Friday, 13 February 2009

Kuliah Sirah : Nota 3

1. Kita tak pernah amik tahu salasilah keluarga & generasi sebelum kita

2. Berlainan dgn sirah yg mana kebanyakan umat Islam tahu & peduli

3. Surah Al-Anfal :

Dimulakan dgn ghaminah. Allah sebut kelemahan umat Islam pada permulaan surah ini. Tak sebut pun kemenangan

4. Kepentingan menang dalam Badar :

Menaikkan semangat para sahabat

Nama baik Islam tersebar ke seluruh Tanah Arab. Membuka mata org lain

5. Musuh Islam Yahudi & musyrikin

Peristiwa selepas Perang Badar

1. Peperangan Bani Sulaim :

Daripada kabilah Ghatfan. Kumpul tentera utk serang nabi

Maklumat daripada perisikan umat Islam

Bani Sulaim bertempiaran lari meninggalkan kg. Ada 500 ekor unta

2. Umair Bin Wahab :

Berdoa di Hijir ‘Kalau tidak kerana aku mempunyai tanggungan & hutang nescaya aku akan memancung kepala nabi

Saufwan Bin Umayyah sanggup tanggung masalah Umair

Pergi terus ke Madinah

Umar menggelar Umair anjing seteru Allah

Nabi cerita balik peristiwa Umair dgn Saufwan

3. Peperangan Bani Qainuqa’ :

Yahudi yg paling teruk & jahat

Golongan yahudi pertama membatalkan perjanjian dgn nabi

Melaga-lagakan 2 muslim, aus & khazraj

Thursday, 12 February 2009

Pembina & AFS UIAM


Pembina telah bekerjasama dengan Al-Aqsa Friends Society (AFS) pada 9 Januari yg lalu dalam kempen The Ummatic Series “ Al-Aqsa Unites The Ummah ”. Setinggi syukur pada Allah kerana majlis berjalan lancar walaupun perbincangan untuk bekerjasama dilakukan seminggu sebelum itu. AFS merupakan persatuan yg menumpukan usaha menyedarkan umat mengenai apa yg sebenarnya berlaku di dunia Islam. Kempen The Ummatic Series diadakan selama sebulan bermula 2 sehingga 23 Januari. AFS dianggotai oleh pelajar-pelajar dari luar negara seperti Palestin, Arab Saudi, Bangladesh, Sri Lanka, Somalia, Qatar & sebagainya.

Oleh kerana keahlian AFS terdiri daripada pelajar luar negara maka Pembina menawarkan diri bekerjasama untuk menarik minat pelajar melayu datang ke program tersebut. Dengan itu maklumat dapat disebarkan secara meluas. Setelah beberapa kali perbincangan AFS bersetuju Pembina diberi peranan membuka gerai jualan & pameran. Segala peralatan diperolehi daripada Aman Palestin Berhad.

Ternyata kerjasama ini merupakan usaha yg berbaloi. Hasil jualan pada malam itu sebanyak RM 665 manakala derma RM 124.80 tidak termasuk kutipan yg dilakukan sendiri oleh AFS. Oleh itu AFS mempelawa Pembina bekerjasama lagi dengan mereka pada masa-masa akan datang dalam usaha menyedarkan masyarakat berkenaan isu umat Islam.

Wednesday, 11 February 2009

Tahniah Abg Eddie & Kak Jimah

Syifa' Zuraidi

Petang 10.2, PDA ku berbunyi. Ada sms masuk rupanya. Tertera bait ayat yg menyentuh jiwa ‘ Salam. Alhamdulillah zaujah ana dah selamat melahirkan anak lelaki. ’ Syifa’ dah dapat adik !. Memang patut pun dapat adik. Lepas nie kurang sikit buat perangai, harapnya. Ingin sekali aku melihat bagaimana reaksinya selepas ini. Selama 4 tahun dia hidup dengan ditemani ibu & bapa. Harapan aku agar Syifa’ menjadi seorang kakak yg bertanggungjawab. Jangan buli adik tau, haha. Tahniah kepada abg eddie & kak jimah. Semoga berbahagia hingga ke syurga.

P/S : Gambar anak kedua abg eddie akan kudapatkan seberapa segera. Attach dengan blog nie sentiasa, babai..

