Saturday 31 October 2009

Andalah Yusuf Bersama Mimpinya


Tentunya setiap daripada kita mempunyai impian. Ada juga yg lebih suka menamakannya sebagai azam. Lazimnya ia akan muncul pada waktu2 @ sempena tertentu seperti awal tahun baru & hari ulang tahun kelahiran. Azam, impian & cita-cita lama akan digantikan dengan baru. Namun adakah yang lama itu sudah terlaksana ?. Persoalan pertama yang perlu kita jawab. Tak kira siapa, semua akan memasang impian & berusaha menterjemahkannya ke alam realiti. Oleh itu usaha yang diletakkan juga harus setimpal dengan besarnya impian kita itu agar ia tidak hanya menjadi mimpi di siang hari. Tepuk dada tanya iman.


Kita juga sudah tentu pernah mendengar akan cerita rakyat yang popular, Mat Jenin. Mat Jenin digambarkan sebagai insan yang suka berangan-angan. Setinggi pohon kelapa yang dipanjat Mat Jenin, tinggi lagi angan-angannya itu. Mahu jadi saudagar yang kaya-raya & memperisterikan puteri raja. Persis mimpi Alan ( Jailani ) dalam komik Anak-Anak Sidek. Di akhir cerita, Mat Jenin jatuh dari pohon kelapa & meninggal dunia, innalillah. Angan-angannya menjadi cerita penglipurlara yang diwarisi turun-temurun. Setiap kali ceritanya disampaikan, ia akan diakhiri dengan pesanan “ Jangan jadi macam Mat Jenin. ”


Cuba kita renungkan sejenak. Sejauh mana azam yang kita niatkan sewaktu awal tahun menjadi kenyataan ?. Berapa banyak pula impian kita yang bertukar menjadi angan-angan kosong ?. Mungkin juga cita-cita kita hanya pada nama. Peliknya kita tidak menganggap ketidakberhasilan dalam menggapai azam, impian & cita-cita itu sebagai sesuatu yang memalukan sepertimana yang digambarkan pada Mat Jenin. Salah satu faktor, kerana kita menggunakan perkataan angan-angan ketika menukilkan cerita Mat Jenin yang secara lazimnya membawa maksud negatif. Bagaimana kalau ia digantikan dengan azam, cita-cita & impian ?. Bukankah ia membawa maksud yang lebih baik ?. Andaikata umur Mat Jenin panjang, adakah dia mampu mencapai impiannya ?.


Firman Allah, “ Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya : “ Wahai ayahku !. Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari & bulan, semuanya sujud kepadaku. ” ( Yusuf : 4 )


Ada cerita yang ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian. Suatu hari saya bertemu dengan kawan saya, A & B. Kata A, “ Aku baru pulang dari konvokesyen kakak aku kat UM. ” “ Wow, tahniah, ” kata saya & B hampir serentak. Kemudian A & B berbual sesama sendiri. Sebelum A pergi meninggalkan kami dia berkata, “ Kakak aku grade dengan degree & RM 10 ribu dalam simpanan. ” Saya tidak pasti apakah maksud A menceritakan perkata itu. Namun setelah A berlalu B berkata, “ Aku akan ada simpanan RM 10 ribu setahun sebelum aku grade, insya Allah. ” “ Moga-moga impian kau tercapai, ” kata saya kepada B.


Baru-baru ini saya berjumpa B & kami berbual-bual. “ Kau nak tau, aku dah ada RM 10 ribu dalam simpanan sekarang, ” kata B dengan nada gembira. “Alhamdulillah, tercapai juga impian kau dulu ye, ” saya membalas. “ Aku pun pelik macam mana aku boleh dapat camtu, ” tambah B. “ Itulah kekuatan impian. Bila kita ada impian, kita akan selalu mengulanginya. Lama-kelamaan ia akan tertanam di minda bawah sedar & secara tidak langsung mempengaruhi tindakan kita, tahniah kerana impian kau dah pun menjad realiti. ”


Saya ditugaskan sebagai ketua usher seminggu sebelum Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) berlangsung. Sememangnya waktu telah suntuk & ketika itu bukan masanya lagi untuk berdolak-dalih. Saya memulakan tugas tersebut dengan sebuah impian. “ Apa yang nak aku capai sebagai ketua usher ?. Camna aku nak mengerakkan team usher yg berjumlah 89 org, mengawal 3000 peserta ?. ” Setelah itu saya menulis apa yang saya impikan di atas sehelai kertas. Saya mula merangka langkah2 yang perlu untuk menjayakan KBAZ. Imej & kelancaran KBAZ terletak pada usher. “ Aku boleh melakukannya. ” Alhamdulillah, usher berjaya melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.


