GOMBAK, 27 Februari 2009 - Economic and Management Sciences Student Society (EMSS) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan program Sholarship Briefing 2009 bertempat di Moot Court, Ahmad Ibrahim Kuliah of Law, UIA. Program ini secara amnya bertujuan membuka peluang kepada pelajar UIA untuk mendapat akses kepada biasiswa yang disediakandalam negara. Program kali ini menampilkan 5 buah syarikat atau institusi yang menyediakan biasiswa iaitu Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Sime Darby (SD) dan PETRONAS. Daripada 5, hanya 2 syarikat/institusi yang hadir (BNM & JPA) manakala yang baki dibentangkan oleh pelajar yang mendapat tajaan syarikat/institusi tersebut. Program ini turut dihadiri oleh wakil PEMBINA, Puan Siti Aishah Mohd Hatta yang telah menyampaikan cenderamata kepada wakil syarikat/institusi. Alhamdulillah, anggaran kehadiran mencapai 230 orang. PEMBINA juga membuka booth untuk sukarelawan. Sebelum ini PEMBINA terlibat dalam menjaga booth pendaftaran program ini bermula 23-25 Februari 2009. Semoga ini menjadi satu batu loncatan kepada PEMBINA untuk terus berbakti kepada masyarat kampus UIA.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.