Idea menggabungkan nama 2 khalifah Islam yang masyhur iaitu Umar Abdul Aziz & Harun Ar-Rashid timbul daripada Adnan Oktar yang menggunakan Harun Yahya sbg nama penanya, gabungan nama Nabi Harun & Nabi Yahya
Sempena bulan ramadhan, mari sama-sama kita tingkatkan iman & membina ketaqwaan kepada Allah Tuhan sekalian alam. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai program ihya’ ramadhan. Baca-bacalah & selamat beramal !!.
Sahur setiap hari walaupun seteguk air
Qiamullail setiap malam sekurang-kurangnya 2 rakaat
Membaca al-ma’thurat pagi & petang
Tilawah Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali khatam
Solat tarawih berjemaah di surau @ masjid
Menyediakan juadah berbuka untuk orang lain
Mewujudkan kumpulan tadarus Al-Quran di surau / masjid / tempat kerja bersama rakan-rakan @ kenalan
Berkenalan sesama muslim sebanyak mungkin
Mewujudkan program Ihya’ Ramadhan di rumah / tempat kerja / taman perumahan
Membanyakkan amalan sunat seperti solat sunat, zikir & sebagainya
Iktikaf pada 10 malam terakhir
Semoga kita akan termasuk dari kalangan mereka yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W : “ Barangsiapa yang menghidupkan ramadhan dengan penuh keimanan & mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, diampunkan dosanya yang telah lalu ” ( Riwayat Bukhari )
“ Sesiapa yang bangun malam bersembahyang pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan & mengharapkan keredhaan Allah, diampunkan dosanya yang telah lalu. ” ( Riwayat Bukhari )
Daripada Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan & amalan dusta, maka Allah tidak mempunyai sebarang keperluan dia meninggalkan makan & minum. ” ( Riwayat Bukhari )
Daripada Ibnu Abbas r.a : “ Jibril a.s bertemu Rasulullah s.a.w setiap malam pada bulan Ramadhan & bertadarus Al-Quran bersama baginda. ” ( Riwayat Bukhari )
“ Rasanya apa tema yang sesuai untuk kembara kita kali ini ?, ” tanya Aizat kepada Dharma. Mata Aizat tepat memandang Dharma, mengharapkan jawapan. Dharma menyedari renungan tajam sahabatnya itu mengalihkan pandangan ke tempat lain. “ Kembara dulu kita banyak main bola. Kali ni kita buat benda lain pulak, ” kata Dharma. “ Hmmm, betul jugak tu. Kalau asyik main bola, jadi Kembara Bola la jawabnya. Macam mana kalau ukhuwah jadi tema kita. Mungkin kita boleh buat program supaya dapat menambahkan lagi kemanisan ukhuwah antara kita ?, ” Aizat melontarkan idea dari minda. Keningnya diangkat sambil memandang Dharma. Mungkin tercetus perasaan riak dalam hati Aizat dengan idea itu ?. Wallahua’lam, hanya Allah yang Maha Tahu.
“ Boleh jugak. Tapi kena detailkan tema dgn objektif. Bila ada objektif, aktiviti kita akan lebih terarah & boleh dinilai, ” Dharma bersuara. Mereka pun berbincang dengan lebih lanjut mengenai kembara yang bakal diadakan nanti. Selang beberapa ketika Fikri datang sambil bibirnya menguntum senyuman manis. Biasa la kan, dah datang lambat kena buat baik. Tanpa ditanya Fikri menjelaskan “ Ada kelas ganti tadi. Lambat sket. Jangan marah ye. ” Dharma menokok, “ Pokmu ni, rajin sungguh ngaji. Male pun ade kelah gok. ” Tak dinafikan Dharma adalah anak jati Kelantan. Maka loghat Kelantan sudah sebati dengan jiwanya, tak dapat dipisahkan.
Fikri terseringai menampakkan giginya yang tersusun rapi. “ Dah sampai mana bincang tadi ?. Elok kalau kita abehkan cepat perbincangan nie. Ada assignment yg perlu disiapkan. Maaf la ye, student medic memang sibuk. Ini ja masa yang dapat diluangkan, ” kata Fikri. Beberapa kali dia melihat jam yang dipakai di tangan kiri. “ Kami faham kesibukan anta. Alhamdulillah dapat luangkan masa. Itu membuktikan kesungguhan & komitmen anta, ” tambah Aizat. Dharma menganggukkan kepala tanda bersetuju. Setuju sokmo die, haha.
Perbincangan memakan masa hampir 45 minit. Setelah bersalaman & mengucapkan selamat antara satu sama lain, mereka pulang ke bilik masing-masing. Aizat yang kebetulan tinggal sebilik dengan Fikri berjalan seiringan menuju tempat yang sama. “ Ana tengok anta makin sibuk tapi boleh bahagikan masa antara study & aktiviti kita. Macam mana anta buat ?, ” Tanya Aizat kepada Fikri. “ Hmmm.. Susah nak jawab. Ana hanya insan biasa yang dikurniakan Allah ni’mat yang sama seperti anta. Cumaa… ” “Cuma apa ?. ” Aizat memotong percakapan Fikri. Ada nada ingin tahu yang memuncak di situ. “ Anta ni, sabar la sikit. Ana tak abeh cakap lagi dah potong, ” kata Fikri menasihatkan Aizat. “ Okay2, ” kata Aizat mengalah.
“ Ana pun tak sehebat yang anta sangkakan. Kadang-kadang ada benda yang ana tak dapat buat. Setiap hari ana akan sediakan satu to do list. Kat situ ana akan tulis semua perkara yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Setiap hari macam tu. Jadi ana dapat minimakan peratus lupa !!. ” terang Fikri dengan panjang lebar & bersemangat. Aizat menggosok-gosok dagunya yang runcing. Gayanya seperti sedang memikirkan sesuatu. “ Macam tu ja ?, ” tanya Aizat inginkan kepastian. “ Ha’a, yang penting jangan wat list ja setiap hari tapi tak buat pun. ”
Mereka berhenti seketika di kiosk berhampiran membeli kordial perisa buah-buahan buat penghilang dahaga di bilik nanti. Bertambah meriah kalau disertakan dengan roti berintikan strawberi, haha. Apa lagi, roti juga dibeli & sesuatu yang tidak diduga akan berlaku di bilik. Apakah ia ?. Nantikan kemunculan mereka dalam episod akan datang.