Apakah impian anda sekarang ?. Bagaimana dengan 10 tahun akan datang ?. Di manakah posisi kita pada masa itu ?. Pekerja biasa, bos kepada diri sendiri, seorang adun @ ahli parlimen barangkali. Pokoknya ia bermula di sini dengan diri kita. Ada yang kata, “ Lama lagi 10 tahun tu. ” Saya kata, “ Anda masih ingat apa yang berlaku 10 tahun lepas ?. ” Kalau ya, maka 10 tahun tak lama. Mulakan kejayaan dengan impian yang besar.


Dalam banyak2 impian, saya mengimpikan masyarakat muslim yang mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Ternyata impian itu masih terlalu jauh. Walau bagaimanapun dengan usaha berterusan dari semua pihak, impian itu akan menjadi kenyataan, Insya Allah. Saya bersama teman-teman dalam PEMBINA mengikuti modul pembinaan diri ISMA dengan motto, Membina Generasi Harapan. Semoga dengan itu saya selangkah menuju impian saya.


Jangan gusar mengimpikan sesuatu. Impikan, rangka pelan tindakan & berusaha ke arahnya. Andalah Yusuf bersama mimpinya. Apakah impian anda ?.

Tinta Presiden

Keseimbangan sosial dalam penyediaan ruang rekreasi masyarakat : Pandangan khusus kepada gelanggang futsal...

Pandang sisi,
Umar Hakim Tajuddin
Pengerusi PEMBINA Kuala Lumpur

Friday 30 October 2009

Masih Ada Yang Sedar


Semalam saya ke cafe untuk makan tengah hari. Sudah jarang saya ke sana sejak kebelakangan ini kerana ada rice cooker di bilik. Masak aja nasik & telur rebus. Kicap dijadikan kuah. Bukan kerana krisis kewangan tapi apa yg ada, itulah yg menjadi rezeki buat saya. Semasa sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan, bahu saya disapa seseorang. “ Lama tak nampak, ” tanyanya. Saya berpaling & melihat seorang kawan lama sedang tersenyum menyeringai. Biliknya bersebelahan dgn bilik saya sewaktu di pusat asasi dulu. “ Ada, ” jawab saya ringkas.


Setelah membayar harga makanan & air, saya duduk di satu sudut ruang cafe. Makan sambil membaca akhbar yg baru dibeli dari kiosk berhampiran. Kawan saya yg tadinya bertegur-sapa datang & duduk berhadapan dgn saya. “ Bila abeh ?. ” tanyanya lagi. Saya menjawab, “ Insya Allah tahun depan. ” “ Dah nak abeh dah ke. Apa plan lepas tu ?. ” Muyskil juga saya dgn soalan yang ditimbulkannya hari ini. Selalunya jarang dia nak bersembang dgn saya. “ Bisnes


“ Aku pun tak tau apa nak jadi dgn masa depan kita. Semalam aku sembang dgn pak guard, terfikir jugak apa yg dikatakannya kat aku. Dulu ada SPM bersepah2 kerja. Semua orang nak amik. Tapi sekarang ada degree pun orang tak pandang. Kita ada 17 IPTA kat Malaysia. Tiap-tiap tahun puluh ribu orang grade daripada IPTA. Belum kira IPTS. Yang balik oversea lagi. Dia ada 2 org anak kat uni. Sorang tahun 2, sorang tahun 4. Dia dah tahu apa akan jadi pada anak dia. Tapi dia malas nak cakap. Takut patah semangat pulak nak mengaji, ” cerita kawan saya panjang lebar tanpa disuruh. Saya hanya tersenyum. Kemusykilan saya mengenai soalannya tadi terjawab.


“ Hmm..betul jugak, ” kata saya mengiakan. Tambahnya lagi, “ Cuba tanya budak2 kat uni kita ni, apa yg diorang fikir. Belajar pun bukan nak cari ilmu. Cukup setakat lulus aja. Petang & malam main futsal, bola, main game. Pastu fikir duit dah masuk ke belum. Nak makan kat mana malam ni. Nak seronok aja. Pernah ke diorang fikir apa akan jadi dgn masa depan diorang. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Umur bersara dah dilanjutkan. Mana ada kerja dalam kerajaan. Suratkhabar asyik promote peluang perniagaan untuk siswazah. Skim tu, skim ni. Kerja takde. Sebab tu banyak diwujudkan skim untuk siswazah. ”


