Monday, 29 December 2008

Tahun Baru : Di Mana Kita ?.



Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Selawat & salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat, tabi’in serta mereka yg mengikuti ajaran baginda sehingga hari kebangkitan. Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberikan rezeki, umur yg panjang untuk hidup & bertemu dgn tahun baru 1430 hijrah. Kebetulan pula tahun bari masihi akan menyusul selepas ini.


Seperti biasa tahun baru akan dituruti dgn azam baru. Tidak kira tahun baru hijrah @ masihi azam akan sentiasa diperbaharui. Masing-masing sibuk memikirkan azam yg sesuai untuk diri mereka. Azam sebelum nie dah tertunai ke ?. Jangan hanya kita pandai memperbaharui azam tapi meninggalkan aspek perlaksanaan. Sudahnya mungkin azam yg sama akan kita bawa selama bertahun-tahun. Saya harap anda tidak begitu. Tentunya anda, yg membaca blog saya seorang yg proaktif, kreatif & taat kepada Allah.


Mahathir pernah berkata “ melayu mudah lupa. ” Lantaran perasaan marah kepada beliau ada yg berkata “ dia bukan melayu sebab tue dia cakap macam tue. ” Sebenarnya bukan semua melayu mudah lupa. Ada yg kuat ingatannya. Ucapan itu ada maksud tersirat barangkali. Melalui pemerhatian saya ada perkara yg perlu diubah orang melayu. Mari kita lihat apakah ia.


Melayu sebenarnya bangsa yg mengalami inferiority complex sejak zaman-berzaman. Sedar tak sedar sebenarnya sikap ini dipupuk melalui pendidikan tidak formal di rumah. Sewaktu kecil kita bertanya kepada ayah, “ Ayah kenapa orang perempuan saja yg boleh melahirkan anak ?. ” Ayah yg barangkali kepenatan menjawab separa berang, “ Kau budak kecik apa tahu !. ” Soalan kepada ibu juga mengundang jawapan yg hampir sama. Seolah skripnya telah disiapkan sejak azali. “ Mak, kenapa kita tak buat camni ?. ” “ Ko budak-budak apa tahu. Tal payah nak ajar aku, ” jawab ibu.



Banyak lagi contoh yg boleh dibawakan. Tentu kita juga ada pengalaman yg sama. Hal ini bukan saja menghentikan minat anak mempelajari perkara baru, malah ia juga turut membunuh karektor mereka. Sekiranya minat sejak kecil tidak dibantah sedemikian rupa, kita mampu melahirkan ramai manusia yg mahu & mampu menggunakan akal fikiran yg ada. Golongan berumur seharusnya mengubah sikap ini & bagi yg belum mempunyai anak, adalah wajar anda bertatih membuang kelakuan itu. Kita tak mahu terus melahirkan generasi inferiority complex. Bangsa kita juga yg akan rugi.


Elok juga kita ambil semangat tahun baru untuk ubah perkara itu. Tidak kira ayah, ibu, pak cik, mak cik, abang & kakak, semua mesti berubah. Jangan biarkan sikap ini bersarang di dalam diri anda & menghantui anak, adik anda. Beri ruang kepada mereka untuk memupuk minat. Kita seharusnya membantu mereka belajar mengenal dunia. Bukan rakan-rakan yg akan membuatkan mereka hanyut dalam dunia sendiri.


Salam Tahun Baru Hijrah 1430 kepada semua. Melangkah dengan izzah kerana kita adalah hamba yg taat kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.