Thursday 29 January 2009

Gerakkan Isu Palestin Di Tempat Anda

Saudara Jaini menerima sumbangan daripada pihak Madrasah Rahmaniah

Baru-baru ini diadakan ceramah isu semasa Gaza di Madrasah Rahmaniah, kerjasama antara ISMA, PEMBINA & Madrasah Rahmaniah. Ceramah disampaikan oleh Saudara Jaini daripada ISMA. Slide demi slide yg dipaparkan bersama video memaparkan betapa keganasan Israel di Gaza di luar batas kemanusiaan. Setelah penjajahan yg dilakukan, Israel kini tanpa segan silu melancarkan serangan.

Ambil contoh begini. Kita punya sebidang tanah kebun. Tuan tanah di sebelah, jiran kita ada bela beberapa ekor kambing. Bagaimana jika kambing-kambing itu masuk ke kebun kita & makan anak pokok yg baru ditanam ?. Sudah tentu kita berasa marah bukan ?. Mungkin kita akan menyerang tuan tanah sebelah dengan golok di tangan. Bagaimana pula kalau tuan tanah sebelah alihkan batu perenggan & claim tanah yg sebenarnya hak kita adalah milik dia ?. Bisa bikin perang riuh satu kampung kan ?. Boleh melarat sampai anak cucu.

Anda boleh menyumbang untuk Palestin dengan menggerakkan isu tersebut di tempat anda. Aman Palestin sebagai sebuah badan yg berautoriti sedia memenuhi undangan bagi menyampaikan ceramah, mengadakan pameran & jualan berkaitan Palestin. Apa yg telah kita sumbangkan untuk agama hari ini ?.

P/S : No Tel Aman Palestin 03-8926 7019

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.