Memang seronok ke kenduri kahwin. Di samping makan free, boleh jumpa kawan. Kadang-kadang ada yg tak berjumpa semenjak tinggalkan sekolah, lepas SPM. Sambil tanya khabar & kehidupan semasa, ada yg ambil kesempatan. Cari jodoh kat kenduri kahwin. Makan nasik minyak lagi kita !. Maklumla kan. Bila tengah berborak, sedikit demi sedikit kenangan alam persekolahan disingkap. Pastu mula la ungkit kisah cinta monyet masing-masing. Cinta yg dulunya pudar kembali mekar. Jiwang-jiwang. Kita tengah baca novel cinta ke ?.
Pada saya, walimah bukan sekadar memenuhi undangan & get together. Bahkan ia lebih dari itu. Benar, ia lebih daripada makan 2 pinggan nasik & semangkuk laksa. Teringat saya akan walimah Firdaus & Idris yg diadakan pada hari yg sama, 24 Mei. Saya punya misi mustahak pada hari itu. Saya telah berjanji dengan seorang kenalan yg sedang melanjutkan pelajaran di Melaka untuk bertemu di walimah tersebut. Dengan keizinan Ilahi, maka kami bertentang mata untuk kesekian kalinya. Dia datang dengan diiringi 2 orang rakan.
Misi saya pada hari itu, temukan rakan saya dengan PEMBINA Melaka. Lokasi, walimah Firdaus & Idris. Kami berbual-bual ketika di walimah Firdaus & misi terlaksana di walimah Idris. Mission accomplished. Semalam walimah M. Saya juga mahu mengaturkan hal yg sama tapi dalam keadaan yg berbeza. Kali ini, rakan yg dulunya saya temukan dengan PEMBINA Melaka dijangka akan membawa beberapa rakannya yg lain & dalam usaha memperkenalkan PEMBINA ditempatnya. Hmmm…dalam masa 8 bulan 27 hari dia dah boleh ajak orang datang kenduri ?. Hahahaha
Ternyata perkembangan pesat ini membakar semangat saya untuk terus menabur bakti kepada PEMBINA. Rakan yg dulunya mat romeo & kaki jamming sudah boleh melakukan sesuatu untuk masyarakat setempat. Satu peningkatan yg memberansangkan. Pada saya walimah bukan sekadar memenuhi undangan & bergelak ketawa bersama rakan. Anda bagaimana ?.
amat kenal orang yang di maksudkan.. haha..
ReplyDeletebila lagi ni? hehe.
ReplyDeletesedikit dialog ringkas.
alone : andakah orang itu? haha.
zaid : eh.. xde2. saya bakal je.
alone : oo..
huh. awat tibe psl ni pula? ana maksudkan, ana kenal org yg 8bulan beberapa hari msk kenal dakwah itu...
ReplyDeletenasrul2.. jauh fikir tuh..~
hehe.
ReplyDeleteMaaf.blog nie bukan medan serangan peribadi. Minta kerjasama hormati hak pengunjung lain..
ReplyDeletehuh. kan nasrul dh kene.. usamah, jgn berkias sgt. ana mane fhm mende2 kias ni. ckp direct ja, sng d fahami dan ringkas.
ReplyDeleteuh. =D
ReplyDelete