Tuesday, 10 February 2009

Monday, 9 February 2009

Ceramah Palestin Jalan 7/3



Dia' sedang menyampaikan ceramah


Pada malam tadi aku berkesempatan memeriahkan ceramah Palestin yg diadakan di Bangi, Jalan 7/3. Aku ditugaskan membawa 2 ahli AFS warganegara Palestin ke sana, Dia’ & Muhammad. Mereka dijemput untuk berkongsi cerita mengenai negeri kiblat pertama umat Islam. Kami bertolak selepas solat maghrib & tiba di sana ketika azan isya’ sedang berkumandang. On time kata penganjur. Ceramah dijadualkan bermula selepas solat isya’.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi diikuti ceramah selama 30 minit oleh saudara Dia’. Beliau yg berasal dari Hebron menceritakan penderitaan yg dialami saudara kita di Palestin semasa beliau masih tinggal di sana. Alhamdulillah sekarang beliau telah menamatkan pelajaran dalam bidang sarjana muda kejuruteraan komunikasi & akan menyambung ke peringkat sarjana tidak lama lagi.

Menyorot kembali kenangan di tanah kelahiran, Dia’ menceritakan bagaimana dia & rakan-rakan ditahan ketika dalam perjalanan ke sekolah. Kebetulan pada hari itu mereka bakal menduduki peperiksaan akhir sekolah tinggi. Namun atas kebiadaban Israel, mereka ditahan tanpa sebab & dikurung di dalam sangkar serta diletakkan di tengah panas. Betapa tidak berperikemanusiaan Israel !.

Dia’ juga berkata, dalam seminggu kerete kebal Israel akan memasuki bandar di mana dia bersama keluarga tinggal. ‘ Kereta kebal sangat besar & berat. Apabila ai memasuki bandar melalui lorong-lorong di sebelah rumah kami, segala peralatan rumah akan bergegar seolah-olah berlaku gempa bumi. Bayangkan betapa besarnya kereta kebal itu. ’ Tambahnya lagi, ‘ Dalam seminggu askar Israel akan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah penduduk sekitar. Di tempat saya tiada rumah yg elok keadaannya seperti di Malaysia. Tingkap tiada & dinding berlubang akibat kesan tembakan. ’

Cerita yg paling menyayat hati ‘ Saya mempunyai kawan yg kehilangan 10 anggota keluarganya. Saya sendiri kehilangan adik lelaki yg ditembak askar Israel ketika membeli barang keperluan di pasar tani. Bayangkan keluasan Tebing Barat sebesar Kuala Lumpur mempunyai 6 300 check point. Ini sangat menyukarkan kami untuk bergerak ke mana-mana. Perjalanan ke bandar berdekatan dalam lingkungan 35 km mengambil masa 3 hari. Di Malaysia cuma setengah jam. ’

Di akhir ceramahnya Dia’ berpesan ‘ Menjadi tanggungjawab semua untuk menyampaikan segala yg kita tahu mengenai Palestin kepada masyarakat, kepada rakan sekerja, kepada jiran & kepada ahli keluarga. Pastikan anak-anak kita membesar dengan mengambil tahu berkenaan Palestin. Ini penting kerana Palestin memerlukan sokongan berterusan daripada anda semua. Titipkan doa setiap kali selepas anda menunaikan solat walaupun doa itu hanya setengah minit. Tidak kita ketahui doa mana yg akan dimakbulkan Allah. Justeru jangan putus-putus meminta kepada Allah menyelamatkan Palestin. ’

Wakil pihak surau jalan 7/3 menyampaikan sumbangan kepada wakil Aman Palestin, Mejar Nazri


Majlis beralih kepada Mejar Nazri Munsman yg merupakan sukarelawan Aman Palestin yg aktif berceramah ke seluruh negara. Beliau menyampaikan tajuk ‘ Palestin Bumi Perjuangan Berdasarkan Quran & Hadith. ’ Anda boleh mendapatkan slide tersebut dengan menghubungi saya melalui emel. Dalam ceramahnya, Mejar Nazri menunjukkan video bantuan kemanusiaan berupa air bersih & ubat-ubatan yg disampaikan oleh Aman Palestin kepada penduduk Gaza selepas serangan selama 22 hari. Sumbangan bernilai RM 800 000 daripada rakyat Malaysia selamat tiba di sana. Majlis disudahi dengan penyampaian kutipan derma sebanyak RM 2 000 kepada Aman Palestin oleh pengerusi surau Jalan 7/3 sebelum jamuan makan.