Saturday, 31 January 2009

Kuliah Sirah : Nota 1

Peperangan Badar Al-Kubra ( Rahiq Al-makhtum )

1. Surah Al-Kahfi : 13:

Bagaimana muncul pemuda2 yg menjadi benteng agama. Semua ini bukan secara kebetulan melainkan dgn tarbiyah yg betul & berterusan serta perancangan Allah

2. Faktor tercetus peperangan :

Sebelum peperangan

Muslimim Madinah

Kadar kekuatan muslimin & pengagihan kepimpinan

-Nabi tak kerahkan keseluruhan muslimin, hanya 313. Khazraj 170

-2 ekor kuda ditunggang Oleh Zubair Al-Awwam & Miqdad Al-Aswadi Al-Kindi

-70 ekor unta yg ditunggang bergilir-gilir oleh 3 org

-Panji dipegang oleh Mus’ab Bin Umair

-Bendera Ansar dipegagng oleh Saad bin Muaz

-Sayap kanan Zubair & kiri Miqdad

-Tentera Islam bergerak ke arah Badar

Tentera Islam bergerak ke arah Badar

Musyrikin Mekah

Pemberitahuan kepada penduduk Mekah

-Abu Sufian main api. Membakar sentiment harta yg dirampas oleh Rasul kepada penduduk Mekah

Kekuatan tentera Mekah

-1300 prg tentera

-100 ekor kuda

-Unta terlalu banyak

Keraguan terhadap Bani Bakar

-Takut Bani Bakar serang dari belakang sebab Quraisy ada konflik dgn mereka

-Suraqah bin Malik beri jaminan Bani Bakar tak kan serang dari belakang

Tentera Mekah terus bergerak

Agakan ahli sejarah :

-Kalau nabi patah balik musykirin akan serang Madinah

-Nabi bertahan & berperang di Badar

Semasa peperangan

Muslimin Madinah

-Nabi membetulkan saf

-‘ Panahlah mereka sekiranya mereka menyerang ’ Bekalan kurang

Musyrikin Mekah

-Doa Abu Jahal ‘ Sesiapa yg Kamu syg maka putuskanlah hari ini ’ Abu Jahal mati seolah-olah doa terkena pada dirinya

Pencetus pertempuran

-Safwan Al-Asad sumpah nak minum di tempat air. Saidina Hamzah

Peperangan 1 vs 1

Kemunculan Iblis

-Bai’ah Aqabah ke-2

-Semasa Bani Bakar nak tarik diri

-Tarik diri dari Badar bila nampak pertolongan Allah tiba. Malaikat turun

Kedegilan Abu Jahal

-Abu Abdul Rahman ditanya perihal Abu Jahal oleh 2 pemuda.

-2 riwayat. Muiz-Muaz & Abdullah bin Rawahah

3. Kabilah Abu Sufian berjaya melepaskan diri :

Abu Sufian seorg yg teliti. Periksa najis unta untuk pastikan makanan unta

Akhnas dari Bani Zahrah keluar bersama 300 org

Bani Hasyim nak balik jugak tapi dilarang oleh Abi Sufian.

Ada pendapat Bani Hasyim langsung tak gi perang

Muhajirin

Abu Bakar & Umar setuju berperang

Nabi mintak pandangan Ansar

Saad bin Muaz mewakili Ansar & turut bersama Rasul. Beliau merupakan tokoh yg banyak berjasa

Nabi & Abu Bakar sendiri merisik kedudukan tentera musyrikin. Ana min ma’

Musyrikin berada di ‘Udwatil Quswa

Nabi tanya

1 malam berapa ekor sembelih unta ?. 9 @ 10

Tentera Islam mendahului tempat strategic

Kuasai kawasan air & tutup tempat air musyrikin

Saad bin Muaz cdg bina bangsal untuk nabi & sediakan kuda sekiranya muslimin kalah

Menyusun strategi & munajat

Hujan turun

Surah Anfal : 11

Nabi keluar 1 ramadhan & balik 20 ramadhan

Tentera musyrikin bercadang berpatah balik & berlaku keretakan kepimpinan

Utbah bin Rabi’ah antara yg membenarkan nabi di Mekah tapi tak beriman.

Hakim Bin Hizam pujuk berundur dari Badar. Tapi kata Amir ‘ kita berperang untuk tuntut bela atas kematian Amru ’

Amru bin Hadrami mati dalam sariyah pertama

Thursday, 29 January 2009

Gerakkan Isu Palestin Di Tempat Anda

Saudara Jaini menerima sumbangan daripada pihak Madrasah Rahmaniah

Baru-baru ini diadakan ceramah isu semasa Gaza di Madrasah Rahmaniah, kerjasama antara ISMA, PEMBINA & Madrasah Rahmaniah. Ceramah disampaikan oleh Saudara Jaini daripada ISMA. Slide demi slide yg dipaparkan bersama video memaparkan betapa keganasan Israel di Gaza di luar batas kemanusiaan. Setelah penjajahan yg dilakukan, Israel kini tanpa segan silu melancarkan serangan.

