Seramai 70 orang peserta yang dijemput secara khusus telah hadir di forum tertutup yang diadakan di Puri Pujangga, UKM. Forum telah berjalan dengan lancar selama hampir tiga jam tanpa sebarang gangguan dengan kebijaksanaan saudara Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agong ISMA yang telah memainkan peranan yang baik sebagai moderator forum.
Beberapa isu telah dibangkitkan oleh peserta sepanjang forum dan dikupas oleh semua ahli panel. Di antaranya adalah tentang isu kematangan masyarakat Malaysia dan pemimpin politik tanahair berbanding dengan negara-negara jiran, sejarah usaha-usaha ke arah kerjasama UMNO-PAS yang pernah dilakukan sebelum ini, ancaman dari pertikaian kontrak sosial oleh bangsa lain, tawaran-tawaran UMNO dan pilihan-pilihan yang ada pada PAS dan sebagainya. Presiden ISMA juga telah mengulangi pendirian ISMA tentang muzakarah antara UMNO dan PAS ini ketika sesi penggulungan.
Forum-forum seumpama ini akan terus dianjurkan dari masa ke semasa oleh ISMA untuk menyuburkan budaya berbincang yang sihat dan memberikan pendedahan kepada semua ahli ISMA tentang perkembangan terkini yang berlaku di tanahair.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.