Tuesday, 27 October 2009

Pertemuan PA-Israel Lindungi Rancangan Yahudi di Baitul Maqdis


Khamis, 22/10/2009 – Jurucakap Hamas di Khan Younis Hammad Al-Ruqub menyatakan Rabu lalu bahawa penglibatan Pihak Keselamatan Palestin (PA) membuat pertemuan dengan para pegawai Israel secara berterusan telah melindungi agenda yahudisasi Zionis yang kian serius di Baitulmuqadis. Semasa menghadiri simposium yang dijalankan oleh mahasiswa blok HAMAS di Deir Al-Balah, Ruqub mengatakan bahawa agenda Zionis yang dilakukan terhadap Masjid Aqsa dan aktiviti penggalian di bawahnya tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan PA dan segala perancangan ini dirancang melalui pertemuan-pertemuan secara rahsia dan terbuka dengan para pemimpin Israel.

Ruqub menempelak tindakan PA itu dan mendakwa PA tidak berhak berbicara soal bahagian timur dan barat Al-Qudskerana mereka tidak mempunyai dasar dan dalam iman kita hanya ada satu Baitulmuqaddis yang menjadi milik seluruh generasi Muslim.
Beliau juga mendakwa bahawa rakyat Palestin tidak akan berunding dengan sesiapa pun untuk melepaskan segala yang berkaitan dengan Baitulmuqadis ataupun merebut hak mereka. Ruqub melahirkan harapan bahawa perjuangan membebaskan Palestin, diketuai oleh Briged Al-Qassam, yang telah berjaya mengusir Israel daripada Jalur Gaza oleh kasih kurnia Allah, akan dapat sekali lagi mengusir rejim itu dari Baitulmuqadis dan seluruh wilayah Palestin.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.