Friday, 6 February 2009

Bagaimana Aku Memandang Manusia

Boleh jadi sesuatu pandangan bermula dari mata, boleh jadi juga bermula dari lidah. Kedua-dua perkara ini mempunyai dimensi yg berbeza. Kadang-kadang pandangan disebut sebagai persepsi. Manusia hanya dapat menilai & dinilai berdasarkan kelakuan, sikap luaran sahaja. Adapun kita menyerahkan segala yg ada di dalam hati kepada Allah Taala. Aku sebagai manusia juga memandang orang lain dengan pandangan luaran. Apa yg difikirkannya di luar batasan kemampuan ilmu yg aku miliki.

Banyak perkara yg berlaku setiap hari. Masalah juga silih berganti bertandang dalam hidup. Setiap orang dgn masalah yg tersendiri. Aku juga mempunyai masalah. Aku mengklasifikasikan masalah kepada 2. Masalah dgn diri sendiri & masalah dgn orang lain. Masalah dgn diri sendiri berkaitan sikap, cara fikir & tindakan. Pada ukuran kebiasaan, masalah dgn diri sendiri dapat diselesaikan beransur-ansur asalkan punya keazaman yg kuat untuk berubah.

Namun agak sukar padaku untuk menyelesaikan masalah dgn orang lain. Banyak faktor yg mempengaruhi. Sikap, cara fikir & kemampuan memahami sesuatu perkara pada kadar berbeza membuatkan masalah yg dihadapi bertambah susah diselesaikan. Apatah lagi bila melibatkan egoistik masing-masing yg menebal. Lagi la susah.

Interaksi sesama manusia juga berbeza daripada seseorang kepada seseorang yg lain. Bukan semua org suka kalau kita tepuk kepala dia. Tak semua orang boleh terima lawak bodoh & loyar buruk kita. Bukan semua orang boleh terima bila ada orang ketiga @ keempat datang mendengar perbualan mereka. Tambah pulak yg datang tue cuma nak tadah telinga. Sibuk nak ambil tahu apa yg orang lain bualkan. Bukan semua orang boleh menerima cara kita & tak semua orang boleh dilayan dengan cara yg serupa.

Aku memandang manusia pada tahap yg serupa selagi mana dibuktikan sebaliknya, bukan dikatakan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.