Tuesday, 30 December 2008

Bedah Buku Sirah Nabi

Khusyuk mendengar dgn pelbagai gaya


Ahad, 28 Disember 2008 – Alhamdulillah daurah kedua CFS UIA PJ telah diadakan di Hira’ Shah Alam. Daurah kali ini melibatkan 15 orang peserta termasuk 4 orang dari UIA Gombak. Sirah dipilih sebagai tema kali ini bersempena Tahun Baru Ma’al Hijrah 1430. Semoga daurah kali ini berjaya memupuk minat kita untuk terus mendalami sirah.

Daurah diadakan sehari semalam bermula pada hari Sabtu memandangkan ada exam pada hari tersebut. Program bermula dengan main bola di padang mini Masjid Al-Munawwarah. Seperti biasa kami mempamerkan aksi-aksi yang tidak kurang hebatnya. Selalu berlatih terutamanya time jaulah. Sesudah itu solat maghrib & makan malam.


Eh, Zaid nak bentang la..

Slot pertama menyusul selepas solat Isya’. Pembentangan oleh Us Muhammad Bin Ismail berkenaan agama-agama yang wujud di dunia ketika Nabi Muhammad diutus menjadi rasul. Insya Allah kita akan lampirkan nota selepas ini. Minum malam selepas slot pertama & tidur.


Us Mad menyampaikan slot 1


Pagi Ahad dimulakan dengan solat subuh & al-ma’thurat. Riadah menyusul sebagai pemanas badan menghilangkan mengantuk. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk berbincang tugasan yg diberikan & sarapan bersama. Perbincangan berlangsung sehingga pukul 10.00 pagi.


Control tangan Ejad !!

Slot kedua bermula pada pukul 10.30 pagi dengan tajuk dakwah Rasulullah yang juga disampaikan oleh Us Muhammad Bin Ismail. Slot tamat sekitar jam 1.20 tengah hari. Solat zohor berjemaah & berangkat ke walimah akh Sharir Rijal Bin Kasjo yang diadakan di dewan MBSA. Meriah dgn kehadiran tetamu yg agak ramai. Kami bertolak pulang untuk slot ketiga.


Di majlis kenduri Sharir Kasjo

Agak mencabar untuk meneruskan slot ketiga kerana mata sudah mengantuk & perut pun sudah kenyang namun digagahi juga. Bak kata orang, semuanya di minda. Kalau minda mahu semua jadi. Seperti biasa ada juga yg tersyahid. Semoga Allah member kekuatan kepada kita semua. Slot ketiga tamat pada jam 6 ptg.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.