Wednesday, 4 November 2009

Umat Islam Diseru Bersatu Protes Pencabulan Al-Aqsa

Dr Yusuf al-Qaradawi

1 November - Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah menyeru agar umat Islam di seluruh dunia bersatu di dalam satu saf kebangkitan dan perarakan bagi memprotes pencabulan yang menjijikkan serta tidak dapat dimaafkan terhadap Masjid Suci Al-Aqsa. Serangan terhadap kesucian masjid tersebut oleh penjajah Israel tidak dapat diterima dan mesti ditentang berhabis-habisan.

Dalam satu wawancara melalui telefon yang ditayangkan oleh Al-Jazeera, Qaradawi menegaskan bahawa “Melindungi Al-Aqsa bukanlah suatu pilihan tetapi adalah suatu kewajipan di atas bahu satu pertiga billion orang Arab khususnya dan satu setengah billion umat Islam secara umumnya”.

Beliau menyambung lagi, “Masanya telah tiba untuk menunjukkan dengan jelas tentang kebencian umat Islam sejagat terhadap serangan terkutuk ke atas salah sebuah tempat yang paling suci di dunia. Perkara ini terlalu melampaui batas dan langkah serius mesti diambil supaya serangan berterusan oleh tentera penjajah Israel dapat dihentikan”.

Beliau merayu kepada Raja Mohamed dari Maghribi, Pengerusi Jawatankuasa Al-Aqsa di dalam Liga Muslim untuk mengadakan satu perjumpaan dengan segera bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyekat keganasan Israel yang tidak boleh dibiarkan lagi. Qaradawi menegaskan bahawa “Tindakan harus diambil untuk mengembalikan kemegahan dan kemuliaan Al-Aqsa ke kedudukannya yang asal iaitu sebaris dengan tanah suci Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi”.

Qaradawi mengingatkan semua pemimpin Arab dan Islam tentang tanggungjawab mereka terhadap Al-Aqsa dan menyatakan “Serangan berterusan dan kebiadaban Israel terhadap Al-Aqsa mesti dihentikan dengan tentangan dan kekuatan kerana ini adalah satu kewajipan bagi setiap individu dan bagi semua orang, bukan sahaja melindungi masjid tersebut, malah menjangkau 144 ribu meter persegi kawasan yang meliputi struktur dan halaman masjid tersebut”.

Ikhwanweb

Penterjemah:
Lufti Abbas bin Bidin
Wartawan/Penulis
Media ISMA

sumber : ismaweb.net

Tuesday, 3 November 2009

Kalam JKP : Ayuh Kita Pecahkan Ruyungnya


Pada ketika ini, kebanyakan pelajar-pelajar IPT sedang sibuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Begitu juga adik-adik kita di Tingkatan lima yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang sebulan daripada sekarang. Tidak kurang juga mereka yang sedang menghadapi peperiksaan itu sekarang. Kiranya belum terlewat untuk saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal dan sedang menghadapi peperiksaan. Semoga Allah mengurniakan kejayaan cemerlang kepada anda semua, seterusnya membuka jalan seluas-luasnya kepada anda untuk menyumbang kepada kesejahteraan umat.

Pada ketika ini juga, para jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri tanah suci semata-mata demi menyahut panggilan Ilahi dan menjadi tetamu-Nya. Laungan talbiah, Labbaika Allahumma Labbaik, bakal berkumandang nyaring di udara, lambing ketulusan hati para jemaah haji dan kesungguhan mereka dalam mengerjakan rukun Islam kelima ini. Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur kepada mereka, mengampunkan dosa-dosa mereka serta menjadikan mereka lebih komited kepada Islam sekembalinya mereka ke tanah air.

Saudara-saudara sekalian!

Tidak berapa lama lagi, kita akan menyambut hari raya Aidil Adha, iaitu hari raya korban. Lazimnya pada hari raya korban ini, ramai saudara-saudara kita yang akan melakukan ibadah korban. Lembu, kambing, kerbau mahupun unta bakal disembelih bagi merebut redha Allah. Setiap bulu binatang korban merupakan kebajikan kepada tuannya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

"Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Saban tahun kita menyaksikan penyembelihan haiwan korban. Akan tetapi, adakah kita benar-benar menghayati falsafah dan pengajaran di sebalik pensyariatan ibadah korban ini?

