Idea menggabungkan nama 2 khalifah Islam yang masyhur iaitu Umar Abdul Aziz & Harun Ar-Rashid timbul daripada Adnan Oktar yang menggunakan Harun Yahya sbg nama penanya, gabungan nama Nabi Harun & Nabi Yahya
Khamis, 22/10/2009 – Jurucakap Hamas di Khan Younis Hammad Al-Ruqub menyatakan Rabu lalu bahawa penglibatan Pihak Keselamatan Palestin (PA) membuat pertemuan dengan para pegawai Israel secara berterusan telah melindungi agenda yahudisasi Zionis yang kian serius di Baitulmuqadis. Semasa menghadiri simposium yang dijalankan oleh mahasiswa blok HAMAS di Deir Al-Balah, Ruqub mengatakan bahawa agenda Zionis yang dilakukan terhadap Masjid Aqsa dan aktiviti penggalian di bawahnya tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan PA dan segala perancangan ini dirancang melalui pertemuan-pertemuan secara rahsia dan terbuka dengan para pemimpin Israel.
Ruqub menempelak tindakan PA itu dan mendakwa PA tidak berhak berbicara soal bahagian timur dan barat Al-Qudskerana mereka tidak mempunyai dasar dan dalam iman kita hanya ada satu Baitulmuqaddis yang menjadi milik seluruh generasi Muslim. Beliau juga mendakwa bahawa rakyat Palestin tidak akan berunding dengan sesiapa pun untuk melepaskan segala yang berkaitan dengan Baitulmuqadis ataupun merebut hak mereka. Ruqub melahirkan harapan bahawa perjuangan membebaskan Palestin, diketuai oleh Briged Al-Qassam, yang telah berjaya mengusir Israel daripada Jalur Gaza oleh kasih kurnia Allah, akan dapat sekali lagi mengusir rejim itu dari Baitulmuqadis dan seluruh wilayah Palestin.
Setinggi2 terima kasih kepada Pusat Islam Politeknik Merlimau, Melaka kerana menjemput saya ke Forum Perdana Palestin yg diadakan telah di Dewan Platinum. Semoga pertemuan & perkongsian kita diredhai Allah. Tahniah kerana menganjurkan majlis yg memang best. Teruskan perjuangan.
Dalam senarai syarikat terbesar di dunia (mengikut ranking Fortune 500) lebih daripada 50% CEOnya cuma memperoleh gred C dan C- semasa di universiti.
Di kalangan presiden-presiden Amerika, lebih 75% pernah duduk dalam kelas tercorot semasa di sekolah.
Lebih 50% usahawan yang paling berjaya di Amerika tidak menyelesaikan pengajian mereka di universiti. Keghairahan & semangat yang amat tinggi membolehkan mereka berjaya.
John C Maxwell menasihati supaya bergaul dengan orang-orang yang bersemangat.
apabila kita patah semangat.
Semangat dan keghairahan adalah dua perkara yang boleh berganda dan berjangkit. Dengan bergaul dengan orang-orang yang penuh semangat dan ghairah, mereka dapat menghidupkan semula semangat kita yang tadinya patah....
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljukbermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
Tentunya kita memberus gigi setiap pagi sesudah terjaga dari tidur. Ada yg memberus gigi setiap kali mandi. Kalau mandinya 3 kali sehari, maka 3 kali juga lah dia akan memberus gigi. Namun ada kawan-kawan yg menghadapi masalah kuning gigi. Walaupun acap kali diberus & digosok giginya masih kekuningan. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang pada dirinya berinteraksi dgn orang lain.
Di sini saya ingin kongsikan tips bagaimana membuatkan gigi anda tidak terlalu kuning. Mungkin tidaklah sampai putih seperti susu, tapi ia akan membuatkan anda rasa lebih selesa. Selain penggunaan berus gigi, kerap memberus gigi menggunakan kayu sugi. Ya kayu sugi asli. Bukan ubat gigi yg dicampur kayu sugi. Kayu sugi tidak dapat memberus bahagian dalam mulut dgn baik terutama gigi geraham. Di sini terletak peranan berus gigi. Oleh itu gunakan kayu sugi di bahagian luar & berus gigi membantu di bahagian dalam mulut.