Thursday, 4 February 2010

Nabi Daud Menjadi Raja : Episod 2

Ibn Abbas dan Mujahid berkata bahawa Daud a.s. dikurniakan kekuatan untuk taat kepada Allah s.w.t. iaitu kekuatan dalam melaksanakan ibadat dan melaksanakan amal soleh. Qatadah berkata bahawa Daud a.s. diberikan kekuatan dalam melakukan ibadat dan diberikan juga kepadanya pengetahuan yang mendalam tentang Islam. Buktinya setiap malam baginda selalu melaksanakan solat malam dan pada tiap-tiap bulan Baginda selalu melaksanakan puasa separuh bulan.

Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Solat yang paling dicintai oleh Allah s.w.t. adalah solat Daud dan puasa yang paling dicintai oleh Allah s.w.t. adalah puasa Daud. Dia tidur separuh malam dan bangun qiyamullail sepertiga malam, kemudian tidur pada baki 1/6 malamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari. Perkara tersebut selalu dilakukannya".

Hal tersebut dikhabarkan oleh Allah s.w.t. dalam surah Sad ayat 17 yang bermaksud: "Dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Allah)”. Kekuatan tersebut bermaksud kekuatan beribadat.

sumber : pembinapahang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.