Ada beberapa soalan yang tidak
sempat saya jawab semasa memenuhi undangan sebagai panelis Café Cinta Pembina
Pulau Pinang baru-baru ini. Sudah saya tekankan beberapa kali dalam forum
bahawa Islam telah menyediakan garis panduan & ruang lingkup cinta. Maka
bertindaklah dalam ruang itu sebaiknya. Keadaan ini saling tak ubah seperti
permainan bola sepak. Bola dimainkan dalam garisan putih. Apabila keluar bola
mesti dikembalikan dalam garisan putih supaya permainan dapat diteruskan.
Begitulah cinta. Islam meraikan
fitrah namun dengan batas-batas yang perlu dijaga. Ianya sebagai mana yang
termaktub dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 : “ Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia perbuatan keji & jalan
yang salah. ” Ayat ini menyatakan dengan jelas apakah sempadan dalam cinta.
Maka apakah dibolehkan berdua-duaan walaupun di perpustakaan & café ?.
Apakah boleh berbalas-balas sms sambil tersenyum sendirian ?. Biarlah iman
menjadi benteng akal & jiwa. Bukan nafsu yang meraja.
Salah satu soalan berbunyi : “ Saya
suka pada seseorang. Apa yang harus saya lakukan ?. ” Tidak ada jawapan khusus
apabila berbicara mengenai cinta. 10 soalan matematik memerlukan satu atau dua
formula. Akan tetapi cinta memerlukan 10 formula untuk 10 permasalahannya. Saya
memulakan jawapan dengan memberi makna pada suka & cinta. Suka atau
suka-suka hanyalah lintasan perasaan yang lahir apabila melihat sesuatu yg indah,
megah & diminatinya. Ia akan berlalu seperti angin bertiup. Manakala cinta
pula lazimnya hadir dengan perasaan yang mendalam terhadap sesuatu. Cinta tidak
datang bersendirian. Ia bertandang bersama tanggungjawab & pengorbanan.
“ Sebab itu apabila seorang lelaki
meluahkan perasaan cinta pada anda, check
dulu sama ada dia suka atau cinta. Ada empat cara yang boleh kita gunakan dalam
menentukan cinta. Ianya tidak muktamad. Hanya sebagai panduan. Pertama, minta
dia jumpa mak ayah kita. Bila dia teragak-agak atau tak berani, itu menandakan
dia hanya main-main. Kedua, perasaan itu dinyatakan atas sebab perkahwinan.
Bukan alasan-alasan lain yang menjurus kepada zina. Apabila perkahwinan yang
menjadi matlamat, akan lahir rasa bertanggungjawab & sanggup berkorban.
Zaman sekarang banyak pakai duit bila nak kahwin. Sebab itulah akan pengorbanan
dituntut. Perlu korbankan rasa nak beli motor baru, kereta idaman.
Kadang-kadang terpaksa ikat perut sebab nak capai target. ”
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.