Ambil contoh begini. Kita punya sebidang tanah kebun. Tuan tanah di sebelah, jiran kita ada bela beberapa ekor kambing. Bagaimana jika kambing-kambing itu masuk ke kebun kita & makan anak pokok yg baru ditanam ?. Sudah tentu kita berasa marah bukan ?. Mungkin kita akan menyerang tuan tanah sebelah dengan golok di tangan. Bagaimana pula kalau tuan tanah sebelah alihkan batu perenggan & claim tanah yg sebenarnya hak kita adalah milik dia ?. Bisa bikin perang riuh satu kampung kan ?. Boleh melarat sampai anak cucu.

Anda boleh menyumbang untuk Palestin dengan menggerakkan isu tersebut di tempat anda. Aman Palestin sebagai sebuah badan yg berautoriti sedia memenuhi undangan bagi menyampaikan ceramah, mengadakan pameran & jualan berkaitan Palestin. Apa yg telah kita sumbangkan untuk agama hari ini ?.

P/S : No Tel Aman Palestin 03-8926 7019

Tuesday, 27 January 2009

Rahsia Lentang

Lentang banyak meninggalkan kenangan terutama buat diriku. Ada rahsia yg ingin aku dedahkan kepada mereka yg mengikuti perkhemahan tempoh hari. Untuk pengetahuan semua kali pertama aku masak nasi dengan kuantiti yg banyak menggunakan kayu api adalah di Lentang. Kalau guna periuk nasik eletrik dah banyak kali. Nasi tengah hari Sabtu adalah percubaan pertama. Tapi tak nampak macam fisrt time sebab nasik masak elok, hehe. Macam nasik kenduri orang kata.

Beras yg telah dibasuh. Ayam menanti utk diperap


Berbekalkan kejayaan pada percubaan pertama, aku diminta memasak nasik sekali lagi untuk makan malam. Maka disuruh peserta lain membasuh beras, kesemuanya. Dianggarkan beras sebanyak 5 kg. Kali nie bukan main-main. Kebolehanku bakal teruji sebab semua mata akan tertumpu kepadaku. Tengah hari tadi hanya seorang dua berada di tapak khemah. Selain itu mengikuti aktiviti. Tak boleh kantoi. Jatuh saham aku.

Air separuh periuk dididihkan terlebih dahulu. Setelah hampir mendidih dimasukkan bawang besar & bawang putih yg ditumis, tambah sedikit garam. Sebetulnya tumis dulu baru dimasukkan air. Tapi nak wat camna kan. Aku confident ja yg lain pun percaya la, thee. Bagi menaikkan lagi aroma-rasa boleh dimasukkan kiub pati ayam & 1 tin susu krim. Sedap oooo. Tapi 2 barang nie tak dak. Aku tak pesan kat Umar untuk beli.

Ilmu masak nasik kawah aku pelajari daripada tukang masak kenduri di kampungku. Rajin juga aku rewang kenduri sekitar kampung & di masjid. Selalunya aku akan berada di bahagian dapur. Bukan wat gheti tapi nak tengok camna masak dalam jumlah yang besar guna kayu api. Aku dah praktikkan kat Lentang. Jangan kata tak jadik. Cuba bandingkan dengan nasik yg korang masak sendiri. Tapi sayang rewang dah tak jadi budaya sekarang. Ramai orang gunakan khidmat catering. Hatta tukang masak kampung aku pun panggil catering masa kenduri anak dia, lawak toi.

Jadi anak muda sekarang dah tak dapat menuntut ilmu camna masak nasik kawah, gulai kawah. Kalau semua confident macam aku tak pa la kan. Bukan riak tapi confident mesti ada bila cuba benda-benda baru. Minda dah selesaikan 50% kerja kalau yakin.

Kita sambung balik. Lepas air menggelegak masukkan beras yg telah dibasuh tadi. Lepas dimasukkan beras kena sentiasa kacau supaya nasik tak hangit. Kerak tak tebal. Tapi sebab asap banyak tutup ja periuk. Pedih mata nak kacau. Api kena besar untuk pastikan air yg menggelegak tadi tak jatuh suhu. Kalau tak susah beras nak mengembang dengan cepat. Bila nasik dah mula mengembang & air semakin berkurangan, ratakan bahagian atas nasik supaya wap tak dibebaskan ke udara. Wap tue akan bantu keringkan air yg ada di bawah permukaan untuk mengering.

