Idea menggabungkan nama 2 khalifah Islam yang masyhur iaitu Umar Abdul Aziz & Harun Ar-Rashid timbul daripada Adnan Oktar yang menggunakan Harun Yahya sbg nama penanya, gabungan nama Nabi Harun & Nabi Yahya
Tuesday, 11 December 2012
Cafe Cinta
Thursday, 8 April 2010
Asrama Pupuk Sifat Membazir Di Kalangan Pelajar ?.

Pasti ramai antara kita yang mempunyai pengalaman tinggal di asrama, sama ada asrama sekolah ataupun kolej/universiti. Cuba kita imbau kenangan lalu, adakah tajuk entri kali ini bertepatan dengan kehidupan di asrama ?. Mungkin ada antara kita yang tidak bersejutu tetapi kebanyakannya akan diam seribu bahasa kerana mengiakan apa yang berlaku.
Mari kita lihat beberapa senario. Semasa membasuh pakaian adakah kita membiarkan air terus mengalir di pili atau menadahnya ke dalam baldi ?. Adakah kita menutup pili air apabila baldi sudah dipenuhi air ?. Ataupun kita hanya membiarkan air terus mengalir tanpa dimanfaatkan ?. Bila ditanya kenapa dilakukan sedemikian ?. “ Kita dah bayar yuran kan. Sekarang masa nak gunakan segala kemudahan yang ada. ” “ Ala, bukan kau yang bayar air ni. Sekolah/kolej/universiti yang bayar. ”
Begitu juga penggunaan elektrik. Kipas & lampu tidak dimatikan sekiranya tidak digunakan. Ianya dibiarkan terpasang walaupun penghuni tiada dalam bilik atau dorm. Sikap sebegini berakar dalam diri membentuk peribadi yang suka membazir. Kerugian bukan hanya pada perbelanjaan, tapi juga pada mentality & sikap. Ia akan terbawa-bawa sehingga ke akhir usia sekiranya tidak diubah.
Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang membazir itu sekutu bagi syaitan & syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya. ” ( 17:27 )
Satu kajian yang dijalankan oleh Dr Zin di UTM Skudai mendapati penggunaan elektrik di universiti itu dapat dijimatkan sehingga RM 5 juta setahun. Kajian melibatkan penggunaan komputer, lampu, penghawa dingin, mesin fotostat & beberapa alat elektrik & elektronik lain di kalangan pensyarah & kakitangan pentadbiran. Angka ini sesuatu yang mengejutkan kerana ia melibatkan jumlah yang bukan sedikit. Menurut Dr Zin “ Simple ja, masa nak keluar bilik kita tutup komputer, mati lampu & air-cond. Tak pun hibernate ja komputer tu. Dah banyak tenaga elektrik yang kita jimatkan. ”
Bayangkan saudara sekalian, sekiranya satu universiti mampu menjimatkan penggunaan elektrik sebanyak RM 5 juta setahun, maka berapakah pula jumlah yang mampu dijimatkan sekiranya 17 IPTA di seluruh Malaysia mengamalkannya. Secara umumnya RM 5 juta x 17 IPTA = RM 85 juta. Sesungguhnya RM 85 juta adalah nilai yang terlalu besar. Bukankah dengan penjimatan itu kita dapat menyalurkannya pada sesuatu yang lebih bermanfaat seperti menyediakan peruntukan biasiswa pada kadar yang lebih tinggi ?. Anak bangsa kita juga yang untung daripada penjimatan itu.
Marilah sama-sama kita memupuk kembali sifat berjimat-cermat dalam diri & di kalangan ahli keluarga kita. Semoga dengan itu kita dapat melahirkan masyarakat yang prihatin.
Tuesday, 23 February 2010
Pertanian Adalah Perniagaan
Pernahkan anda tahu bahawa Hasan Al-Banna mempunyai data yang lengkap akan keluasan tanah-tanah terbiar di bumi Mesir? Begitulah syumulnya fikrah beliau.
Sebut sahaja pertanian, dalam konteks dakwah ianya bukan sahaja asing kepada pendakwah di Malaysia ini, kerana ianya kerjaya yang tidak glamor dan agaknya berapa kerat sahaja para petani di Malaysia yang memiliki fikrah Islami. Dan golongan petani ini bukanlah golongan sasaran mad’u oleh duat di Malaysia ini. Dan tidak ramai usahawan tani Melayu yang benar-benar berjaya.
Saya agak bertuah kerana boleh bercakap tentang pertanian dan ternakan ikan, kerana dianugerah minat dengan tanah dan sedang ’sibuk’ bertani. Dulunya sekadar beriadhah di kebun, kini memikirkan pula untuk menjana wang dari pertanian ini. Saya kagum dengan dua orang doktor lain yang sudah berjaya dalam ladang pisang montelnya (masih seorang doktor pakar saraf), dan seorang lagi terus berhenti menjadi doktor untuk menjadi penternak jaya (kambing) sepenuh masa di Terengganu. Holistik dalam fikrah dan dalam berpengalaman banyak bidang.
Bersama jiran yang juga mempunyai minat yang sama, dan setelah berjaya menanam kira-kira 100 pokok-pokok buahan, kini saya sedang mengusahakan tanama pisang – hampir 1,500 pokok pisang (pisang berangan dan nipah). Sebelum ini nama-nama pisang pun saya keliru!
Rupanya baru saya tahu teknologi canggih terkini yang menggunakan benih pisang tisu kultur. Cuma yang membuat saya tertanya-tanya apabila pihak MARDI menjual sehingga RM2 untuk sebatang pokok, sedangkan pihak swasta menjualnya sekitar RM1.60. Sepatutnya badan kerajaan tidak mengambil keuntungan sedemikian rupa.
