Showing posts with label Tokoh Ilmuan Islam. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Ilmuan Islam. Show all posts

Wednesday, 4 November 2009

Umat Islam Diseru Bersatu Protes Pencabulan Al-Aqsa

Dr Yusuf al-Qaradawi

1 November - Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah menyeru agar umat Islam di seluruh dunia bersatu di dalam satu saf kebangkitan dan perarakan bagi memprotes pencabulan yang menjijikkan serta tidak dapat dimaafkan terhadap Masjid Suci Al-Aqsa. Serangan terhadap kesucian masjid tersebut oleh penjajah Israel tidak dapat diterima dan mesti ditentang berhabis-habisan.

Dalam satu wawancara melalui telefon yang ditayangkan oleh Al-Jazeera, Qaradawi menegaskan bahawa “Melindungi Al-Aqsa bukanlah suatu pilihan tetapi adalah suatu kewajipan di atas bahu satu pertiga billion orang Arab khususnya dan satu setengah billion umat Islam secara umumnya”.

Beliau menyambung lagi, “Masanya telah tiba untuk menunjukkan dengan jelas tentang kebencian umat Islam sejagat terhadap serangan terkutuk ke atas salah sebuah tempat yang paling suci di dunia. Perkara ini terlalu melampaui batas dan langkah serius mesti diambil supaya serangan berterusan oleh tentera penjajah Israel dapat dihentikan”.

Beliau merayu kepada Raja Mohamed dari Maghribi, Pengerusi Jawatankuasa Al-Aqsa di dalam Liga Muslim untuk mengadakan satu perjumpaan dengan segera bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyekat keganasan Israel yang tidak boleh dibiarkan lagi. Qaradawi menegaskan bahawa “Tindakan harus diambil untuk mengembalikan kemegahan dan kemuliaan Al-Aqsa ke kedudukannya yang asal iaitu sebaris dengan tanah suci Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi”.

Qaradawi mengingatkan semua pemimpin Arab dan Islam tentang tanggungjawab mereka terhadap Al-Aqsa dan menyatakan “Serangan berterusan dan kebiadaban Israel terhadap Al-Aqsa mesti dihentikan dengan tentangan dan kekuatan kerana ini adalah satu kewajipan bagi setiap individu dan bagi semua orang, bukan sahaja melindungi masjid tersebut, malah menjangkau 144 ribu meter persegi kawasan yang meliputi struktur dan halaman masjid tersebut”.

Ikhwanweb

Penterjemah:
Lufti Abbas bin Bidin
Wartawan/Penulis
Media ISMA

sumber : ismaweb.net

Tuesday, 8 April 2008

Al-Biruni


Astronomi merupakan perkataan Yunani. Astro bermaksud perihal bintang. Astronomi ditakrifkan sebagai ilmu mengenai agihan pergerakan dan ciri cakerawala dan bintang. Satu cabang ilmu yang tertua antara kalangan ilmu sains tabie. Dalam tamadun Islam, ia dikenali sebagai ilmu falaq.

Tokoh Islam dalam bidang ini ialah al-Biruni. Nama sebenar beliau ialah Abu Rajhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni daripada kelaurga tajik. Beliau dilahirkan pada 3 Dzulhijjah 362H bersamaan 4 september 973M di Parsi. Al-Biruni dalam bahasa Parsi membawa erti orang asing. Antara maksud lain adalah tempat & penghijrahan.

Beliau merupakan sarjana agung pada akhir kurun ke 4H atau dalam kurun ke 10M. Merupakan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Meningggal dunia dalam tahun 440H bersamaan 11 september 1048M ketika pemerintahan Mawdud selepas hidup dalam Dinasti Yamimi selama 31 tahun.


Sumbangan

Rasa’il al-Biruni dianggap karya yang agung. Ia merupakan sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Kitab al-syaidanah dikarang sebelum beliau meninggal dunia. Manakala kitab Al-Tahdid pula membincangkan tentang asal usul alam semesta. Beliau menolak pandangan yang mengatakan bahawa dunia ini kekal.

Kitab at-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syams membincang tentang pergerakan dan peredaran matahari. Kitab Ta’bir al-Mizanwa ta’bir al-Azman merupakan buku rujukan masa dan waktu siang. Tahqiq al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh @ hari bulan. Kitab Tasawwur Amr al-Fajr wa al-Safiq fi jihat al-Gharb wa al-Sharq membincangkan tentang terbitnya fajar.