Lentang banyak meninggalkan kenangan terutama buat diriku. Ada rahsia yg ingin aku dedahkan kepada mereka yg mengikuti perkhemahan tempoh hari. Untuk pengetahuan semua kali pertama aku masak nasi dengan kuantiti yg banyak menggunakan kayu api adalah di Lentang. Kalau guna periuk nasik eletrik dah banyak kali. Nasi tengah hari Sabtu adalah percubaan pertama. Tapi tak nampak macam fisrt time sebab nasik masak elok, hehe. Macam nasik kenduri orang kata.
Berbekalkan kejayaan pada percubaan pertama, aku diminta memasak nasik sekali lagi untuk makan malam. Maka disuruh peserta lain membasuh beras, kesemuanya. Dianggarkan beras sebanyak 5 kg. Kali nie bukan main-main. Kebolehanku bakal teruji sebab semua mata akan tertumpu kepadaku. Tengah hari tadi hanya seorang dua berada di tapak khemah. Selain itu mengikuti aktiviti. Tak boleh kantoi. Jatuh saham aku.
Air separuh periuk dididihkan terlebih dahulu. Setelah hampir mendidih dimasukkan bawang besar & bawang putih yg ditumis, tambah sedikit garam. Sebetulnya tumis dulu baru dimasukkan air. Tapi nak wat camna kan. Aku confident ja yg lain pun percaya la, thee. Bagi menaikkan lagi aroma-rasa boleh dimasukkan kiub pati ayam & 1 tin susu krim. Sedap oooo. Tapi 2 barang nie tak dak. Aku tak pesan kat Umar untuk beli.
Ilmu masak nasik kawah aku pelajari daripada tukang masak kenduri di kampungku. Rajin juga aku rewang kenduri sekitar kampung & di masjid. Selalunya aku akan berada di bahagian dapur. Bukan wat gheti tapi nak tengok camna masak dalam jumlah yang besar guna kayu api. Aku dah praktikkan kat Lentang. Jangan kata tak jadik. Cuba bandingkan dengan nasik yg korang masak sendiri. Tapi sayang rewang dah tak jadi budaya sekarang. Ramai orang gunakan khidmat catering. Hatta tukang masak kampung aku pun panggil catering masa kenduri anak dia, lawak toi.
Jadi anak muda sekarang dah tak dapat menuntut ilmu camna masak nasik kawah, gulai kawah. Kalau semua confident macam aku tak pa la kan. Bukan riak tapi confident mesti ada bila cuba benda-benda baru. Minda dah selesaikan 50% kerja kalau yakin.
Kita sambung balik. Lepas air menggelegak masukkan beras yg telah dibasuh tadi. Lepas dimasukkan beras kena sentiasa kacau supaya nasik tak hangit. Kerak tak tebal. Tapi sebab asap banyak tutup ja periuk. Pedih mata nak kacau. Api kena besar untuk pastikan air yg menggelegak tadi tak jatuh suhu. Kalau tak susah beras nak mengembang dengan cepat. Bila nasik dah mula mengembang & air semakin berkurangan, ratakan bahagian atas nasik supaya wap tak dibebaskan ke udara. Wap tue akan bantu keringkan air yg ada di bawah permukaan untuk mengering.
Insya Allah hasilnya pasti best. Air lebih tak jadi masalah sebab boleh dikeluarkan sebelum permukaan atas nasi diratakan. Hmm..BBQ petang tue aku juga yg sediakan. Memang semua sayang kat aku pasni. Dah makan air tangan aku yg bercampur bersama ayam semasa aku menggaulnya dengan kedua belah tangan, yummi. Cuma sayang ayam diperap selama sejam ja sebab semua dah tak sabaq nak panggang. Resipi perapan aku ambil dari Chef Sabri yg selalu ke udara di radio Ikim setiap Ahad sebelum Zohor. Cuma tambah sket bahan rahsia aku, perencah ……
Memang rahsia sampai malam sabtu tue ada yg makan bersama aku & Jang, rasa macam-macam. Rasa ketam ada, laksa pun ada. Lawak-lawak. Air teh yg dibancuh pun ada yg rasa cincau. Rasanya bakat aku dalam bidang masakan boleh dikembangkan lagi. Tapi macam aku cakap tadi, yg penting confident.
Nasik untuk makan malam agak lembik sebab tak berapa confident perlu masukkan semua beras @ tak. Sebab ada banyak anasir yg mengganggu aku time masak tue. Aku bajet memang perlu masak semua. Tapi ada pulak yg kata banyak sangat la, apa la. At last tinggal beras sket. Itu pasal nasik lembik. Tapi korang hentam banyak jugak malam tue. Semua tambah 2 kali. See, confident penting.
P/S : Pasni boleh masak kat kenduri pulak kot. Sapa nak bagi aku try ?.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.