Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Kuala Lumpur (PEMBINA KL) telah mengambil peluang mengembangkan sayap perniagaannya dengan menyertai PC and Bookfair 09 yang berlangsung pada Economics Festival IIUM di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Karnival ini bermula pada hari Ahad, 19 Julai 2009 disertai oleh berpuluh syarikat komputer dan buku terkemuka dari seluruh pelusuk tanah air.
PEMBINA KL telah mengambil inisiatif untuk menjual pelbagai jenis barangan di gerai ini. Antaranya ialah baju untuk Muslimah, buku-buku keluaran Pustaka Salam, buku-buku dan cenderahati dari Aman Palestin, cenderamata keluaran PEMBINA, telefon bimbit Al-Quran serta lain-lain lagi.
Gerai ini juga digunakan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PEMBINA KL. Di samping itu, gerai ini juga membuka pendaftaran kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan PEMBINA. Orang ramai diterangkan tentang aktiviti-aktiviti PEMBINA yang telah dan bakal berlansung oleh sukarelawan PEMBINA yang sentiasa sedia membantu anda.
Diskaun menarik juga ditawarkan di gerai PEMBINA ini antaranya diskaun 10% kepada pembeli yang membeli lebih daripada tiga buah buku keluaran Pustaka Salam. Pengunjung juga berpeluang menyumbang kepada tabung derma Aman Palestin yang terdapat di gerai PEMBINA. Selain itu, sebahagian dari hasil pembelian barangan Aman Palestin juga akan disumbangkan kepada tabung derma Aman Palestin.
Karnival yang dijadualkan berakhir pada hari Jumaat, 24 Julai 2009 ini diharap dapat memberi pengalaman berharga kepada sukarelawan-sukarelawan PEMBINA dan juga dapat menjana kepada perkembangan ekonomi PEMBINA KL. Diharap juga orang ramai dapat mengambil peluang mengenali dan menyertai PEMBINA dengan mengunjungi gerai PEMBINA ini.
sumber : pembinakl.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.