Saya copy tulisan seorg blogger yg merupakan kawan di PEMBINA. Sedang dalam proses, Berita Harian menyiarkan laporan yg mengejutkan, "Asmara dgn 5 lelaki". Apa nak jadi dgn bangsa kita ?. Sapa kata salah bicara tentang bangsa melayu ?. Hilang malu kerana hilang nilai kemelayuan.
Selama 5 tahun saya di luar negara, saya melihat sendiri bagaimana rosaknya akhlak muda-mudi barat, seks bebas, arak bebas, bertukar pasangan secara bebas. Tidur di tepi tong sampah pada awal pagi Ahad adalah lumrah, kerana mabuk pada malam Sabtu. Semua yang saya perhatikan di sana adalah seburuk-buruk akhlak manusia, dan itu menjadi lumrah di sana. Semasa saya tingkatan 1, ketika itu seandainya ada pelajar lelaki dan perempuan bercouple & berpegangan tangan, baik di sekolah atau selepas sekolah, itu adalah isu besar dan sensasi. Naik tingkatan 3, isu pelajar ‘dating’ di tempat gelap dan melakukan hubungan intim adalah isu besar dan sensasi. Pegang tangan dah kira lumrah. Naik tingkatan 4 & 5, isu yang besar kini ialah seks luar nikah oleh pasangan sekolah. Hubungan intim kini dah jadi biasa.
Di universiti, suasana ketika itu mengira bahawa keluar bercuti bersama berdua-duaan menaiki kereta di tempat peranginan adalah perkara biasa. Ada seorang teman saya yang berbangga bercuti bersama pasangannya (belum kahwin) naik kereta berdua ke Bukit Larut. Wallahua’lam mereka menginap macamana kerana yang perempuannya itu menutup aurat dengan baik. Sebagai pelajar luar negara, lebih buruk lagi dari itu saya menyaksikan sendiri tidak ada segan silu untuk pelajar lelaki dan perempuan tinggal bersama di satu rumah, dan endah tak endah pula bila ditegur.
Kini, akhbar memaparkan isu seks luar nikah yang dilakukan tanpa segan silu. Malu, sedih & geram untuk saya terima hakikat ini. Statistik demi statistik dipaparkan menunjukkan jumlah remaja yang telahpun mengalami seks luar nikah sejak di bangku sekolah. Pasangan demi pasangan di tangkap di tempat awam, sekolah dan pusat hiburan atas kesalahan sumbang mahram.
Nah, nampak gaya kita di track yang sama untuk menjadi seperti Barat.Di Malaysia, lepas ni apa pula?
Menyedari hakikat ini, pada pandangan saya, kita perlu bertindak seperti berikut:-
1- Ibu bapa memainkan peranan utk mengetahui pergaulan anak-anak mereka. Kenali kawan mereka, awasi sebarang keterlaluan dalam pergaulan sesama bukan mahram baik di sekolah atau selepas sekolah.
2- Badan bukan kerajaan NGO perlu bersama-sama terus berusaha untuk mendidik masyarakat, khususnya golongan belia tentang batas syarak dalam pergaulan. Kebanyakan pergaulan bebas bermula dari kejahilan tentang pengetahuan batas syariat. Ada juga yang sengaja melonggar-longgarkan batas dengan alasan ‘moden’. Ini perlu diperhatikan secara serius oleh NGO dan mendidik melalui kempen dan dakwah ammah.
3-Pihak berkuasa perlu terus giat melakukan serbuan demi serbuan terhadap remaja yang melakukan maksiat di tempat awam. Susulan tangkapan bukan sahaja dibawa ke masjid untuk ditazkirah, tetapi diberi hukuman setimpal dan dilaksanakan program susulan untuk kesedaran, sama seperti khidmat masyarakat yang diwajibkan kepada mana-mana remaja yang melanggar undang-undang.
4- Setiap individu perlu prihatin terhadap sekeliling mereka, tegurlah andai ada teman yang didapati keterlaluan dalam bercinta. Galakkan kenalan-kenalan yang ‘mabuk cinta’ untuk terus berkahwin segera sebelum terlanjur dalam pergaulan. Beri sokongan untuk berkahwin, baik dari aspek buah fikiran mahupun kewangan & tenaga.
Semoga Allah menyelamatkan kita dari bencana nafsu yang membinasakan ini….
sumber : zafryhalim.wordpress.com
P/S :
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.