Semasa kejadian Syeikh Ahmad Yasin, ketua dan pengasas gerakan Hamas berada di Masjid Akademi Islam Gaza selepas solat Subuh 22 Mac 2004. Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satu daripada peluru itu tepat ke atas beliau sehingga menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu yang menolak kerusi rodanya.
Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan Masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Paramedik dan penduduk tempatan mengutip dan mengumpulkan cebisan daging di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.
Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur & dipenuhi dengan darah. Saksi yang tinggal berhampiran masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh. Aku nampak dia terduduk di atas tanah & kerusinya hancur. Orang ramai bertempiaran ke kanan & ke kiri. Selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."
Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pembantunya, apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."
"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara. Saya bersama orang ramai segera menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, tetapi dia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Peluru berpandu mengenai kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah. Saya menangis.... "
Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syahid berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepala."
Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara. Salah seorang jemaah berkata, Syeikh Ahmad Yassin sememangnya mendambakan mati syahid & beliau benar-benar telah mencapainya. Beliau pernah berkata kepada saya. “Aku tidak takut mati syahid, bahkan aku sukakan mati syahid. Ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi roda. Aku tidak bersembunyi."
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.