Tuesday, 11 December 2012

Cafe Cinta


            


           Ada beberapa soalan yang tidak sempat saya jawab semasa memenuhi undangan sebagai panelis Café Cinta Pembina Pulau Pinang baru-baru ini. Sudah saya tekankan beberapa kali dalam forum bahawa Islam telah menyediakan garis panduan & ruang lingkup cinta. Maka bertindaklah dalam ruang itu sebaiknya. Keadaan ini saling tak ubah seperti permainan bola sepak. Bola dimainkan dalam garisan putih. Apabila keluar bola mesti dikembalikan dalam garisan putih supaya permainan dapat diteruskan.

            Begitulah cinta. Islam meraikan fitrah namun dengan batas-batas yang perlu dijaga. Ianya sebagai mana yang termaktub dalam Surah Al-Isra’ ayat 32 : “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia perbuatan keji & jalan yang salah. ” Ayat ini menyatakan dengan jelas apakah sempadan dalam cinta. Maka apakah dibolehkan berdua-duaan walaupun di perpustakaan & café ?. Apakah boleh berbalas-balas sms sambil tersenyum sendirian ?. Biarlah iman menjadi benteng akal & jiwa. Bukan nafsu yang meraja.

            Salah satu soalan berbunyi : “ Saya suka pada seseorang. Apa yang harus saya lakukan ?. ” Tidak ada jawapan khusus apabila berbicara mengenai cinta. 10 soalan matematik memerlukan satu atau dua formula. Akan tetapi cinta memerlukan 10 formula untuk 10 permasalahannya. Saya memulakan jawapan dengan memberi makna pada suka & cinta. Suka atau suka-suka hanyalah lintasan perasaan yang lahir apabila melihat sesuatu yg indah, megah & diminatinya. Ia akan berlalu seperti angin bertiup. Manakala cinta pula lazimnya hadir dengan perasaan yang mendalam terhadap sesuatu. Cinta tidak datang bersendirian. Ia bertandang bersama tanggungjawab & pengorbanan.

            “ Sebab itu apabila seorang lelaki meluahkan perasaan cinta pada anda, check dulu sama ada dia suka atau cinta. Ada empat cara yang boleh kita gunakan dalam menentukan cinta. Ianya tidak muktamad. Hanya sebagai panduan. Pertama, minta dia jumpa mak ayah kita. Bila dia teragak-agak atau tak berani, itu menandakan dia hanya main-main. Kedua, perasaan itu dinyatakan atas sebab perkahwinan. Bukan alasan-alasan lain yang menjurus kepada zina. Apabila perkahwinan yang menjadi matlamat, akan lahir rasa bertanggungjawab & sanggup berkorban. Zaman sekarang banyak pakai duit bila nak kahwin. Sebab itulah akan pengorbanan dituntut. Perlu korbankan rasa nak beli motor baru, kereta idaman. Kadang-kadang terpaksa ikat perut sebab nak capai target. ”