Sudah genap setahun aku accident. Masih ingat kejadian yg menimpaku setelah pulang dari melaksanakan rutin mingguan. Ada sahabat berkata ‘Kalau mati malam accident tue, kira mati syahid akhi.’ Tapi bukan itu yg ditetapkan untukku sejak azali lagi. Kejadian berlaku 30 Januari 2008 pukul 11.55 malam, seminggu sebelum cuti Tahun Baru Cina.
Aku dalam perjalanan pulang ke kediaman dgn motosikal melalui MRR2 melalui lorong paling kiri. Dengan tidak semena-mena ada sebuah motosikal dari lorong tengah menghimpit untuk masuk ke lorongku selepas susur masuk di Sri Gombak. Dia terus menghimpit sehinggakan aku tak dapat mengelak lagi. Kalau aku ke kiri aku akan jatuh ke bawah, jalan Sg Chincin. Maka tiada pilihan selain melanggar mamat yg himpit aku tue. Itulah perlanggaran pertama dalam hidupku.
Motor yg aku naiki tidak dapat dikawal & aku terjatuh ke sebelah kiri. Paling tragis, mukaku dahulu yg sujud menyembah bumi. Visor topi keledar terbuka & aku dapat merasakan jalan yg dingin menghiris muka. Bahagian atas bibir cedera teruk, berlubang sepanjang 2 sentimeter. Aku bingkas bangun selepas perlanggaran itu & terus sms kawan-kawanku. Mereka kehairanan & seperti tidak percaya apa yg berlaku. Yala, aku yg sms.
Aku duduk di bahu jalan. Pemuda yg aku langgar itu sedikit cuak. Dia membantu mengangkat motosikal ke tepi. Aku meraba hidung sebelah kiri & atas bibir. Ternyata isinya sudah tiada. Mungkin tersangkut atas jalan semasa aku terseret tadi. Aku dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan setengah jam kemudian.
X-ray menunjukkan tiada kecederaan pada bahagian tengkorak. Hanya bahagian bibir & hidung kiri yg cedera teruk. Aku melalui pembedahan kecil di unit kecemasan dgn menerima 12 jahitan. Itulah kecelakaan kali kedua dalam masa 2 bulan selepas retak tulang fibula kaki kiri 23 ramadhan 1428 H.
Pergerakanku terbatas & tak mampu ke satu-satu tempat dengan kerap. Contohnya ke bilik air. Dalam sehari mungkin hanya 2-3 kali. Oleh kerana itu, ia memaksa aku menjaga wudukku. Kadang-kadang wuduk solat subuh dapat aku gunakan pada solat zohor. Asar, maghrib & Isya’ hanya 1 wuduk. Ternyata tabiat itu melekat kepadaku sehingga ke hari ini. Dalam sehari aku hanya mengambil 2-3 kali wuduk untuk 5 waktu solat. Hikmah accident kurnia dari Ilahi.
Akhir kata gunakan topi keledar dgn pengesahan Sirim untuk keselamatan anda. Tunggang dengan cermat, ingatlah orang tersayang.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.