Friday, 31 October 2008

Semangat Yang Hilang


Dunia itu bulat. Kalau lama dibiar akan menjadi kulat. Dimanfaat, diasah & diusaha jadinya hebat. Sebaliknya jika lupa diri, berubah ke arah maksiat. Amat susah untuk survive di dunia menuju akhirat. Menabur hikmah mencari tempat. Dalam kepayahan, lesu & penat. Pada keazaman yang terpahat. Menelan perasaan walaupun pahit. Pada kata cerca & kesat. Beriringan tipu muslihat. Lantas mengundang musibat. Cetus perbalahan suasana gawat. Itulah dunia meniti sisa hayat. Tanda hampir kita dengan kiamat. Berkira-kira celaka atau ni’mat. Segalanya semakin dekat. Menadah tangan menghadap langit. Mohon ampun & taubat. Akhirnya kesudahan yang selamat. Untuk aku & umat.



Thursday, 30 October 2008

Peristiwa Hari Khamis



Sungguh ku tak sangka hari ini adalah hari Khamis. Dan hari ini aku ada exam Bahasa Melayu. Rasanya mataku tak menipu. Pukul 9 pagi. Lalu aku mengatur langkah menuju ke dewan peperiksaan. Sesampainya di sana aku ketemu dengan seorang rakan. “ Exam apa hari ini ?, ” kawanku bertanya. “ BM, ” aku menjawab ringkas. Dengan muka yang sedikit kehairanan dia membalas, “ BM bukan petang nie ke ?. ” Tanpa banyak bicara aku terus mengeluarkan slip exam dari beg galas. Ternyata berasas kehairanan kawanku itu. Memang petang nie pun. Tapi entah mengapa aku ternampak seperti pagi ini.


Apa lagi. Dah exam petang boleh la study lagi. Aku lantas menuju ke perpustakaan untuk itu. Tapi apa2 hal kita blogging dulu. Di kesempatan yang ada ini aku mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada semua yang masih ada paper. Pesan pada diriku & yang lain buatlah yang terbaik.



“ Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon ampun atas segala salah & silap kami. Sesungguhnya engkau Tuhan yang Maha Pengampun. Ampunkan dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru yang banyak berjasa kepada kami, teman2 & seluruh umat Islam sama ada yg masih hidup mahupun yg telah mati. Mudahkanlah urusan seharian kami, lapangkanlah dada & luaskan rezeki kami. Moga dapat kami melalui liku-liku hidup di dunia yg fana. Teguhkan iman kami & tetapkan pendirian kami atas agamamu ya Allah. Amin ya rabbal ‘alamin. ”


Kucing pun berdoa. Kenapa manusia gong sgt pada Penciptanya ?...

Wednesday, 29 October 2008

Gambar Sekitar Rumah Terbuka ISMA


Jgn singgong org blkg Lufti. Jai pekena mee Jawa. Jalan dulu g-bob



Anak sapa yg cute sgt nie ?. Anak zaizul rupanya


Jgn gelojoh sgt Baem. Hafiz dah x sabar nampak nasik tomato


Umar ceria bersama Hafiz. Eh nak lari ke mana tue ?..



Penganjur lengkap berbaju melayu & bersampin. Mcm kenai ja yg pakai songkok tue..


Khusyu' mendengar ucapan Us Asri


Tanganku di kakimu



Gelagat 3 beradik..



Gaya pesilat-pesilat menerima bekung persalinan



Dulu kita serumah kan. Skg tidak lagie....
Anak Us Omar dalam ribaan Umar Hakim




Dijah comel bertudung. Keep it up !..


Sedih jer Umar. Hafiz berbadan dua. Kantoi gambar Zaid.
Sapa kata Zaid berjaya mengelak kamera




Jeling sapa tue Zaid ?..



Apa yang disorok oleh jejaka berbaju oren tue ?. Tapau nasik tomato paa..


Adamus bajet macho ala-ala x dak janggut. Mana spec nerd ko Fasha ?..

Tuesday, 28 October 2008

Rumah Terbuka ISMA Gombak

Perkarangan rumah Us Asri


Aksi Baem time kena lebong

ISMA Gombak telah mengadakan rumah terbuka Aidil Fitri bertempat di perkarangan rumah YDP ISMA Gombak, Us Asri semalam. Majlis yang julung-julung kali menghimpunkan ahli ISMA sekitar Gombak. Tetamu hadir sekitar jam 11 pagi.

Us Mutalib berbaju batik


Syuk Al-Jawa

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, saudara Zuraidi. Kemudian disusuli dengan ucapan Us Asri selaku tuan rumah. Dalam ucapan tersebut beliau menegaskan perlunya semangat bergotong-royong dalam menjayakan majlis seumpama itu. Ini kerana semangat bekerjasama harus dipupuk sejak dari mula lagi agar ia dapat dimanfaatkan dalam gerak kerja yang lebih besar.


Us Asri memberikan ucapan











Lufti & Zaizul segak bersongkok. Bila lagi Luf ?...

Majlis diteruskan dengan jamuan makan. Pelbagai juadah disediakan. Antaranya nasi tomato, mee jawa, kuih-muih, buah-buahan & agar-agar sebagai pencuci mulut. Semoga majlis tersebut menjadi landasan ukhhwah kepada semua yang terlibat & dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.











Antara juadah yg disediakan


Syuk, macam abg ko jer kat kat belakang tue..

Friday, 17 October 2008

Tahniah Abdullah & Mahfudzah


Apa la yg dibisikkan mereka berdua agaknya ya?
Di sebelah Abdullah abg ipar & kakaknya

Tahniah diucapkan kepada Abdullah & Mahfudzah yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 4.10 baru2 ini. Telah sempurna separuh daripada agama mereka. Maka separuh lagi bertaqwa kepada Allah. Saya berkesempatan menghadiri kenduri sebelah pengantin lelaki Sabtu lepas. Semoga mahligai kasih yang dibina berkekalan sehingga ke syurga, Amin.


Ibu bapa Mahfudzah. Tak abeh bisik lagie ?. The whispering couple...


P/S : Agak lambat entri dipostkan. Agak sibuk kebelakangan ini. Lepas nie ada yang akan menyusul. Sama-sama kita nantikan. Don't miss it !!.