Wednesday, 7 May 2008

Kerajaan Olmert Berpecah

Rabu, 07/05/2008 - Ada di kalangan pegawai-pegawai kerajaan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang menyokong dan ada yang tidak ke atas rancangan gencatan senjata yang dicadangkan Mesir yang mana briged-briged Palestin menyuarakan kesetujuan mereka terhadap perkara tersebut. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan mengumumkan bantahan mereka terhadap isu itu. Seorang pegawai lain tidak menolak Israel menerimanya tanpa persetujuan bertulis.

Pegawai itu menegaskan bahawa Israel mungkin bersetuju dengan tawaran gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir sebagai perantara antara Israel dan briged Palestin. Demikin menurut berita Reuters.

Agensi itu memetik dari pegawai tersebut yang merupakan anggota di dalam agensi keselamatan sebagai berkata, Israel “akan bersetuju” dengan menghentikan tembakan “jika ia sejajar dengan tuntutan asas kami, iaitu menamatkan keganasan di Ghaza serta penyeludupan senjata yang menegangkan lagi keganasan”.

Sumber : palestinkini.info

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.