Pengajaran Perang Badar
1. Surah Al-Anbiya’ : 73-76
Sabar menjadi tema ayat ini sama dgn surah Kahfi
Orang yg berkuasa & dipanjangkan usia akan diperlihatkan ketempangan semasa pemerintahan mereka.
Amal soleh adalah kemuncak kepada segala-galanya.
2. Kisah Umayyah Bin Khalaf :
Baik dgn Abdul Rahman bin Auf & berjaya ditawan olehnya
Bilal nampak & menjerit untuk menyerang
Abdul Rahman lepaskan Umayyah & Bilal bunuh
Riwayat lain Abdul Rahman baring atas Umayyah. Sahabat sepak & nak bunuh jugak Umayyah
3. Peperangan yg tidak disangka :
Asalnya menyerang kafilah dagang Abu Sufian
Tapi Allah mengangkat dgn peperangan walaupun dalam keadaan serba kekurangan
4. Jihad adalah yg paling utama :
Allah janjikan antara 2 kafilah. Sama ada kafilah Abu Jahal @ Abu Sufian
5. Mesyuarat / syura:
Utama adalah Quran & Sunnah
Mesyuarat tak membatalkan Quran & Sunnah
Tak semua perkara perlukan perbincangan
Jihad adalah sesuatu perkara yg pasti tapi syura sama ada jihad skg @ ditangguhkan
Syura mulzim-mesti amik & ikut hasil keputusan yg telah disepakati
Syura mulim-Ketua ada hak untuk pinda keputusan
6. Siasah syar’iyah :
Nabi ronda. Perlu tahu kekuatan musuh. Muslimin hari nie patut tahu juga kelemahan musuh
Strategi peperangan yg sesuai. Menguasai sumber air
Khabab bin Munzir beradab. ‘Ini adalah wahyu @ pandangan peribadi’. Nabi jawab ‘Ini adalah pandanganku’
7. Nabi bersungguh-sungguh berdoa pada malam sebelum perang :
‘Lepas nie kita akan lihat kehancuran kaum penceroboh’
Saidina Abu Bakar berkata : ‘Allah akan melaksanakan apa yg dijanjikannya’
Perkara yg paling penting ubudiah. Nabi mahu mengajar umatnya untuk bergantung harap hanya kepada Allah
8. Turunnya malaikat :
Ada yg kata malaikat datang dalam bentuk ma’nawi
Muhd Said Ramadhan Al-Buti mengatakan memang malaikat betul2 turun
Nabi bercakap dgn sahabat yg telah syahid. Cukup kita beriman peristiwa ini
9. Ijtihad :
Bila nabi salah ijtihad Quran akan tegur
Tapi bila betul ia memang datang dari Allah
Al-Quran memaafkan nabi
10. Rahmat kasih sayang Allah : Hikmah Ilahi
Ali Salabi-Ada sahabat yg duduk di masjid & mengharapkan bantuan (Ahli Sufah). Antaranya Salman Al-Farisi & Abu Zar Al-Ghifari. Menunjukkan betapa susahnya sahabat ketika itu
Ghanimah selepas peperangan yg membantu kehidupan
Sahabat berebut ghanimah. Turun ayat Surah Al-Anfal. Tapi hanya ayat 1 sentuh perkara ini
Mengganti balik harta kaum muhajirin yg ada di Mekah
Doa nabi untuk Muhajirin : ‘Mereka ini berkaki ayam maka berilah kasut kepada mereka, mereka ini tidak berpakaian maka berikanlah kepada mereka pakaian, mereka ini lapar maka berilah kepada mereka makan’
Q&A
1. Terangkan dgn lebih mendalam antara syura mulzim & mulim :
Perundangan Islam pada hari ini lebih kepada syura mulzim
Syura mulim tak berlaku skg kerana umat Islam tiada khalifah
Contoh pada zaman Umar Abdul Aziz. Kekuatan khalifah memainkan peranan dalam hal ini
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.