Insya Allah hasilnya pasti best. Air lebih tak jadi masalah sebab boleh dikeluarkan sebelum permukaan atas nasi diratakan. Hmm..BBQ petang tue aku juga yg sediakan. Memang semua sayang kat aku pasni. Dah makan air tangan aku yg bercampur bersama ayam semasa aku menggaulnya dengan kedua belah tangan, yummi. Cuma sayang ayam diperap selama sejam ja sebab semua dah tak sabaq nak panggang. Resipi perapan aku ambil dari Chef Sabri yg selalu ke udara di radio Ikim setiap Ahad sebelum Zohor. Cuma tambah sket bahan rahsia aku, perencah ……


Teh cincau. Sebetulnya teh bercampur dgn asap. Tak tutup masa masak air


Memang rahsia sampai malam sabtu tue ada yg makan bersama aku & Jang, rasa macam-macam. Rasa ketam ada, laksa pun ada. Lawak-lawak. Air teh yg dibancuh pun ada yg rasa cincau. Rasanya bakat aku dalam bidang masakan boleh dikembangkan lagi. Tapi macam aku cakap tadi, yg penting confident. Kalau tak confident nie masalah la.

Nasik untuk makan malam agak lembik sebab tak berapa confident perlu masukkan semua beras @ tak. Sebab ada banyak anasir yg mengganggu aku time masak tue. Aku bajet memang perlu masak semua. Tapi ada pulak yg kata banyak sangat la, apa la. At last tinggal beras sket. Itu pasal nasik lembik. Tapi korang hentam banyak jugak malam tue. Semua tambah 2 kali. See, confident penting.

P/S : Pasni boleh masak kat kenduri pulak kot. Sapa nak bagi aku try ?.

Monday, 26 January 2009

Gambar Sekitar Perkhemahan

Air terjun Lentang memang best

Spesies pokok hutan

Gelap bangat

Menunaikan kewajipan pada Allah

Salah satu sumber cahaya waktu malam, unggun api

Aktiviti air

Jungle tracking



BBQ

Memang gelap waktu malam. Betapa terangnya flash

Sunday, 25 January 2009

Pekhemahan Belia PJ & Gombak


Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu, Pembina Petaling Jaya ( PJ ) dgn kerjasama Pembina Gombak telah mengadakan perkhemahan belia di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) mengambil masa 30 minit dari tol Gombak. Untuk pengetahuan semua, Hutan Lipur Lentang terletak dalam kawasan rehat Lentang, LPT.

Perkhemahan kali ini dihadiri seramai 26 orang masing-masing 3 dari UM, UIA PJ 14 & 9 mewakili UIA Gombak. Peserta berkumpul di Hentian Gombak arah Timur pada waktu Asar. Selesai menunaikan solat perjalanan diteruskan ke destinasi. Sebanyak 6 buah kenderaan digunakan. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membina khemah & memasak untuk makan malam. Agak mencabar memasak menggunakan kayu api. Ada antara kumpulan yang dapat menjamah makanan selepas solat Isya’. Waktu yang terluang digunakan untuk mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat.



Sebelum tidur kem komandan menyediakan jadual sentri. Sememangnya aktiviti ini menguji keberanian sesiapa sahaja memandangkan hanya terdapat unggun api & lampu suluh sebagai sumber cahaya. Tiada sumber dari lampu jalan @ lain-lain. Ia menguji ketahanan peserta selepas melepasi ujian pertama, memasak.


Solat subuh berjamaah pada pagi sabtu. Kemudian bersarapan, roti & kaya. Aktiviti air menghiasi pagi sehingga kami didatangi renjer bertanyakan jungle tracking. Sebetulnya jungle tracking dijadualkan selepas zohor, sekitar jam 2. Namun atas masalah komunikasi ia terpaksa diawalkan ke jam 11 pagi. Petang itu peserta berbincang dalam kumpulan mengenai persembahan pada sebelah malam, Malam Kesenian.


Sebelum maghrib menjelang kami memanggang ayam, BBQ. Ayam & bahan-bahan lain dibeli di Bukit Tinggi. Selesai solat maghrib berjemaah, tazkirah memenuhi agenda. Keenakan ayam sudah menguasai persekitaran. Baunya memenuhi ruang udara. Kemudian makan malam. Cuma nasi yg dimasak agak lembik. Malam itu agak zuhud. Nasi & ayam berkuahkan sos cili. Dalam hutan kan. Lampu pun tiada. Makan bertemankan lampu suluh sambil mengomel bersama rakan sebelah.

Akhirnya Malam Kesenian pun tiba. Setiap kumpulan mempamerkan kreativiti masing-masing. Ada yg bernasyid & berlakon. Ada juga yg mendeklamasikan sajak. Malam semakin larut & kem komandan sekali lagi membahagikan tugas sentri. Esok menanti dengan aktiviti yg agak memenatkan. Aktiviti air diteruskan pada pagi Ahad.



Acara tutup kampong dimulakan dengan meruntuhkan khemah & membersihkan kawasan sekeliling. Disusuli pula dengan acara penutup, penyampaian hadiah & pembahagian kenderaan. Secara keseluruhan perkhemahan berjalan dengan baik & dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta.