Idea menggabungkan nama 2 khalifah Islam yang masyhur iaitu Umar Abdul Aziz & Harun Ar-Rashid timbul daripada Adnan Oktar yang menggunakan Harun Yahya sbg nama penanya, gabungan nama Nabi Harun & Nabi Yahya
Monday, 26 January 2009
Sunday, 25 January 2009
Pekhemahan Belia PJ & Gombak
Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu, Pembina Petaling Jaya ( PJ ) dgn kerjasama Pembina Gombak telah mengadakan perkhemahan belia di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) mengambil masa 30 minit dari tol Gombak. Untuk pengetahuan semua, Hutan Lipur Lentang terletak dalam kawasan rehat Lentang, LPT.
Perkhemahan kali ini dihadiri seramai 26 orang masing-masing 3 dari UM, UIA PJ 14 & 9 mewakili UIA Gombak. Peserta berkumpul di Hentian Gombak arah Timur pada waktu Asar. Selesai menunaikan solat perjalanan diteruskan ke destinasi. Sebanyak 6 buah kenderaan digunakan. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membina khemah & memasak untuk makan malam. Agak mencabar memasak menggunakan kayu api. Ada antara kumpulan yang dapat menjamah makanan selepas solat Isya’. Waktu yang terluang digunakan untuk mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat.
Sebelum tidur kem komandan menyediakan jadual sentri. Sememangnya aktiviti ini menguji keberanian sesiapa sahaja memandangkan hanya terdapat unggun api & lampu suluh sebagai sumber cahaya. Tiada sumber dari lampu jalan @ lain-lain. Ia menguji ketahanan peserta selepas melepasi ujian pertama, memasak.
Solat subuh berjamaah pada pagi sabtu. Kemudian bersarapan, roti & kaya. Aktiviti air menghiasi pagi sehingga kami didatangi renjer bertanyakan jungle tracking. Sebetulnya jungle tracking dijadualkan selepas zohor, sekitar jam 2. Namun atas masalah komunikasi ia terpaksa diawalkan ke jam 11 pagi. Petang itu peserta berbincang dalam kumpulan mengenai persembahan pada sebelah malam, Malam Kesenian.
Sebelum maghrib menjelang kami memanggang ayam, BBQ. Ayam & bahan-bahan lain dibeli di Bukit Tinggi. Selesai solat maghrib berjemaah, tazkirah memenuhi agenda. Keenakan ayam sudah menguasai persekitaran. Baunya memenuhi ruang udara. Kemudian makan malam. Cuma nasi yg dimasak agak lembik. Malam itu agak zuhud. Nasi & ayam berkuahkan sos cili. Dalam hutan kan. Lampu pun tiada. Makan bertemankan lampu suluh sambil mengomel bersama rakan sebelah.
Akhirnya Malam Kesenian pun tiba. Setiap kumpulan mempamerkan kreativiti masing-masing. Ada yg bernasyid & berlakon. Ada juga yg mendeklamasikan sajak. Malam semakin larut & kem komandan sekali lagi membahagikan tugas sentri. Esok menanti dengan aktiviti yg agak memenatkan. Aktiviti air diteruskan pada pagi Ahad.
Acara tutup kampong dimulakan dengan meruntuhkan khemah & membersihkan kawasan sekeliling. Disusuli pula dengan acara penutup, penyampaian hadiah & pembahagian kenderaan. Secara keseluruhan perkhemahan berjalan dengan baik & dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta.
Thursday, 22 January 2009
Perkhemahan Belia
Insya Allah Pembina akan mengadakan perkhemahan di Lentang 23-25 Januari. Nantikan posting seterusnya selepas ini..
Tuesday, 20 January 2009
Sunday, 18 January 2009
PRK Parlimen Kuala Terengganu : Satu Pandangan
Debaran pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu sudah berakhir. Calon PAS Mohd Abdul Wahid memenanginya dengan majoriti 2631 undi. Beliau memperolehi 32 883 undi manakala Dato’ Wan Ahmad Farid mendapat 30 252 undi. Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi & hilang wang deposit. Undi rosak sebanyak 665.
Adat pertandingan, ada yg menang & ada yg tidak. Tahniah kepada yg menang & teruskan langkah anda dgn bergaya. Kemenangan hanyalah titik mula kepada sebuah lembaran cerita. Kepada yg tidak menang, anda tidak kalah. Cuma belum menang. Izinkan saya menafsirkan keputusan pilihan raya ini dalam bentuk berbeza.
Mohd Abdul Wahid : 32 883 / 51.39 %
Dato’ Farid : 30 252 / 47.27 %
Jumlah : 63 135 / 98.66 %
Sebenarnya undi yg diterima oleh kedua calon ini tidak banyak beza. Calon PAS hanya mendapat lebihan undi sebanyak 4.12 %. Angka itu menyumbang kepada kemenangan. Harakahdaily.net melaporkan Us Nasaruddin sebagai berkata ‘ kemenangan itu membuktikan rakyat Kuala Terengganu kini semakin menerima pimpinan Islam di bawah PAS. ’
Jika kata-kata Us Nasaruddin diambil sebagai ukurun, 51.39 % penduduk Kuala Terengganu menerima pimpinan Islam di bawah PAS. Sudah tentu kenyataan itu dibuat berdasarkan keputusan pilihan raya. Bermakna hanya separuh rakyat Kuala Terengganu menerima & separuh lagi menolak. Jika dinisbahkan kepada gred yg digunapakai di universiti, C adalah yg paling layak. Maka apakah cukup sekadar C yg diperolehi & kita boleh berasa lega ?. Bukanlah niat saya untuk membuat sebarang provokasi. Cuma menilai dari aspek yg berbeza.
Pada pandangan saya kemenangan ini harus diisi dgn gerak kerja yg berterusan supaya rakyat seluruhnya akan memahami Islam dgn lebih baik. Mungkin PAS boleh berasa lega sekiranya mereka memperolehi 65 % undi ke atas yg boleh dikategorikan dalam lingkungan B. Sekiranya pada pilihan raya akan datang peratus undi yg menyokong PAS menurun daripada yg sedia ada, itu membuktikan rakyat masih kurang faham pimpinan Islam yg dibawa.
Firman Allah : ‘ Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan. ’ Ini adalah kunci bagi sesiapa sahaja yg inginkan kejayaan. Sekiranya Umno juga mahukan kemenangan, mereka perlu memenuhi syarat yg disebut dalam firman tadi. Jikalau tidak, kita hanya memperolehi kemenangan yg sementara kerana undi akan berubah bergantung pada isu & waktu sedangkan Islam tidak tertakluk kepada apa2 perubahan. Akhir kata, fahami ole-ole saya di atas & jangan cepat melenting sekiranya saya tidak berada di pihak anda. Fikir-fikirkan…
Saturday, 17 January 2009
Bolivia Sudah, Malaysia Bila Lagi ?..

Jumaat ,16/01/2009 - Hamas mengalu-alukan keputusan kerajaan Bolivia yang diterajui Presiden Evo Morales (gambar) memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah pencerobohan yang kini telah masuk minggu ke tiga di Semenanjung Gaza. Satu sumber dari Hamas menyatakan pada hari Rabu , Bolivia dan Venezuela telah mengambil tindakan yang tepat.
Beliau turut terkejut beberapa negara Arab yang masih mengadakan hubungan dengan Israel walaupun jenayah ganas yang sedang dan telah mereka lakukan kepada penduduk Palestin.
sumber : palestinkini.info
