Saturday, 31 October 2009

Andalah Yusuf Bersama Mimpinya


Tentunya setiap daripada kita mempunyai impian. Ada juga yg lebih suka menamakannya sebagai azam. Lazimnya ia akan muncul pada waktu2 @ sempena tertentu seperti awal tahun baru & hari ulang tahun kelahiran. Azam, impian & cita-cita lama akan digantikan dengan baru. Namun adakah yang lama itu sudah terlaksana ?. Persoalan pertama yang perlu kita jawab. Tak kira siapa, semua akan memasang impian & berusaha menterjemahkannya ke alam realiti. Oleh itu usaha yang diletakkan juga harus setimpal dengan besarnya impian kita itu agar ia tidak hanya menjadi mimpi di siang hari. Tepuk dada tanya iman.


Kita juga sudah tentu pernah mendengar akan cerita rakyat yang popular, Mat Jenin. Mat Jenin digambarkan sebagai insan yang suka berangan-angan. Setinggi pohon kelapa yang dipanjat Mat Jenin, tinggi lagi angan-angannya itu. Mahu jadi saudagar yang kaya-raya & memperisterikan puteri raja. Persis mimpi Alan ( Jailani ) dalam komik Anak-Anak Sidek. Di akhir cerita, Mat Jenin jatuh dari pohon kelapa & meninggal dunia, innalillah. Angan-angannya menjadi cerita penglipurlara yang diwarisi turun-temurun. Setiap kali ceritanya disampaikan, ia akan diakhiri dengan pesanan “ Jangan jadi macam Mat Jenin. ”


Cuba kita renungkan sejenak. Sejauh mana azam yang kita niatkan sewaktu awal tahun menjadi kenyataan ?. Berapa banyak pula impian kita yang bertukar menjadi angan-angan kosong ?. Mungkin juga cita-cita kita hanya pada nama. Peliknya kita tidak menganggap ketidakberhasilan dalam menggapai azam, impian & cita-cita itu sebagai sesuatu yang memalukan sepertimana yang digambarkan pada Mat Jenin. Salah satu faktor, kerana kita menggunakan perkataan angan-angan ketika menukilkan cerita Mat Jenin yang secara lazimnya membawa maksud negatif. Bagaimana kalau ia digantikan dengan azam, cita-cita & impian ?. Bukankah ia membawa maksud yang lebih baik ?. Andaikata umur Mat Jenin panjang, adakah dia mampu mencapai impiannya ?.


Firman Allah, “ Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya : “ Wahai ayahku !. Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari & bulan, semuanya sujud kepadaku. ” ( Yusuf : 4 )


Ada cerita yang ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian. Suatu hari saya bertemu dengan kawan saya, A & B. Kata A, “ Aku baru pulang dari konvokesyen kakak aku kat UM. ” “ Wow, tahniah, ” kata saya & B hampir serentak. Kemudian A & B berbual sesama sendiri. Sebelum A pergi meninggalkan kami dia berkata, “ Kakak aku grade dengan degree & RM 10 ribu dalam simpanan. ” Saya tidak pasti apakah maksud A menceritakan perkata itu. Namun setelah A berlalu B berkata, “ Aku akan ada simpanan RM 10 ribu setahun sebelum aku grade, insya Allah. ” “ Moga-moga impian kau tercapai, ” kata saya kepada B.


Baru-baru ini saya berjumpa B & kami berbual-bual. “ Kau nak tau, aku dah ada RM 10 ribu dalam simpanan sekarang, ” kata B dengan nada gembira. “Alhamdulillah, tercapai juga impian kau dulu ye, ” saya membalas. “ Aku pun pelik macam mana aku boleh dapat camtu, ” tambah B. “ Itulah kekuatan impian. Bila kita ada impian, kita akan selalu mengulanginya. Lama-kelamaan ia akan tertanam di minda bawah sedar & secara tidak langsung mempengaruhi tindakan kita, tahniah kerana impian kau dah pun menjad realiti. ”


Saya ditugaskan sebagai ketua usher seminggu sebelum Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) berlangsung. Sememangnya waktu telah suntuk & ketika itu bukan masanya lagi untuk berdolak-dalih. Saya memulakan tugas tersebut dengan sebuah impian. “ Apa yang nak aku capai sebagai ketua usher ?. Camna aku nak mengerakkan team usher yg berjumlah 89 org, mengawal 3000 peserta ?. ” Setelah itu saya menulis apa yang saya impikan di atas sehelai kertas. Saya mula merangka langkah2 yang perlu untuk menjayakan KBAZ. Imej & kelancaran KBAZ terletak pada usher. “ Aku boleh melakukannya. ” Alhamdulillah, usher berjaya melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.


Apakah impian anda sekarang ?. Bagaimana dengan 10 tahun akan datang ?. Di manakah posisi kita pada masa itu ?. Pekerja biasa, bos kepada diri sendiri, seorang adun @ ahli parlimen barangkali. Pokoknya ia bermula di sini dengan diri kita. Ada yang kata, “ Lama lagi 10 tahun tu. ” Saya kata, “ Anda masih ingat apa yang berlaku 10 tahun lepas ?. ” Kalau ya, maka 10 tahun tak lama. Mulakan kejayaan dengan impian yang besar.


Dalam banyak2 impian, saya mengimpikan masyarakat muslim yang mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Ternyata impian itu masih terlalu jauh. Walau bagaimanapun dengan usaha berterusan dari semua pihak, impian itu akan menjadi kenyataan, Insya Allah. Saya bersama teman-teman dalam PEMBINA mengikuti modul pembinaan diri ISMA dengan motto, Membina Generasi Harapan. Semoga dengan itu saya selangkah menuju impian saya.


Jangan gusar mengimpikan sesuatu. Impikan, rangka pelan tindakan & berusaha ke arahnya. Andalah Yusuf bersama mimpinya. Apakah impian anda ?.

2 comments:

  1. Selamat dan sukses selalu untuk anda ???

    berkunjung ke blog anda memang sangat menyenangkan banyak konten yang bermanfaat. karena itu saya berharap banyak untuk bisa terus berkunjung namun lebih baik jika anda juga mau memberikan kami link. biar persahabatan ini semakin akrab.

    semoga permitaan link ini disetujui...ok

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Insya Allah saya akan usahakan..

    ReplyDelete

Komen anda amat dialu-alukan.