Tuesday, 9 September 2008

Kuiz Jaulah

Bahagian 1 : Sirah

1. Pada hari apakah wahyu pertama diturunkan : Isnin

2. Berapa umur Saidina Ali ketika memeluk agama Islam : 10 tahun

3. Berapa rakaat solat sebelum peristiwa isra’ mi’raj : 2 rakaat

4. Berapa ramai manusia yang berjaya didakwah nabi ketika tempoh dakwah secara rahsia : 30-40 org

5. Kepada siapa Rasulullah s.a.w memalingkan muka semasa berdakwah dengan para pembesar Quraisy: Ummu Makhtum

6. Ketika umur berapa Rasulullah s.a.w pergi ke Syam bersama pakciknya, Abu Talib : 12 tahun

7. Apakah nama perjanjian yang berlaku pada tahun ke-25 sebelum kenabian : Hiflul fudhul

8. Pada bulan apa Khadijah meninggal dunia : Ramadhan

9. Berapa orang yang berbai’ah pada bai’ah aqabah pertama : 7 org

10. Siapakah duta Mekkah yang pertama selepas bai’ah : Mus’ab Bin Umair

11. Pada musim apa bai’ah aqabah kedua berlaku : Musim haji

12. Pada tahun ke berapakah Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Aisyah : Tahun 11 kenabian

13. Di bukit apa surah Al-Lahab diturunkan : Bukit Safa

14. Bilakah hijrah pertama berlaku ? : Rejab tahun 5 kenabian

15. Berapa bilangan lelaki dan perempuan pada hijrah yang pertama ? : 12 lelaki & 4 perempuan

16. Siapa yang mengetuai hijrah ke Habsyah : Uthman Bin Affan

17. Siapa yang mengetuai hijrah ke dua ke Habsyah ? : Jaafar Bin Abi Talib

18. Apakah surah yang dibacakan di hadapan raja Najasyi : Maryam

19. Siapakah dua orang kuat Quraish yang memeluk Islam pada tahun ke-6 selepas kenabian : Umar & Hamzah

20. Berapa lamakah boikot yang berlaku terhadap ummat Islam di mekkah : 3 tahun

21. Terangkan 3 kisah di dalam surah Al-Kahfi : Ashabul kahfi, Nabi Musa & Nabi Khidir, Zulkarnain

22. Ibu kota Andalusia : Cordova

23. Siapakah yang membakar kapal ketika peperangan menakluki Andalusia : Tariq Bin Ziyad

24. Jumlah ayat di dalam al-Quran : 6236 ayat

25. Nama asal Yusuf Islam : Cat Steven

26. Tentera Monggol menakluk pusat pemerintahan Islam pada tahun : 656 H / 1258 M

27. Matawang Jordan : Dinar Jordan

28. Mursyidul am Ikwanul Muslimin yang ke-2 : Hasan Al-Hudaibi

29. Nama Islam bagi pemain bola sepak Perancis, Nicholas Anelka : Bilal

30. Pada tahun bilakah Israel telah diisytihar sebagai sebuah negara merdeka : 1948 M




Bahagian 2 : Uji minda

  1. Semua haiwan jadi monyet, monyet jadi apa ? : Banyak
  2. Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor mana yg lebih pjg ? Kenapa ? : Ekor tikus sebab cecah lantai / Ekor tikus sebab boleh sambung dengan komputer
  3. Dari banyak-banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri ? : Burung belatuk
  4. Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ....? : Speedometer
  5. Kalau bas kemalangan & bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air...? : Road tax
  6. Kete apa yang boleh jalan dari pokok ke pokok ? : Nissan 323
  7. Apa yang paling pandai dalam makmal ? : Termometer sebab banyak degree !
  8. Kumpulan orang asli paling berjaya : O.A.G ( Orang asli Gombak )
  9. Kumpulan rock yang paling wangi ? : May ( sabun )