Dan baru saya tahu bahawa, petani kaum Cina sudah lama mengusahakan pisang tisu kultur ini. Ya, mereka sudah lama maju dalam perniagaan dan pendidikan serta dalam pertanian ini mereka juga jauh maju ke hadapan.
Juga saya baru tahu, dalam jangka setahun setengah, pokok pisang ini akan membiak secara produktif sehingga 3 batang dan menghasilkan 3 tandan pisang yang memberi pendapatan kira-kira RM60. Maka jika seribu pokok, pendapatan kasarnya ialah kira-kira RM60 ribu (18 bulan). Apa yang saya dapat tahu, petani Cina ini biasanya menanam di tanah pajak kira-kira 2-5 ribu pokok. Malah untuk mendapatkan benih tisu kultur ini kena tempah 2-3 bln lebih awal.
Sebelum ini saya pernah ‘main-main’ menanam pokok cili dan mengakui pokok cili ini perlu penjagaan rapi, tidak seperti pokok pisang pada 2 bulan pertama sahaja perlukan penjagaan rapi.
Bertani itu beridhah dan yakinlah dengan maksud sabda Nabi SAW iaitu dikira pahala sedekah sekiranya ulat-ulat @ binatang memakan tanaman- begitulah rahmat Allah dan mudahnya mencari pahala! Cuma di musim panas ini, lebih mencabar untuk menjaga tanaman serta wajah semakin gelap dan mungkin suka-suka menternak ayam kampung dan kambing pula. Juga sesekali seronok juga bertukar angin menulis di dalam kebun. Dan yakinlah bertani itu menjana wang.
Naib YDP ISMA Port Dickson
sumber : ismaweb.net
Monday, 8 February 2010
Perubahan Fasa
"Penantian itu satu penyeksaan"
Tahun ni jugak akan memperlihatkan perubahan fasa daripada gelaran 'suami' kepada 'ayah', dengan izin Allah jua. Makin besar jua tanggungjawab yang harus dipikul. Menerima anugerah cahaya mata bererti menerima rezeki dan tanggungjawab. Gagal bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan gagal melaksanakan tanggungjawab bererti menempah malapetaka. Rezeki mendapat seorang isteri yang solehah pun belum tersyukuri lagi. Allah.... terasa berat utk aku menghadapi perubahan fasa ini.....
Itu belum cerita tentang mengidamkan keluarga "mawaddah wa rahmah" lagi....
Kini adikku pula memecahkan rekod dengan melangsungkan rumah tangga pada 15 feb ini. Dalam umur 23 tahun, fasa itu berlaku tatkala dia masih melanjutkan pelajaran di Mesir-medic. Mgkn gen-Y akan melalui fasa ini dengan begitu pantas. Namun Alhamdulillah semuanya mengikut kaedah Baitul Muslim yang betul.
Beberapa tips buat adikku:
- Komunikasi yg effektif- kerana kita bukanlah daripada golongan yang bercinta dan berkasih sayang sebelum bernikah (atau berkahwin sblm bernikah) maka masa inilah peluang untuk kita bermadu mesra, berkasih sayang dan meluahkan perasaan. Ketelusan itu penting dan berkomunikasi dengan baik dapat membina kefahaman yg baik antara pasangan. Jangan simpan apa yg terpendam di dalam hati atau persepsi dalam minda tetapi luahkan ia dengan cara yg baik, sopan dan berhikmah.
- Bertolak ansur- pasti setiap pasangan mempunyai kehendak dan minat masing2 sebelum berkahwin. kadang kala berlaku 'clash of interest' maka di sini lah kebijaksanaan dan komunikasi memainkan peranan supaya kita dapat bertolak ansur. Kadang kala kita terpaksa korbankan main bola di pagi ahad sebab nak teman isteri beli belah di pasar, kene tunggu isteri habis sembang dengan member2 dsb.
- Hubungan dengan Allah- kerana Allah yg memegang hati manusia dan Dia jua lah yg mempertemukan kita, maka sekiranya kita mahu hubungan ini kekal maka kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah. Syukurilah ni'mat mendapat isteri dengan dengan bermunajat kepada Allah dan tika menghadapi masalah maka adukanlah kepada Allah, insyaAllah segalanya menjadi muda....
sumber : bingkisanpemuda.blogspot.com
Thursday, 1 October 2009
Berus Gigi vs Kayu Sugi

Tentunya kita memberus gigi setiap pagi sesudah terjaga dari tidur. Ada yg memberus gigi setiap kali mandi. Kalau mandinya 3 kali sehari, maka 3 kali juga lah dia akan memberus gigi. Namun ada kawan-kawan yg menghadapi masalah kuning gigi. Walaupun acap kali diberus & digosok giginya masih kekuningan. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang pada dirinya berinteraksi dgn orang lain.
Di sini saya ingin kongsikan tips bagaimana membuatkan gigi anda tidak terlalu kuning. Mungkin tidaklah sampai putih seperti susu, tapi ia akan membuatkan anda rasa lebih selesa. Selain penggunaan berus gigi, kerap memberus gigi menggunakan kayu sugi. Ya kayu sugi asli. Bukan ubat gigi yg dicampur kayu sugi. Kayu sugi tidak dapat memberus bahagian dalam mulut dgn baik terutama gigi geraham. Di sini terletak peranan berus gigi. Oleh itu gunakan kayu sugi di bahagian luar & berus gigi membantu di bahagian dalam mulut.
Selamat mencuba !..