Sebenarnya, ibadah korban ini merupakan menifestasi ketaatan dan ketundukan Saidina Ibrahim A.S dan Saidina Ismail A.S kepada Allah. Nabi Ibrahim A.S telah diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail A.S. Ketika Nabi Ibrahim A.S bersedia untuk menyempurnakan perintah Allah ini, kedengaran seruan:

"Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu!" (Ash-Shaffat: 104-105)

Lalu Allah memerintahkan Nabi Ibrahim A.S menyembelih seekor binatang sembelihan yang besar sebagai ganti kepada Nabi Ismail A.S. Peristiwa agung inilah yang dikenangi setiap kali majlis penyembelihan haiwan korban semasa hari raya Aidil Adha. Pengorbanan suci inilah yang sepatutnya diinsafi serta dicontohi oleh setiap orang Islam yang menyaksiakan ibadah korban pada setiap tahun.

Sahabat-sahabat pewaris umat sekalian,

Sesungguhnya setiap kejayaan perlu kepada pengorbanan. Bak kata pepatah melayu: "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Qudwah kita Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda:

"Ketahuilah sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran, dan kelapangan bersama kesusahan. Sesungguhnya berserta kesukaran itu ada kemudahan" (Hadis No. 19 Matan Arba'ien)

Tanpa pengorbanan masa, keinginan, tenaga dan harta pelajar-pelajar kita tidak akan dapat mengecap kejayaan dalam peperiksaan. Tanpa pengorbanan harta, masa dan tenaga, para jemaah haji tidak akan sampai ke tanah suci bagi mengerjakan haji. Tidak ada apa-apa perkara yang bernilai yang mampu kita sumbangkan kepada manusia, jika kita tidak bersedia untuk berkorban. Sejarah perjuangan Islam sarat dengan contoh-contoh pengorbanan. Demikian juga sejarah manusia keseluruhannya. Orang-orang yang hebat dalam sejarah adalah orang-orang yang sanggup berkorban...

Oleh itu wahai sahabat-sahabatku, ayuh kita berkorban demi Islam yang kita cintai!

Abu Laits as Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari ibn Abbas, Nabi s.a.w bersabda:-

"Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya, yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini (1 hingga 10 zulhijjah)"

Sahabat bertanya: "Walaupun jihad fi sabilillah ya Rasulullah?"

Jawab Rasulullah s.a.w.: "Walaupun jihad fi sabilillah kecuali jika seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak ekembali sama sekali (yakni habis semua hartanya dan mati syahid)"

sumber : pembina.com.my

Saturday, 31 October 2009

Andalah Yusuf Bersama Mimpinya


Tentunya setiap daripada kita mempunyai impian. Ada juga yg lebih suka menamakannya sebagai azam. Lazimnya ia akan muncul pada waktu2 @ sempena tertentu seperti awal tahun baru & hari ulang tahun kelahiran. Azam, impian & cita-cita lama akan digantikan dengan baru. Namun adakah yang lama itu sudah terlaksana ?. Persoalan pertama yang perlu kita jawab. Tak kira siapa, semua akan memasang impian & berusaha menterjemahkannya ke alam realiti. Oleh itu usaha yang diletakkan juga harus setimpal dengan besarnya impian kita itu agar ia tidak hanya menjadi mimpi di siang hari. Tepuk dada tanya iman.


Kita juga sudah tentu pernah mendengar akan cerita rakyat yang popular, Mat Jenin. Mat Jenin digambarkan sebagai insan yang suka berangan-angan. Setinggi pohon kelapa yang dipanjat Mat Jenin, tinggi lagi angan-angannya itu. Mahu jadi saudagar yang kaya-raya & memperisterikan puteri raja. Persis mimpi Alan ( Jailani ) dalam komik Anak-Anak Sidek. Di akhir cerita, Mat Jenin jatuh dari pohon kelapa & meninggal dunia, innalillah. Angan-angannya menjadi cerita penglipurlara yang diwarisi turun-temurun. Setiap kali ceritanya disampaikan, ia akan diakhiri dengan pesanan “ Jangan jadi macam Mat Jenin. ”


