Wednesday 6 January 2010

Hayya !!


Di suatu masjid,lebih kurang jam 12.30 tghari.

“Assalamu’alaikum,pakcik..Pakcik AJK masjid ke?”

“Wa’alaikumussalam..Bukan,nak..kenapa?”

“Saya nak minta kebenaran daripada pihak pengurusan masjid,untuk tampal poster/iklan program untuk remaja..Mana boleh saya cari AJK masjid?”

“Ohh..pakcik ada kenal..Kejap ye,pakcik bawa kan kamu pada dia”

“Assalamu’alaikum,pakcik..pakcik AJK masjid?”

“Wa’alaikumussalam,ye..Ada apa?”

“Saya nak mohon kebenaran pakcik untuk tampal iklan program untuk remaja di papan kenyataan masjid..boleh?”

“Boleh..tapi,program apa?”

“program untuk budak2 lepasan SPM,Kem Lepasan SPM 2009..anjuran Persatuan Belia Islam Nasional”

“Owh!Belia Islam?!..boleh2..silakan..bila program tu?

“25,26 dan 27 disember ni..di kawasan sini ramai remaja?”

“boleh la tahan..insyaAllah ramai akan ‘join’..belia Islam ye..(sambil melihat pada logo PEMBINA)..

“ye,pakcik..ok,pakcik..saya minta diri dulu..terima kasih banyak ye pakcik..Assalamua’alaikum..

“yelah..sama2..wa’alaikumussalam..”

saya melangkah sambil bertawakkal,moga ramai adik-adik yang akan turut serta..

*********

Dialog yang hampir sama di 10 masjid yang saya kunjungi.

Ya! pakcik-pakcik ini tampak bersemangat dan menyokong tatkala nama BELIA ISLAM diutarakan.Mungkin kerana mereka sedar remaja kini memerlukan bimbingan yang sepatutnya..atau mungkin juga terkejut+bersemangat kerana tidak menyangka masih ada lagi kumpulan remaja atau remaja-remaja yang berkesedaran dan mahu membimbing rakan-rakan mereka kembali ke Jalan Lurus..

Who knows?..Allahu a’lam..

“Setiap kebangkitan atau kejayaan sesebuah bangsa itu ada pasaknya.Dan setiap pasak/asas itu ada senjata rahsianya.dan Remaja atau Pemuda adalah senjata rahsia tersebut”..

lebih kurang begitulah tulisan ustaz Hasan al-Banna..

Relevan?erm..cukup relevan rasanya..(ada yang rasa tidak?)..

ringkasnya :
1)senjata rosak = pemuda rosak/tersasar = bangsa binasa !
2)senjata mantap = pemuda beriman* = bangsa berjaya !

*pengaruh iman dalam diri seseorang cukup hebat untuk memusnahkan angkatan tentera Amerika sekarang;fikiran,tubuh badan;rohani,jasmani;akademik,ko-kurikulum.

Wahai angkatan pemuda, Sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan yang terdahulu dari kamu yang diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan di ruang matahati kamu akan firman Allah (Al-Imran:173):

Mereka berkata kepadanya: sesungguhnya orang ramai telah pun mengumpulkan tenaga terhadap kamu, hendaklah kamu merasa takut kepada mereka itu, tetapi mereka ini menjadi bertambah kuat imannya. Lalu mereka berkata memadailah Allah itu untuk kami dan Dialah sebaik-baik pengawal.

Tetapi masalahnya,yang kelihatan kuat dan bersemangatnya adalah si tua.. mana pergi si muda??

Hayya!


sumber : pembinauiapj.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.