Wednesday, 28 October 2009

Faktor Kegemilangan & Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah


Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah


  • Kestabilan politik

- Memberi perhatian serius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak

  • Dasar politik kerajaan abbasiyah

- Memberi layanan yang adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa & keturunan

- Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar

  • Kedudukan Baghdad yang strategik

- Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur & barat

- Menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat

  • Perpaduan antara kaum

- Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti bangsa Turki, Parsi & Arab

- Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran negara

- Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan Islam. Mereka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing

  • Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat

- Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam

- Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea & hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat



Faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah


  • Kelemahan pemerintah

- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan

- Beliau hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara

- Saudara Al-Wasiq iaitu Al-Mutawakkil mengmbil alih pemerintahan & cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki & parsi

- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

  • Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah

- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas

- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi

- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan & pengaruh sendiri

- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa Abbasiyah

  • Perebutan kuasa

- Putera-putera Al-Mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan Abbasiyah

  • Kegawatan ekonomi

- Rusuhan & pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan Abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah

- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan

  • Perselisihan aliran fahaman keagamaan

- Pemberontak dari golongan syiah & khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan Abbasiyah

- Mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja

- Keadaan ini mengganggu keamanan negara

  • Serangan dari luar

- Kerajaan abbasiyah di akhir zaman pemerintahan diserang oleh musuh-musuh dari utara ( Gorgia & Arminia ), barat ( tentera salib ) dan timur ( kerajaan Monggol )

- Banyak kawasan-kawasan Islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini

- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah

- Pusat pentadbiran di Baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut & ramai pejuang-pejuang Islam yang terkorban

21 comments:

  1. terima kasih...nota yg ringkas dan padat!
    mudah untuk dijadikan panduan last minute~ :)

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya pasal jabatan hajib di zaman abbasyyah boleh? anda tahu tak mengenainya?

    ReplyDelete
  3. perlu penjelasan lebih

    ReplyDelete
  4. trima kasih di atas perkongsian..akhirnya dpt siapkan pembentangan tentang kerajaan abbasiyah

    ReplyDelete
  5. Ilmu sains dan ilmu agama tidak seharusnya terpisah bagi menjamin kebahagiaan & kejayaan

    ReplyDelete
  6. nota yang ringkas...tapi senang nak fham...terima kasih..:)

    ReplyDelete
  7. wahhhhhhhh,,,,,time kaseh la,,,,, sangat banyak membantu saye..........

    ReplyDelete
  8. saya yang comel5 July 2012 at 10:22

    banyak membantu,semoga panjang umur murah rezeki

    ReplyDelete
  9. thanks.,. saya dapat mngerjakan tugas dengan mudah dan hasilnya alhmdulillah memuaskan,,.

    ReplyDelete
  10. thanks a lot..bnyak membantu..terbaikk..

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum tuan... minta penjelasan, kerajaan rustamiyah dibawah abasiyyah kan? boleh kongsi maklumat berkenaan kerjaan rustamiyah x? mohon perkongsian ya tuan. syukran

    ReplyDelete
  12. terima kasih siap jugak assigment :)

    ReplyDelete
  13. assalam.. boleh kongsikan esei penuh tentang kegemilangan kerajaan Abbasiyyah? sebab huraian di atas terlalu ringkas. terima kasih

    ReplyDelete
  14. boleh kongsikan lebih lagi tentang kemerosotan kerajaan abbasiyyah tentang serangan daripada luar.. saya mahukan lebih info

    ReplyDelete

Komen anda amat dialu-alukan.