Sunday, 7 September 2008

Perihal Mahsuri


Dato Kama Jaya & Wan Mahora


“ Mahora pemegang antan cuba pandang,


Rambut ikal mayang,


Pipi pauh dilayang,


Hidung mancung seludang,


Leher nan jinjang,


Rambut ikal mayang,


Betis bunting padi,


Punggung bak buyung petani,


Jari tombak serai,


Bibir merekah delima,


Mata melirik riang,


Anak siapa maka gerangan ?. ”


Balok sedikit batuk


“ Susun jari maaf meminta,


Gadis dimaksudkan Mahsuri bernama,


Ibu & ayah itulah orangnya ”

Saturday, 6 September 2008

Ayuh Kita Pupuk Semangat Kerjasama




Yang buta meniup bedak,

Yang pekak membakar meriam,

Yang bisu menyimpan rahsia,

Yang cerdik diajak berunding,

Yang bebal disuruh arah,

Yang rendah menyusuk kalung,

Yang tinggi menjulang rabung.

Thursday, 28 August 2008

Kebaikan Yang Diempang


Pepatah melayu ada menyebut ‘bumi mana tak ditimpa hujan’. Begitulah signifikannya hujan dalam kehidupan kita sehingga ada pepatah yang berkaitan dengan hujan. Tidak keterlaluan jika saya katakan kebaikan itu umpama hujan yang turun dari langit. Bisa saja turun di mana-mana. Hatta tempat yang gersang pun akan menerima hujan setiap tahun tetapi pada kadar yang sedikit, beberapa ratus milimeter sahaja. Mungkin secara lebih tepat dapat kita katakan kebaikan itu melata. Dapat dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa,seperti turunnya hujan.


Sememangnya hujan yang turun membawa rahmat. Namun bukan itu yang saya ingin perkatakan. Cukuplah para ilmuan Islam membahaskan tentang itu. Saya sekadar ingin menumpukan tulisan pada perumpamaan tadi, kebaikan seperti hujan. Janganlah tulisan ini disalah erti. Takut juga ada yang mengatakan saya kufur ni’mat. Kita boleh berhujah kerana banyaknya dalil. Tapi ambil lah sedikit masa membaca isi berikutnya.


Hujan yang turun menimpa tanah yang padanya tertanam biji benih, maka akan menumbuhkan benih tersebut. Tapi bukan pada semua tanah terdapat biji benih. Ada tanah yang gersang, tak sesuai untuk tumbuhan. Air yang turun akan meresap ke dalam tanah & meruap kembali ke udara menghasilkan kitaran hujan. Maha Suci Allah Yang Mencipta Segala Sesuatu. Proses ini berlarutan & hujan terus turun mencurah-curah sebagai hujan. Dalam erti kata lain banyaknya kebaikan dilakukan umat manusia. Cuma yang peliknya kebaikan itu tidak memberi kesan pada umat sejagat. Sinar itu tidak terasakan oleh manusia lain.


Alangkah baiknya jika hujan itu diempang menjadi sebuah tasik buatan. Air hujan yang diempang itu dapatlah kiranya kita menggerakkan turbin menjana tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang terhasil pula disalurkan kepada pengguna. Dengan itu mereka dapat menyalakan lampu & segala macam peralatan bagi memudahkan tugas seharian. Indah hidup ini dengan adanya tenaga elektrik. Segalanya menjadi semakin mudah. Teringat iklan TNB. “ Kalau nak jimat tue memang boleh, ” kata Adibah Noor sambil menggerakkan pipinya.


Harus diingat bukan tugas mudah mengempangkan hujan. Banyak perkara harus diambil kira. Kawasan hutan yang bakal tenggelam, kampung-kampung yang perlu dipindahkan & membina kemudahan jalan raya baru. Semuanya perlukan perancangan teliti dengan ongkos yang bukan sedikit. Bila dah siap, ia bakal menjana ekonomi negara. Bukan saja boleh digunakan menjana tenaga elektrik, bahkan sumber air semula jadi serata negeri.‘ Berakit-rakit ke hulu, berenang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. ’


Itulah yang kita maksudkan dengan kebaikan yang diempang….