Idea menggabungkan nama 2 khalifah Islam yang masyhur iaitu Umar Abdul Aziz & Harun Ar-Rashid timbul daripada Adnan Oktar yang menggunakan Harun Yahya sbg nama penanya, gabungan nama Nabi Harun & Nabi Yahya
Puasa 6. Begitulah rata-rata masyarakat kita membahasakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Alhamdulillah, tahun nie aku berjaya menghabiskan puasa 6 setelah 6 tahun tak berjaya menemui titik penyudah, 6 hari. Selalunya akan terberhenti sama ada pada hari ke-4 @ hari ke-5. Kenapa selalu tak habis ?. Jawapannya, tiada disiplin. Kadang-kadang bertangguh. Tapi tidak kali ini. Alhamdulillah habis jugak. Sabda nabi : “ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan diikuti 6 hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. ” -Riwayat Muslim-
Sedar tak sedar sudah 16 hari Syawal bertandang. Maklumlah kita Ramadhan juga sudah 16 hari melabuhkan tirai. Dalam kesibukan memenuhi undangan rumah terbuka, jangan biarkan fadhilat puasa 6 berlalu begitu sahaja. Rebutlah ia seperti mana sibuknya kita memastikan kelansungan hidup atas muka bumi ini. Renung-renungkan & selamat beramal.
Bila nak grade ?. Itulah soalan yang ditanya kepadaku tatkala menziarahi guru-guru yangpernah mencurahkan ilmu ke dada. Rimas jugak nak jawab. “ 2 tahun setengah lagi, ” jawab aku. Hanya mengulangi jawapan sama pada semua guru yang bertanya. Seolah-olah telah disiapkan skrip, maka soalan kedua menyusul. “ Lambat jugak kamu grade. Kawan-kawan kamu yang lain dah tahun 3. Yang dah grade pun 3-4 orang. ” Aku tak dapat bezakan sama ada ia adalah ayat penyata @ soalan yang tiada tanda soal. Cuma yang pasti, aku masih lagi belajar. Belajar mengenal dunia sambil mengejar segulung ijazah yang menjadi asbab untuk hidup.
“ Betul la kan. Kamu buat tahfiz dulu sebelum masuk UIA. Sebab tue lambat, ” tambah guruku. “Ha’a, ” jawabku ringkas. Rasa bersalah menyelubungi hati dengan jawapan acuh tak acuh tersebut. Tapi kalau dilayan, soalan yang lebih ‘panas’ akan keluar. Lantas kumatikan perbualan tersebut. Topik lain aku reka untuk menutup cerita. Agak berkesan.
Cendiakawan pernah mengibaratkan “ Hampir guru itu seperti seorang Rasul. ” Ternyata pepatah ini membawa maksud yang mendalam. Guru yang paginya dipenuhi dengan zikir pada Allah, solat subuh, bacaan Al-Quran & ma’thurat. Sesudah itu menyusun langkah menuju ke sekolah. Dalam hati mereka hanya mahu mengajar anak bangsa. Ajar & didik anak bangsa supaya jadi manusia. Ya, jadi manusia. Bukan jadi ular !!. Belit sana, belit sini, hahaha. Maaf kepada yang terasa. Sekarang kan masih bulan Syawal. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Bakal guru di maktab & universiti pun satu hal jugak. Mereka ni pun solat entah ke mana, berkepit dengan yang bukan mahram ke hulu, ke hilir & macam-macam lagi akhlak yang nyata menggambarkan kerendahan nilai & budi. Bila grade jadi guru, bukan saja ilmu yang turun tapi perangai pun akan mengalir sama kepada anak murid. Punoh jahanang abih budok leni !.
Namun hari ini kita melihat sistem pendidikan tak dapat melahirkan manusia yang bertaqwa pada Allah. Makin ramai yang pandai, makin banyak kes jenayah. Saban tahun ramai yang dapat ber A A dalam peperiksaan peringkat nasional tapi baca quran merangkak-rangkak. Ibu bapa sanggup habiskan beratus-ratus sebulan untuk tuition anak tapi nak bayar RM 80 untuk kelas quran pun berkira !!. Haha, mari kita lihat siapa yang kena !.
Pernah sekali aku lihat & dengar guru agama bertegang urat dengan guru akademik pasal sukan. “Apasal la sekolah kita tak buat sukan sekali ja lelaki perempuan. Kan senang, ” kata guru akademik sambil melepaskan peluru jahiliyahnya. Aku yang sewaktu itu di dalam bilik guru bertanyakan soalan mengalihkan pandangan. “ Kena jaga-jaga budak zaman sekarang. Nanti macam-macam jadi susah kita. Dalam dok kepung pun macam-macam hal dok ada, ” guru agama menjawab selamba. Tiada tanda-tanda geram dalam jawapannya. Hanya memasang perisai via logik akal. “ Ala, kita ja yang dok kepung tapi budak-budak besa ja, ” balas guru akademik.
Seketika itu masuk seorang guru yang lain. Melihatkan pertelingkahan yang berlaku, dia hanya biarkan. Tak ketahuan kepala ekor lagi. Bila keadaan jadi agak tegang guru yang baru masuk tadi pun mencelah, “ Dah la cikgu. Jangan kata budak, kita pun terbeliak bijik mata kalau buat sukan campur. ” “Kenapa pulak ?. ” “ Mana taknya. Lelaki tepuk tangan sebab perempuan bawak susu tak tumpah. Perempuan pulak sorak pasai lelaki bawak telur tak pecah, ” jawabnya dengan muka selamba. Ketawa berderai semua yang ada di disitu. Walaupun jawapan itu agak lucah padaku tapi ia berjaya meleraikan pertelingkahan hari itu.
Hakikatnya sistem pendidikan yang ada hari ini hanya cantik di atas kertas dengan segala macam motto, falsafah & matlamat. Namun dari aspek perlaksanaan tak ke mana. “ Kita tak berjaya mendidik tapi menternak manusia, ” kata Prof Diraja Ungku Aziz. Renung2kan & selamat beramal.
Salam Aidil Fitri, maaf zahir batin. Ingatlah akan kita semua ‘ laisal eid bilibasin jadid, innamaleid bi taqwal jadid ’. Jemputlah beraya ke rumah. Cuma mohon dikhabarkan terlebih dahulu khuatir di tempat lain.
Untung-untung dapat makan laksa Terengganu, kuah putih. Raya pun dah 2 hari. Boleh pakat2 posa 6 dah nie...