Friday, 9 May 2008

Bebaskan Khaula Zitawi : Seruan kepada Pertubuhan Hak Asasi Sedunia

Jumaat, 09/05/2008 - Persatuan Wa'ed untuk para tahanan dan bekas tahanan Khamis lalu merayu kepada semua pertubuhan hak asasi manusia agar serta-merta campur tangan untuk memastikan agar tahanan bernama Khawla Zitawi dibebaskan. Khawla akan diasingkan daripada anak perempuannya, Ghada pada Selasa depan kerana mengikut undang-undang Israel dimana umur Ghada hampir masuk tahun kedua.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima PIC, Wa'ed menyatakan hanya tinggal lima bulan sebelum Zitawi dibebaskan dengan maksud dia menghabiskan lebih satu pertiga tempoh penahanannya dan sepatutnya boleh dibebaskan menurut undang-undang Israel.

Dalam pada itu bekas tahanan, Samar Subeih melaporkan Zitawi mengancam untuk memulakan mogok lapar secara terbuka jika pentadbiran penjara terus mengambil anak perempuannya sambil menambah dia berada dalam keadaan psikologi yang sangat teruk semasa tarikh perpisahannya semakin hampir dan tidak dapat membayangkannya anaknya dibawa pergi dari ribanya lebih-lebih lagi sejak bapanya ditahan di penjara Megiddo dan tiada siapa yang dapat menjaganya.

sumber : palestinkini.info

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.