Saya yang sedari tadi mendengar celotehnya sedikit kaget. “ Sejak bila mamat ni fikir masa depan dia, ” monolog saya dalam hati. Seolah2 dapat membaca apa yg ada difikiran saya, dia berkata “ Kita pun bukan boleh wat apa pun. Jauh sekali nak selesaikan masalah ni. Tapi lebih baik fikir sekarang daripada fikir lepas grade nanti. Dah grade baru fikir, terlambat la kan. Kerja tak dak, kawen pun tak leh. ”


Setelah beberapa ketika berbual & menghabiskan nasi dalam pinggan, kawan saya minta diri untuk ke kelas. Saya tersenyum memikirkan apa yg kami diperkatakan. Masih ada mahasiswa yg sedar akan nasib & masa depan mereka. Cuma tak tahu nak disalurkan ke mana pandangan itu. Sebelum berpisah sempat saya katakan kepadanya “ Mungkin PEMBINA boleh ketengahkan masalah ini. Bawak isu ni jadi agenda setiap mahasiswa, ” saya memberi cadangan. “ PEMBINA tu apa, ” tanyanya dgn penuh minat. “ Persatuan Belia Islam Nasional. Bukak www.pembina.com.my

Thursday 29 October 2009

Perang Jerusalem Telah Bermula - Hamas

Gaza - Hamas menyatakan pada Ahad lepas (25 Oktober) bahawa perang Jerusalem telah bermula dan sudah tiba masanya untuk setiap orang Islam berganding bahu menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan maruah mereka dengan apa cara sekalipun.

“Kami dalam Gerakan Penentangan Islam Hamas, akan melakukan apa sahaja yang kami termampu untuk menyokong kumpulan yang berjaya yang akan memenangi perang Jerusalem ini dan memfokuskan usaha untuk menggerakkan potensi anggota-anggota kami dan bangsa dan menghalakan ke arah musuh utama mereka, iaitu puak Zionis,” Hamas berkata dalam kenyataannya yang dibaca oleh salah seorang pemimpinnya, Dr Salah Al-Bardawil.

Pergerakan itu juga menekankan yang Israel menyerang Masjid Al-Aqsa hari ini dengan tujuan menguji keazaman dan reaksi masyarakat Palestin and umat Islam dalam rangka untuk membiasakan diri mereka terhadap serangan cubaan itu sebagai satu dari serangan ulangan agar kemarahan umat Islam dan Palestin lenyap supaya ia membolehkan Israel lambat laun menghancurkan masjid suci itu dan melenyapkannya dari peta umat Islam.

Hamas mengatakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dinyatakan dalam Oslo, serta beberapa negara Arab, bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Masjid Al-Aqsa. Hamas juga menyatakan pada masa yang sama perang Jerusalem telah pun termaktub dan kemenangan sudah pasti berpihak kepada orang-orang Palestin dan juga perjuangan mereka.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengatakan cubaan Zionis yang berulang-ulang untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan kepungan yang dilakukan terhadap masjid itu adalah proses terancang untuk mengenakan kekuasaan Yahudi terhadap Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa sebagai tindakan awal untuk membina kuil mereka.

Barhoum berkata kepada pusat media Al-Bayan bahawa serangan ke atas masjid suci umat Islam ini tidak akan berlaku jika Amerika Syarikat tidak memberi kebenaran kepada penjajah Israel untuk melakukan jenayah dan pencabulan dan juga jika PA tidak meneruskan usaha perbincangan yang memangkinkan penceroboh Israel untuk meningkatkan lagi pencabulan terhadap wilayah penduduk Palestin dan tempat-tempat suci.

Bagi pihaknya, Sheikh Hamed Al-Beitawi yang menjadi wakil Hamas dalam badan kehakiman Palestin (PLC), memberi amaran terhadap penjajahan Israel yang berterusan dan pencabulan terhadap Bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa, serta menekankan bahawa Israel membuka pintu neraka kerana mereka berani menyerang Masjid Al-Aqsa.

“Satu setengah billion orang Islam tidak akan memandang sebelah mata apabila Zionis menukar Masjid Al-Aqsa kepada synagogue atau kuil,” tegas Sheikh Betawi.

Penggubal undang-undang itu menyeru menteri-menteri kerajaan PA serta pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam untuk menghentikan segala bentuk hubungan dengan penjajah Israel dan pengurusan keselamatan bersamanya.

Dalam hal yang sama, Dr Aziz Duweik, jurucakap PLC, menyeru umat Islam supaya bangkit dengan segera untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan.

“Sekaranglah masanya untuk umat Islam mengembalikan maruah dan keagungannya kerana mereka tidak harus berpeluk tubuh atau sebaliknya mereka akan ditimpa dengan kehinaan dan kerendahan selama-lamanya,” kata Dr Duweik.

