dgr kejayaan nenek moyang kita tapi ingatlah, kita juga mampu buat seperti mereka, bahkan lebih lagi. Mula dgn diri kita, amalkan Islam dgn betul. Bagaimana solat kita, puasa kita, bacaan quran, hubungan dgn Allah, rakan, pensyarah, ahli keluarga & ibu bapa ?. Ingatlah rakan2 sekalian, perubahan itu harus berlaku dalam diri, diikuti keluarga & masyarakat. ” Hati berasa puas kerana saya berjaya menyampaikan isi kuliah dgn baik dalam keadaan peserta tidak tertutup matanya !!. Semoga apa yg didengar akan turun ke hati & dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sunday, 5 July 2009

Walimah Fikri & Izaidah

Akad nikah

Tempat : Masjid Amru Al-As, Sentul

Masa : 9.00 pagi

Tarikh : 18 Julai 2009


Walimah

Tempat : Jalan Rahmat, Kg Teras Jernang, Bandar Baru Bangi

Masa : 12.00 tgh hari - 4.00 ptg

Tarikh : 18 Julai 2009

P/S : Anda dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis

Tuesday, 2 June 2009

Pengalaman Sebagai Ketua Usher

Sebahagian daripada usher

Kehangatan KBAZ masih dirasai walaupun 3 minggu berlalu. Program pada skala seumpama ini sudah tentu menjadi kenangan bagi sesiapa yg menyertainya. Peserta datang dari seluruh negara, jauh & dekat sama ada dgn kenderaan sendiri @ bas membelah keheningan malam lalu tiba di Kuala Lumpur pada subuh Sabtu 9 Mei. Dalam kepenatan, jasad & minda perlu disediakan untuk komvensyen selama sehari pula !!. Begitulah lagaknya pemuda. Bak kata Ustaz Fauzi “ Orang muda boleh buat apa saja ”.

Bukan hanya peserta yg kepenatan. Kami para ajk program juga turut sama merasainya. KBAZ yg merupakan program anjuran bersama PEMBINA & Aman Palestin Berhad saya sifatkan bukan program lawak2. Biasalah, bahasa orang muda memang macam tue. Bukan lawak2 dalam semua segi. Penganjuran, bajet, peserta yg melebihi anggaran & tempat konvensyen yg berprestij. Semua itu merupakan pengalaman baru kepada yg terlibat.

Saya diberi tanggungjawab sbg ketua usher KBAZ. Antara tugas usher adalah mengawal pergerakan peserta keluar masuk dewan terutama semasa pendaftaran, minum pagi & makan tengah hari. Sudah tentu saat yg paling mencabar ketika makan tengah hari. Usher yg hanya seramai 42 orang ditambah 50 usherette menjadikan jumlah kami 92 keseluruhan. 92 usher kawal 3000 peserta. Secara purata setiap dari kami mengawal 33 peserta yg bermacam ragam. Namun Allah memudahkan tugas kami. Tak dinafikan peserta yg datang ke KBAZ adalah mereka yg mempunyai akhlak yg baik & memudahkan tugas usher termasuk para urusetia.

Seawal sesi pendaftaran, usher dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 berada di parking bas bersamaan tingkat 4 PWTC, menjadi penyambut tetamu & menunjukkan jalan ke tingkat 2. Kumpulan 3 menyambut ketibaan peserta dari tingkat 4 manakala kumpulan 2 berada di lobi & pintu masuk dari Hotel Sri Pacific tingkat 2. Kumpulan 4 berada di dalam Dewan Merdeka membantu peserta mengambil tempat. Ada antara usher yg agak kaku berhadapan dgn peserta. Mungkin tiada pengalaman & terkejut dgn sambutan luar biasa yg diberikan rakyat Malaysia.

Aliran peserta memasuki dewan berterusan walaupun konvensyen telah dimulakan dgn pembentangan pertama oleh Dr Roslan. Usher & usherette memainkan peranan mereka dalam mengawal pergerakan peserta. Pintu belakang digunakan manakala pintu utama ditutup agar tidak mengganggu perjalanan konvensyen. Perlu diingatkan penganjur KBAZ mengasingkan tempat duduk lelaki & perempuan. Di tingkat 5 Dewan, sepasang suami isteri berjalan beriringan memasuki dewan. Mereka disapa usher yg bertugas di situ. “ Maaf puan, kita asingkan tempat duduk lelaki & perempuan. ” “ Kami suami isteri. Tak boleh duduk sekali ke ?, ” balas pasangan itu. “ Boleh tapi itu polisi yg kita gunakan bagi mengelakkan percampuran lelaki & perempuan. Kita khuatir kalau dah ada yg duduk bersama walaupun suami isteri, orang lain akan ikut, ” terang usher dgn panjang lebar. Pasangan itu akur seraya berkata sambil melemparkan senyuman, “ Baiklah. ”

Pihak pengurusan cuma menyediakan 1 ruang legar iaitu di tingkat 5 sbg tempat minum pagi. Masa yg diperuntukkan cuma 15 minit dgn 5 minit waktu tambahan. Pada masa ini penguatkuasaan stiker pendaftaran dilaksana bagi mengelakkan org luar mengambil makanan. Agak mencabar kerana ada peserta melenting sedangkan dia sudah mendaftar. Apa boleh buat, usher hanya menjalankan tugas seperti yg diarahkan. Ia adalah etika konvensyen untuk memudahkan semua pihak.

Sebelum makan tengah hari, usher dibahagikan semula kepada 3 kumpulan kerana hanya ada 4 walkie-talkie. Satu setiap kumpulan & ketua usher. Pada waktu ini kami sudah keletihan & baru mengambil sarapan pagi. Namun saya mengingatkan semua agar fokus pada tugas kerana imej konvensyen terletak di tangan kita. Usher adalah barisan hadapan kepada KBAZ. Lain pula cabaran pada waktu makan tgh hari kerana ada 4 tempat berasingan disediakan. 800 di tingkat 4 & 2200 di tingkat 2. Harapnya MC tak salah umum aliran peserta keluar dewan seperti minum pagi. Kelam kabut jadinya. Usher & usherette telah membuktikan kami adalah yg terbaik !. Kami berjaya menghalakan peserta hanya dalam masa 8 minit !. Itu juga atas keberkesanan penggunaan stiker dgn warna orang muda.

Majlis penutup mengakhiri tugas kami. Peserta mengambil kesempatan merakam gambar kenangan di atas pentas utama. Saya juga tidak ketinggalan mengajak semua usher bergambar. Sementara mereka sedang berkumpul & melepaskan lelah, saya dapati ada 3 peserta perempuan & 2 peserta lelaki sedang posing. “ Kita tak benarkan percampuran lelaki & perempuan, ” kata2 itu tiba2 terpacul daripada mulut saya. Mujurlah saya mendapat reaksi baik daripada mereka berlima, “ Baiklah bang. Tak boleh ambil gambar lelaki perempuan. ”

Tahniah kepada semua yg terlibat menjayakan KBAZ. Usher juga menerima maklum balas lisan yg baik daripada para peserta “ Good job PEMBINA, ” “ Well done ” “ Tahniah PEMBINA ! ” & lain2 lagi. Sewajarnya setiap pujian itu kita kembalikan kepada Allah yg mengatur urusan hamba-Nya.