Sungguh ku tak sangka hari ini adalah hari Khamis. Dan hari ini aku ada exam Bahasa Melayu. Rasanya mataku tak menipu. Pukul 9 pagi. Lalu aku mengatur langkah menuju ke dewan peperiksaan. Sesampainya di sana aku ketemu dengan seorang rakan. “ Exam apa hari ini ?, ” kawanku bertanya. “ BM, ” aku menjawab ringkas. Dengan muka yang sedikit kehairanan dia membalas, “ BM bukan petang nie ke ?. ” Tanpa banyak bicara aku terus mengeluarkan slip exam dari beg galas. Ternyata berasas kehairanan kawanku itu. Memang petang nie pun. Tapi entah mengapa aku ternampak seperti pagi ini.
Apa lagi. Dah exam petang boleh la study lagi. Aku lantas menuju ke perpustakaan untuk itu. Tapi apa2 hal kita blogging dulu. Di kesempatan yang ada ini aku mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada semua yang masih ada paper. Pesan pada diriku & yang lain buatlah yang terbaik.
“ Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon ampun atas segala salah & silap kami. Sesungguhnya engkau Tuhan yang Maha Pengampun. Ampunkan dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru yang banyak berjasa kepada kami, teman2 & seluruh umat Islam sama ada yg masih hidup mahupun yg telah mati. Mudahkanlah urusan seharian kami, lapangkanlah dada & luaskan rezeki kami. Moga dapat kami melalui liku-liku hidup di dunia yg fana. Teguhkan iman kami & tetapkan pendirian kami atas agamamu ya Allah. Amin ya rabbal ‘alamin. ”
Kucing pun berdoa. Kenapa manusia gong sgt pada Penciptanya ?...
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.