Cuba kita renungkan sejenak. Sejauh mana azam yang kita niatkan sewaktu awal tahun menjadi kenyataan ?. Berapa banyak pula impian kita yang bertukar menjadi angan-angan kosong ?. Mungkin juga cita-cita kita hanya pada nama. Peliknya kita tidak menganggap ketidakberhasilan dalam menggapai azam, impian & cita-cita itu sebagai sesuatu yang memalukan sepertimana yang digambarkan pada Mat Jenin. Salah satu faktor, kerana kita menggunakan perkataan angan-angan ketika menukilkan cerita Mat Jenin yang secara lazimnya membawa maksud negatif. Bagaimana kalau ia digantikan dengan azam, cita-cita & impian ?. Bukankah ia membawa maksud yang lebih baik ?. Andaikata umur Mat Jenin panjang, adakah dia mampu mencapai impiannya ?.


Firman Allah, “ Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya : “ Wahai ayahku !. Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari & bulan, semuanya sujud kepadaku. ” ( Yusuf : 4 )


Ada cerita yang ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian. Suatu hari saya bertemu dengan kawan saya, A & B. Kata A, “ Aku baru pulang dari konvokesyen kakak aku kat UM. ” “ Wow, tahniah, ” kata saya & B hampir serentak. Kemudian A & B berbual sesama sendiri. Sebelum A pergi meninggalkan kami dia berkata, “ Kakak aku grade dengan degree & RM 10 ribu dalam simpanan. ” Saya tidak pasti apakah maksud A menceritakan perkata itu. Namun setelah A berlalu B berkata, “ Aku akan ada simpanan RM 10 ribu setahun sebelum aku grade, insya Allah. ” “ Moga-moga impian kau tercapai, ” kata saya kepada B.


Baru-baru ini saya berjumpa B & kami berbual-bual. “ Kau nak tau, aku dah ada RM 10 ribu dalam simpanan sekarang, ” kata B dengan nada gembira. “Alhamdulillah, tercapai juga impian kau dulu ye, ” saya membalas. “ Aku pun pelik macam mana aku boleh dapat camtu, ” tambah B. “ Itulah kekuatan impian. Bila kita ada impian, kita akan selalu mengulanginya. Lama-kelamaan ia akan tertanam di minda bawah sedar & secara tidak langsung mempengaruhi tindakan kita, tahniah kerana impian kau dah pun menjad realiti. ”


Saya ditugaskan sebagai ketua usher seminggu sebelum Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) berlangsung. Sememangnya waktu telah suntuk & ketika itu bukan masanya lagi untuk berdolak-dalih. Saya memulakan tugas tersebut dengan sebuah impian. “ Apa yang nak aku capai sebagai ketua usher ?. Camna aku nak mengerakkan team usher yg berjumlah 89 org, mengawal 3000 peserta ?. ” Setelah itu saya menulis apa yang saya impikan di atas sehelai kertas. Saya mula merangka langkah2 yang perlu untuk menjayakan KBAZ. Imej & kelancaran KBAZ terletak pada usher. “ Aku boleh melakukannya. ” Alhamdulillah, usher berjaya melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.


Apakah impian anda sekarang ?. Bagaimana dengan 10 tahun akan datang ?. Di manakah posisi kita pada masa itu ?. Pekerja biasa, bos kepada diri sendiri, seorang adun @ ahli parlimen barangkali. Pokoknya ia bermula di sini dengan diri kita. Ada yang kata, “ Lama lagi 10 tahun tu. ” Saya kata, “ Anda masih ingat apa yang berlaku 10 tahun lepas ?. ” Kalau ya, maka 10 tahun tak lama. Mulakan kejayaan dengan impian yang besar.


Dalam banyak2 impian, saya mengimpikan masyarakat muslim yang mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Ternyata impian itu masih terlalu jauh. Walau bagaimanapun dengan usaha berterusan dari semua pihak, impian itu akan menjadi kenyataan, Insya Allah. Saya bersama teman-teman dalam PEMBINA mengikuti modul pembinaan diri ISMA dengan motto, Membina Generasi Harapan. Semoga dengan itu saya selangkah menuju impian saya.


Jangan gusar mengimpikan sesuatu. Impikan, rangka pelan tindakan & berusaha ke arahnya. Andalah Yusuf bersama mimpinya. Apakah impian anda ?.

Tinta Presiden

Keseimbangan sosial dalam penyediaan ruang rekreasi masyarakat : Pandangan khusus kepada gelanggang futsal...

