Sempena bulan ramadhan, mari sama-sama kita tingkatkan iman & membina ketaqwaan kepada Allah Tuhan sekaalian alam. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai program ihya’ ramadhan. Baca-bacalah & selamat beramal !!.
- Sahur setiap hari walaupun seteguk air
- Qiamullail setiap malam sekurang-kurangnya 2 rakaat
- Membaca al-ma’thurat pagi & petang
- Tilawah Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali khatam
- Solat tarawih berjemaah di surau @ masjid
- Menyediakan juadah berbuka untuk orang lain
- Mewujudkan kumpulan tadarus Al-Quran di surau / masjid / tempat kerja bersama rakan-rakan @ kenalan
- Berkenalan sesama muslim sebanyak mungkin
- Mewujudkan program Ihya’ Ramadhan di rumah / tempat kerja / taman perumahan
- Membanyakkan amalan sunat seperti solat sunat, zikir & sebagainya
- Iktikaf pada 10 malam terakhir
Semoga kita akan termasuk dari kalangan mereka yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W : “ Barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan & mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, diampunkan dosanya yang telah lalu ”
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.