Tuesday, 15 December 2009

Nasi Lemak, Nasi Uduk & Nasi Katok

Nasi uduk

Nasi lemak merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Suatu ketika ia diambil pada waktu sarapan pagi. Namun dek kerana arus globalisasi, nasi lemak menjadi hidangan yg merentasi sempadan masa. Ada pada waktu makan tengah hari mahupun malam. Nasi lemak juga dikenali dgn pelbagai nama. Antaranya nasi lemak antarabangsa, nasi lemak sambal tepi & nasi lemak sedap. Nasi lemak bukan sahaja boleh didapati di Malaysia, bahkan di Indonesia & Brunei pada nama yg berlainan.


Pengaruh melayu dapat dilihat pada makanan domestik sesuatu negara. Di Indonesia misalnya, nasi lemak dikenali sbg nasi uduk. Bahan yg digunakan & penyediaannya lebih kurang sama. Manakala di Brunei, ia dikenali dgn nama nasi katok. Nasi katok agak berbeza kerana ia menggunakan ayam panggang sbg lauk, bukan telur seperti nasi lemak & nasi uduk. Ia juga berbeza kerana nasik katok tidak datang bersama2 pakej lauk-pauk yg boleh dipilih. Hanya nasi, sambal & ayam panggang. Harganya juga tidak berubah iaitu RB 1.


Pastinya semua jenis nasi di atas menggunakan santan yg dimasak bersama beras. Itulah yg menjadi pelengkap kepada menu seantero nusantara.


P/S : Lama tak update blog. Laptopku hilang di perantauan. Semoga Allah gantikan ia dgn ni'mat yg lebih baik, amin.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.