Pandang sisi,
Umar Hakim Tajuddin
Pengerusi PEMBINA Kuala Lumpur

Friday, 30 October 2009

Masih Ada Yang Sedar


Semalam saya ke cafe untuk makan tengah hari. Sudah jarang saya ke sana sejak kebelakangan ini kerana ada rice cooker di bilik. Masak aja nasik & telur rebus. Kicap dijadikan kuah. Bukan kerana krisis kewangan tapi apa yg ada, itulah yg menjadi rezeki buat saya. Semasa sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan, bahu saya disapa seseorang. “ Lama tak nampak, ” tanyanya. Saya berpaling & melihat seorang kawan lama sedang tersenyum menyeringai. Biliknya bersebelahan dgn bilik saya sewaktu di pusat asasi dulu. “ Ada, ” jawab saya ringkas.


Setelah membayar harga makanan & air, saya duduk di satu sudut ruang cafe. Makan sambil membaca akhbar yg baru dibeli dari kiosk berhampiran. Kawan saya yg tadinya bertegur-sapa datang & duduk berhadapan dgn saya. “ Bila abeh ?. ” tanyanya lagi. Saya menjawab, “ Insya Allah tahun depan. ” “ Dah nak abeh dah ke. Apa plan lepas tu ?. ” Muyskil juga saya dgn soalan yang ditimbulkannya hari ini. Selalunya jarang dia nak bersembang dgn saya. “ Bisnes


“ Aku pun tak tau apa nak jadi dgn masa depan kita. Semalam aku sembang dgn pak guard, terfikir jugak apa yg dikatakannya kat aku. Dulu ada SPM bersepah2 kerja. Semua orang nak amik. Tapi sekarang ada degree pun orang tak pandang. Kita ada 17 IPTA kat Malaysia. Tiap-tiap tahun puluh ribu orang grade daripada IPTA. Belum kira IPTS. Yang balik oversea lagi. Dia ada 2 org anak kat uni. Sorang tahun 2, sorang tahun 4. Dia dah tahu apa akan jadi pada anak dia. Tapi dia malas nak cakap. Takut patah semangat pulak nak mengaji, ” cerita kawan saya panjang lebar tanpa disuruh. Saya hanya tersenyum. Kemusykilan saya mengenai soalannya tadi terjawab.


“ Hmm..betul jugak, ” kata saya mengiakan. Tambahnya lagi, “ Cuba tanya budak2 kat uni kita ni, apa yg diorang fikir. Belajar pun bukan nak cari ilmu. Cukup setakat lulus aja. Petang & malam main futsal, bola, main game. Pastu fikir duit dah masuk ke belum. Nak makan kat mana malam ni. Nak seronok aja. Pernah ke diorang fikir apa akan jadi dgn masa depan diorang. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Umur bersara dah dilanjutkan. Mana ada kerja dalam kerajaan. Suratkhabar asyik promote peluang perniagaan untuk siswazah. Skim tu, skim ni. Kerja takde. Sebab tu banyak diwujudkan skim untuk siswazah. ”


Saya yang sedari tadi mendengar celotehnya sedikit kaget. “ Sejak bila mamat ni fikir masa depan dia, ” monolog saya dalam hati. Seolah2 dapat membaca apa yg ada difikiran saya, dia berkata “ Kita pun bukan boleh wat apa pun. Jauh sekali nak selesaikan masalah ni. Tapi lebih baik fikir sekarang daripada fikir lepas grade nanti. Dah grade baru fikir, terlambat la kan. Kerja tak dak, kawen pun tak leh. ”


Setelah beberapa ketika berbual & menghabiskan nasi dalam pinggan, kawan saya minta diri untuk ke kelas. Saya tersenyum memikirkan apa yg kami diperkatakan. Masih ada mahasiswa yg sedar akan nasib & masa depan mereka. Cuma tak tahu nak disalurkan ke mana pandangan itu. Sebelum berpisah sempat saya katakan kepadanya “ Mungkin PEMBINA boleh ketengahkan masalah ini. Bawak isu ni jadi agenda setiap mahasiswa, ” saya memberi cadangan. “ PEMBINA tu apa, ” tanyanya dgn penuh minat. “ Persatuan Belia Islam Nasional. Bukak www.pembina.com.my