Wednesday 6 August 2008

Perairan Adalah Hak Palestin

Rabu, 06/08/2008 -MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular bagi pengepungan telah memberitahu BBC bahawa pelayaran kapal anti pengepungan yang datang dari Cyprus melalui perairan Palestin adalah merupakan hak Palestin dan tiada siapa pun berhak itu untuk menghalang kapal yang membawa keamananan itu.

Perkara ini hadir sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat jurucakap oleh kementerian Luar Israel, Ofir Gendelman Selasa lalu kepada BBC di mana beliau berkata Israel tidak akan membenarkan laluan kapal tersebut sambil menuduh perjanjian dan undang-undang antarabangsa Oslo mengharamkan kapal-kapal yang tidak dikehendaki untuk mengharungi perairan Israel.

MP Khudari menekankan sokongan antarabangsa seumpama itu meningkatkan harapan penduduk Palestin bahawa bertambahnya simpati secara kualitatif terhadap pengepungan Israel yang zalim ini.

Sumber : palestinkini.info

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.