Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Dah lama tak update blog nie. Bukan tak ada masa tapi diperuntukkan kepada perkara lain. Justeru catatan ini terabai seketika. Baru-baru nie saya berkesempatan berkunjung ke Taping, bandar paling lembap di Malaysia. Saya ke sana bertujuan mememuhi jemputan perkahwinan saudara Yusri yang saya kenali sewaktu Jaulah Bola Merdeka yang lalu. Saya ke sana dengan 2 orang adik yang kebetulan sedang bercuti. Bawak jalan-jalan sekali.
Bangunan baru MRSM Taiping
Tak lengkap kunjungan ke Taiping kalau tak bertandang ke rumah Aizat Rahimi. Alah, yang accident hari tue. Berziarah sambil mengenali keluarganya membina silaturrahim. Sebetulnya Taiping adalah kampungnya. Kebetulan emak Ejad yang tinggal di Kuala Lumpur ada di sana. Semacam sudah ditakdirkan. Selesai berbual bicara di rumah tok Ejad & pekena roti canai kuah kacang pees kami bergerak ke bandar Taiping. Awan berarak mendung. Namun begitu menurut orang Taiping ( Ejad la sapa lagi ! ), cuaca baik sebab Bukit Larut belum diselaputi awan.
Itik di tengah tasik
Destinasi pertama kami petang itu, MRSM Taiping. Ada kenangan di sana. Adik kedua saya pernah bersekolah di sana. Ada bangunan baru didirikan dalam masa 3 tahun. Kemudian kami ke kaki Bukit Larut & terus ke Taman Tasik Taiping. Misi saya di sini, naik itik !. Mesti pelik kan ?. Tapi itik nie tak tenggelam & bertambah hairan bila ia dapat menampung saya & adik, theee.
UAR & adik atas itik
Hmmm…ku sangka panas ke petang, rupanya hujan sebelum Asar. Sekitar jam 3 sedang kami asyik mengayuh itik di tengah Tasik Taiping, gerimis mulai turun. Tasik yang tadinya tenang kini dipenuhi gelombang kecil yang tak berapa koheran ( betul ka ? ). Dah lama kutinggal subjek fizik. Agak sukar merancang lawatan ke BPLDM ( Bandar Paling Lembap Di Malaysia ) kerana hujan tak menentu. Orang tempatan pun susah nak jangka bila hujan turun ( Ejad kantoi ).
Hujan atas itik
Memang lebat hujan petang tue. Alhamdulillah petir cuma sekali dua menyambar. Kami ke kereta & terus ke Dewan Kamunting MPT. Perjalanan mengambil masa 15 minit. Hujan mulai reda sewaktu kami tiba di dewan. Orang pertama yang kami cari ?. Tentunya Yusri. Jam sudah menunjukkan 3.45 petang. Kami agak bertuah kerana banyak kerusi daripada tetamu yang hadir. Dapatlah Yusri duduk semeja & bersembang dengan kami. Kebetulan Fairul hadir pada masa yang sama. Memang tak jangka. Orang Taiping rupanya, Taman Lela.
Waktu menginjak perlahan. Makan sudah, sembang pun sudah. Hujan pun dah berenti. Jom balik. Tapi petang tue ada 1 kereta tak boleh start. Kami pun pakat-pakat tolong. Bateri weak. Selesai melompat, masing-masing mengarah kereta ke haluan yang dituju. Kami bertolak dari taiping 4.50 ptg. Sampai rumah jam 6 ptg. Tak la laju sangat. Sebab ligan Merc kat depan tak dapat, 140-150 kmj ja, haha. Kena saman kantoi la aku.
Jom pegi Taiping lagi..
P/S : Kenduri Yusri pada 22 nov 2008
gambar pertama, apabila d besar kan, nampak blur...
ReplyDelete