Blok perubahan dan reformasi Hamas dalam sidang media memberi amaran pencabulan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa akan menyemarakkan keadaan rantau itu dan menggesa tindakan segera dilakukan untuk menghalang Israel.

Dr Yahya Moussa, ahli parlimen Hamas, berkata dalam kenyataannya kepada PIC bahawa rakyat Palestin hari ini menghadapi satu lagi jenayah Israel terhadap tanah mereka, dan keagungan sejarah dan warisan Islam mereka.

Jurucakap Hamas di tengah-tengah Gaza, Yousuf Farhat mengatakan bahawa kelemahan kedudukan Arab telah menggalakkan lagi Israel untuk melakukan serangan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa, dan menyeru ulama Islam dan para intelek untuk bersegera beramal dan mengisi tanggungjawab agama dan watan terhadap Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu sidang media di Damsyik, pergerakan Hamas turut menyeru rakyat Palestin dan Arab serta umat Islam di seluruh dunia untuk menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap keganasan yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa.


The Palestinian Information Center
Penterjemah:

Mohd Zul Alwi Mat Adam
Wartawan/Penulis
Media ISMA


sumber : ismaweb.net

Wednesday 28 October 2009

Faktor Kegemilangan & Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah


Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah


  • Kestabilan politik

- Memberi perhatian serius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak

  • Dasar politik kerajaan abbasiyah

- Memberi layanan yang adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa & keturunan

- Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar

  • Kedudukan Baghdad yang strategik

- Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur & barat

- Menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat

  • Perpaduan antara kaum

- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti bangsa Turki, Parsi & Arab

- Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran negara

- Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan Islam. Mereka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing

  • Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

- Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam

- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea & hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat



Faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah


  • Kelemahan pemerintah

- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan

- Beliau hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara

- Saudara Al-Wasiq iaitu Al-Mutawakkil mengmbil alih pemerintahan & cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki & parsi

- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

  • Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah

- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas

- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi

- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan & pengaruh sendiri

- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa Abbasiyah

  • Perebutan kuasa

- Putera-putera Al-Mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan Abbasiyah

  • Kegawatan ekonomi

- Rusuhan & pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan Abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah

- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan

  • Perselisihan aliran fahaman keagamaan

- Pemberontak dari golongan syiah & khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan Abbasiyah

- Mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja

- Keadaan ini mengganggu keamanan negara

  • Serangan dari luar

- Kerajaan abbasiyah di akhir zaman pemerintahan diserang oleh musuh-musuh dari utara ( Gorgia & Arminia ), barat ( tentera salib ) dan timur ( kerajaan Monggol )

- Banyak kawasan-kawasan Islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini

- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah

- Pusat pentadbiran di Baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut & ramai pejuang-pejuang Islam yang terkorban

Tuesday 27 October 2009

Pertemuan PA-Israel Lindungi Rancangan Yahudi di Baitul Maqdis


Khamis, 22/10/2009 – Jurucakap Hamas di Khan Younis Hammad Al-Ruqub menyatakan Rabu lalu bahawa penglibatan Pihak Keselamatan Palestin (PA) membuat pertemuan dengan para pegawai Israel secara berterusan telah melindungi agenda yahudisasi Zionis yang kian serius di Baitulmuqadis. Semasa menghadiri simposium yang dijalankan oleh mahasiswa blok HAMAS di Deir Al-Balah, Ruqub mengatakan bahawa agenda Zionis yang dilakukan terhadap Masjid Aqsa dan aktiviti penggalian di bawahnya tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan PA dan segala perancangan ini dirancang melalui pertemuan-pertemuan secara rahsia dan terbuka dengan para pemimpin Israel.

Ruqub menempelak tindakan PA itu dan mendakwa PA tidak berhak berbicara soal bahagian timur dan barat Al-Qudskerana mereka tidak mempunyai dasar dan dalam iman kita hanya ada satu Baitulmuqaddis yang menjadi milik seluruh generasi Muslim.
Beliau juga mendakwa bahawa rakyat Palestin tidak akan berunding dengan sesiapa pun untuk melepaskan segala yang berkaitan dengan Baitulmuqadis ataupun merebut hak mereka. Ruqub melahirkan harapan bahawa perjuangan membebaskan Palestin, diketuai oleh Briged Al-Qassam, yang telah berjaya mengusir Israel daripada Jalur Gaza oleh kasih kurnia Allah, akan dapat sekali lagi mengusir rejim itu dari Baitulmuqadis dan seluruh wilayah Palestin.