Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu, Pembina Petaling Jaya ( PJ ) dgn kerjasama Pembina Gombak telah mengadakan perkhemahan belia di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) mengambil masa 30 minit dari tol Gombak. Untuk pengetahuan semua, Hutan Lipur Lentang terletak dalam kawasan rehat Lentang, LPT.
Perkhemahan kali ini dihadiri seramai 26 orang masing-masing 3 dari UM, UIA PJ 14 & 9 mewakili UIA Gombak. Peserta berkumpul di Hentian Gombak arah Timur pada waktu Asar. Selesai menunaikan solat perjalanan diteruskan ke destinasi. Sebanyak 6 buah kenderaan digunakan. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membina khemah & memasak untuk makan malam. Agak mencabar memasak menggunakan kayu api. Ada antara kumpulan yang dapat menjamah makanan selepas solat Isya’. Waktu yang terluang digunakan untuk mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat.
Sebelum tidur kem komandan menyediakan jadual sentri. Sememangnya aktiviti ini menguji keberanian sesiapa sahaja memandangkan hanya terdapat unggun api & lampu suluh sebagai sumber cahaya. Tiada sumber dari lampu jalan @ lain-lain. Ia menguji ketahanan peserta selepas melepasi ujian pertama, memasak.
Solat subuh berjamaah pada pagi sabtu. Kemudian bersarapan, roti & kaya. Aktiviti air menghiasi pagi sehingga kami didatangi renjer bertanyakan jungle tracking. Sebetulnya jungle tracking dijadualkan selepas zohor, sekitar jam 2. Namun atas masalah komunikasi ia terpaksa diawalkan ke jam 11 pagi. Petang itu peserta berbincang dalam kumpulan mengenai persembahan pada sebelah malam, Malam Kesenian.
Sebelum maghrib menjelang kami memanggang ayam, BBQ. Ayam & bahan-bahan lain dibeli di Bukit Tinggi. Selesai solat maghrib berjemaah, tazkirah memenuhi agenda. Keenakan ayam sudah menguasai persekitaran. Baunya memenuhi ruang udara. Kemudian makan malam. Cuma nasi yg dimasak agak lembik. Malam itu agak zuhud. Nasi & ayam berkuahkan sos cili. Dalam hutan kan. Lampu pun tiada. Makan bertemankan lampu suluh sambil mengomel bersama rakan sebelah.
Akhirnya Malam Kesenian pun tiba. Setiap kumpulan mempamerkan kreativiti masing-masing. Ada yg bernasyid & berlakon. Ada juga yg mendeklamasikan sajak. Malam semakin larut & kem komandan sekali lagi membahagikan tugas sentri. Esok menanti dengan aktiviti yg agak memenatkan. Aktiviti air diteruskan pada pagi Ahad.
Acara tutup kampong dimulakan dengan meruntuhkan khemah & membersihkan kawasan sekeliling. Disusuli pula dengan acara penutup, penyampaian hadiah & pembahagian kenderaan. Secara keseluruhan perkhemahan berjalan dengan baik & dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.